下載應用程式
6.22% Perceraian Ke-99 / Chapter 57: Lelaki di Belakang Yu Lili

章節 57: Lelaki di Belakang Yu Lili

編輯: EndlessFantasy Translation

Selain daripada itu, Su Qianci tidak mendengar apa-apa lagi tentangnya. Nasib Yu Lili kekal misteri. Namun, Yu Lili di hadapannya ini kelihatan sungguh hebat dan berjaya sebagai salah seorang pemegang saham dalam Plaza Star King. Jelas lelaki di belakangnya setanding dengan Li Sicheng. Su Qianci hanya pernah mendengar tentang lelaki itu tetapi tidak pernah melihatnya. Menurut khabar angin, dia juga sangat misteri dan berjaya seperti Li Sicheng. Jika Li Sicheng nombor satu, maka dia berada di nombor dua.

Dalam kehidupan Su Qianci yang lalu, Yu Lili telah dicekik sehingga mati di atas katilnya sendiri pada ulang tahun kelahirannya yang ke dua puluh lima. Semua orang meratapi pemergian si cantik tersebut, tetapi tiada orang berani menyiasat siapa pembunuhnya.

Su Qianci tersedar dari lamunannya, lalu senyum dan berkata, "Boleh juga."

Wajah Yu Lili yang begitu anggun semakin bersinar, "Mari pergi."

Yu Lili membawa mereka ke satu hotel kelas pertama. Sebaik tiba di situ, matanya menjadi bersinar dan dia terus membuat riak wajah serius, berlagak seperti seorang ratu. Selepas sesi sauna, mereka masuk ke dalam bilik dandanan di hotel tersebut.

"Ya Tuhan, bukankah itu Lili?" Seorang lelaki berjalan ke arah mereka dengan lenggok badan yang lembut dan haruman yang menusuk.

Yu Lili kelihatan seperti pelawat tetap di hotel itu. Dia duduk dan menunjuk ke arah Su Qianci dan Lin Wanting. "Saya bawa kawan-kawan saya untuk buat perubahan penampilan. Kamu ada apa-apa nasihat untuk mereka?"

Lelaki lembut itu hanya melintasi Su Qianci dan terus berjalan ke arah Lin Wanting. Dia mulai mengkritik warna, gaya, tekstur rambut Lin Wanting dan sebagainya. Lin Wanting mula menggelabah apabila mendengarnya dan bertanya, "Apa yang perlu saya buat?"

"Jangan risau. Jimmy seorang ahli silap mata yang hebat. Percaya sepenuhnya kepada saya…" Ketika berkata demikian, dia telah mengambil sepasang gunting dan mula memotong sebahagian rambut Lin Wanting.

Lin Wanting terkejut dan terus bangun dari kerusinya. "Apa yang kamu lakukan?"

Jimmy turut terkejut. "Saya sedang membantu kamu. Lihat diri kamu, kelihatan seperti sudah tiga puluh tahun. Datang sini dan duduk. Biar saya bantu kamu."

Li Wanting memandang ke arah Yu Lili dengan penuh curiga dan bertanya, "Kawan kamu ini benar-benar seorang jurugaya?"

Sebelum Yu Lili sempat menjawab, Jimmy berkata dengan penuh lagak, "Kamu fikir saya bukan jurugaya profesional? Jika kamu tidak percayakan saya, sila pergi dari sini."

Pergi? Bagaimana mungkin dia boleh pergi? Rambutnya telah dipotong dan ada bahagian yang telah hilang. Tidak mungkin dia boleh keluar dalam keadaan begini.

Yu Lili sedang duduk di sebelah Su Qianci. Dia hanya menjeling sekilas ke arah Lin Wanting. "Jimmy seorang jurugaya terkenal. Kamu perlu percaya kepadanya."

Lin Wanting kembali duduk dengan penuh rasa curiga dan tidak menyedari Yu Lili sedang menahan diri daripada ketawa.

Su Qianci sudah tahu apa yang sedang dilakukan oleh Yu Lili. Sambil tersenyum, dia berbisik kepada Yu Lili, "Lagi pendek lagi bagus."

Yu Lili berasa seronok dan menganggukkan kepalanya tanda setuju. "Kamu ini sebenarnya teruk juga. Saya sangka kamu seorang yang suci," kata Yu Lili sambil mengisyaratkan sesuatu kepada Jimmy.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C57
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄