下載應用程式
4.8% Perceraian Ke-99 / Chapter 44: Pertama Kali Makan Bersama

章節 44: Pertama Kali Makan Bersama

編輯: EndlessFantasy Translation

Su Qianci yang merasakan dirinya dipandang mendongak ke atas lalu terlihat pandangan dingin lelaki itu. Perasaan gementar menyelubunginya apabila melihat lelaki itu memandang ke bawah. Su Qianci kemudian melihat pakaiannya yang agak terdedah. Dia meletakkan sebelah kaki di belakang sofa dan sebelah lagi di atas sofa, jadi lelaki itu dapat melihat pahanya yang lembut serta seluar dalamnya…

Su Quanci bertukar merah padam dan terus duduk menegak.

"Saya tidak akan buat begitu," Lu Yihan yang tidak perasan kelakuan ganjil Su Qianci membuka peti aisnya dan mengeluarkan botol Coke. "Bagaimana dengan malam Sabtu? Saya belanja kamu makan malam."

Su Qianci yang sedang direnung tajam oleh Li Sicheng merasakan darahnya berderau. Dia menjawab soalan Lu Yihan separuh sedar dan cepat-cepat mematikan perbualan. Jantungnya berdegup dengan sangat laju. Entah kenapa, Su Qianci berasa bersalah seolah-olah dia ditangkap berlaku curang kepada suaminya.

"Selesai?" Li Sicheng mengecilkan matanya dan suaranya kedengaran dalam. Masih nada yang sama seperti biasa, tiada perbezaan.

Walau bagaimanapun, Su Qianci semakin berasa bersalah dan cepat-cepat mengubah topik. "Kamu sudah balik. Saya ingat kamu kerja sampai malam."

Li Sicheng menaikkan keningnya. Sambil berdiri tegak dengan sebelah tangan ke dalam poket, dia bertanya, "Kau harap aku balik lambat?"

Su Qianci terdiam, tidak tahu apa yang perlu dikatakannya. Dalam kehidupan lalunya, Li Sicheng selalu pulang ke rumah pada lewat malam. Kadang-kadang dia tidak pulang selama 3 hari. Setiap kali Su Qianci membuat panggilan untuk bertanya bila dia mahu pulang, dia akan mengatakan bahawa dia sibuk. Tetapi bagaimana dia tidak sibuk pula dalam kehidupan kali ini? Su Qianci terdiam dan berbisik, "Tidak…"

Keadaan tiba-tiba menjadi janggal.

Nenek Rong, orang gaji mereka dengan cepat berkata, "Tuan, Puan, makan malam sudah siap."

"Okey!" Su Qianci memandang nenek Rong dengan lega dan duduk di meja makan. Li Sicheng berjalan turun dari tangga dengan perlahan. Mendengar langkahan kakinya, Su Qianci mula tidak senang kerana dia berasa amat bersalah. Tetapi, kenapa dia perlu rasa begitu? Dia tidak melakukan apa-apa pun. Su Qianci merasa lega setelah berfikir begitu. Dia mula makan dengan tertib. Cara makannya sangat elegan, membuatkan ia seronok untuk dilihat. Ia sangat berbeza dari dua hari yang lalu. Walau bagaimanapun, perilakunya jelas bukan dibuat-buat.

Bagaimana dia boleh berubah sebegitu banyak hanya dalam beberapa hari? Mungkin dia berpura-pura menjadi orang lain dua hari yang lepas? Apa manfaatnya jika ia benar?

Li Sicheng merasakan semakin sukar untuk memahami perempuan itu. Dia dengan elegannya mencapai udang dengan menggunakan penyepitnya. Ketika itu, penyepitnya bertembung dengan penyepit Su Qianci. 


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C44
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄