下載應用程式
50.34% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 147: Bab 147

章節 147: Bab 147

編輯: EndlessFantasy Translation

Xiaohe merupakan anak pekebun di kediaman Yang Shifeng. Pada tahun di mana Yan Bei kalah dalam peperangan itu, dia telah ditangkap bersama-sama Huanhuan dan menurut wanita itu, dia telah menyelamatkan Xiaohe yang sedang menangis dan terkencing dalam seluar dalamnya daripada genggaman Xia. Namun, Chu Qiao ada juga terdengar yang seorang kanak-kanaklah yang telah menyelamatkan Huanhuan, mengendong gadis itu melangkaui lebih daripada 50 kilometer dalam salji yang tebal sebelum terjumpa pasukan penyelamat daripada Kesatuan Da Tong. Nampaknya kanak-kanak itu adalah Xiaohe.

Kedua-dua anak kecil ini telah kehilangan keluarga mereka di dalam salji yang tebal ini di mana salah seorang daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 10 tahun pada waktu itu telah mengendong seorang lagi anak kecil dan berjalan sejauh 50 kilometer. Memang suatu babak yang menyedihkan.

Wanita ini tidak ternampak Yan Xun di mana-mana sewaktu Chu Qiao memasuki bilik bacaan, lalu dia melangkah ke arah kediaman pemuda tersebut untuk melihat kawasan sekeliling namun kelibat pemuda itu masih lagi tidak kelihatan. Apabila bertanya kepada para pengawal, mereka menyatakan putera muda tersebut telah pergi ke belakang gunung.

Lu Yi terletak di dataran yang tinggi, kediamannya dibina di puncak tertinggi dalam bandar tersebut dengan sebuah bukit yang mengindahi belakang kawasan itu. Chu Qiao yang sedang memakai sehelai mantel yang diperbuat daripada kulit musang itu mendaki gunung tersebut selangkah demi selangkah sebelum dapat melihat sebatang pokok sunyi yang sedang terpacak megah di atas puncak gunung itu yang dikelilingi dengan batu-batu di sebelah kiri dan kanannya tanpa sehelai pun rumput yang tumbuh. Yan Xun sedang terduduk di atas salah sebuah batu di bawah pokok besar tersebut yang kelihatan ngeri di bawah langit malam seperti ini. Tapak kaki Chu Qiao telah memeranjatkan pemuda itu yang terus menoleh ke belakang apabila mendengarnya sebelum menghulurkan tangan kepada wanita ini dan berkata, "Awak dah balik."

"Ya," Chu Qiao mara beberapa langkah ke hadapan sebelum menarik nafasnya dan mencapai tangan yang dihulurkan Yan Xun itu, melabuhkan punggungnya di sebelah pemuda itu dan berkata dengan penuh gembira, "Huanhuan beri saya seekor kuda. Dia kata kuda itu ketua kuda di Pergunungan Huihui. Kuda itu cantik sangat."

"Jangan percaya cakap dia itu," Balas Yan Xun. "Dia dah bagi kuda sebagai hadiah kepada ramai orang untuk beberapa hari ini, dan beritahu mereka yang kuda itu ketua kuda di Pergunungan Huihui. Dia bagi saya dua ekor kuda semalam, dan kata yang mereka itu raja kuda dan permaisuri kuda. Mengikut katanya, kuda-kuda di Pergunungan Huihui itu semuanya ada kumpulan mereka tersendiri dan kuda-kuda hadiah itu semuanya ketua-ketua kumpulan kuda itu."

Chu Qiao terpana apabila mendengar kata-kata Yan Xun itu dan terus menggeleng kepalanya dan tergelak apabila terkenangkan wajah Huanhuan yang penuh misteri itu apabila wanita itu menerangkan asal-usul kuda ini. "Tak matang betul."

Yan Xun memerhatikan Chu Qiao dari ekor matanya. "Tapi awak itu lebih muda daripada dia?"

Chu Qiao membalas tanpa pasti, "Saya lebih matang."

Yan Xun terus berpaling dengan cahaya bulan yang menerangi wajah pemuda itu. Kabus yang hadir telah menyebabkan wajahnya kelihatan lebih pucat dari biasa, dan lantas Chu Qiao bertanya, "Awak sihat ke? Sejuk di sini. Jom kita balik."

"Tak ada apalah, saya nak duduk di sini sekejap," Yan Xun menggeleng kepalanya sambil merenung bandar yang berada di bawahnya itu sebelum berkata tenang, "Bila awak tiada di sini dulu, saya tak boleh rasa tenang. Tapi sekarang ini awak dah balik, saya akhirnya boleh bertenang sikit dan ambil pemandangan Yan Bei dengan secukup-cukupnya."

Barisan rumah di bawah gunung itu menyala terang. Ketenteraman menyelubungi seluruh tanah Yan Bei dengan bunyi lagu tentera yang bergema samar-samar di kejauhan yang akhirnya berhenti sekaligus membawa aura kehancuran dan juga kesungguhan. Yan Xun mengeluh dan berkata, "Ah Chu, ekonomi Yan Bei ini teruk. Ditambah lagi dengan konflik dalaman, ini bukan lagi Yan Bei yang dulu. Awak dah dihampakan selama dua hari ini?"

Chu Qiao berpaling, namun Yan Xun langsung tidak menoleh ke arahnya, jadi dia pun berbisik, "Kalau Yan Bei sekarang ini Yan Bei yang dulu, kita tak perlu nak bahayakan diri kita untuk cuba pertahankannya."

Tubuh Yan Xun tersentak sedikit namun pemuda itu masih berdiam.

Chu Qiao lantas memegang tangan kiri Yan Xun yang kehilangan jari kelingkingnya dan juga terasa sejuk bagaikan ais. Empat jarinya itu panjang dan kasar, bersama belulang lama yang sudah terbentuk kembali akibat sesi latihan mempertahankan dirinya dan juga kerja-kerja buruh yang sering dilakukannya, langsung bukanlah seperti seorang kerabat. Chu Qiao menggenggam jari-jemari pemuda itu dengan erat sebelum mendekatkannya pada mulut wanita itu dan menghembus nafas hangatnya itu pada tapak tangan Yan Xun kemudian menggosok-gosoknya. Wanita itu meraih wajahnya dan tertawa, berkata, "Bercakap mengenai tak ada harta, ada ke orang yang lebih miskin daripada kita dulu?"

Yan Xun menoleh untuk melihat barisan gigi wanita muda ini yang putih, senyumannya itu kelihatan bagaikan sekuntum bunga yang mekar di bawah cahaya bulan seperti ini, lantas perasaannya berbaur sedih apabila terkenangkan saat-saat lalu. Bagaimana mungkin mereka melupakan tahun pertama mereka terpaksa bergelut demi sesuap nasi di dalam Bandar Zhen Huang itu? Suasana di sana amat meriah dengan mercun-mercun api yang telah dinyalakan di sekeliling bandar namun di bahagian barat laut Istana Sheng Jin yang terbiar, dua orang anak kecil sedang bercangkung bersama-sama di dalam sebuah pondok yang usang, mencari apa-apa sahaja untuk kekal hangat. Pakaian yang koyak-rabak, kain selimut yang tercarik, kain langsir yang usang… Mereka bagaikan dua orang kanak-kanak pengemis dahulu.

Terdapat sebuah periuk di tengah-tengah bilik tersebut di bawah timbunan kayu api dan mereka terus menambah kayu-kayu setelah menyalakan api tersebut, dengan pipi gadis itu yang kemerahan sambil memegang senduk dan mengacau bahan-bahan yang berada di dalam periuk tersebut.

Kedua-dua anak ini telah berkongsi setengah mangkuk bubur yang telah disajikan bersama beberapa kepingan jeruk lobak sejuk setiap seorang dan itulah sajian yang telah dijamah pada malam tahun baru. Yan Xun terasa sedih di lubuk hatinya dan lantas enggan menjamah makanan yang dihidangkan, jadi Chu Qiao mengangkat mangkuk pemuda ini dan memujuknya untuk makan sambil berhujah mengenai kehidupan. Setelah Chu Qiao terlelap di bahu Yan Xun, pemuda itu ternampak tangan gadis ini yang telah terkena reputan fros. Wanita itu sudah menjamah makanannya, namun perutnya masih berkeroncong dengan wajahnya pula yang memucat dan lemah, seolah-olah gadis ini tidak akan membesar lagi. Pada masa ini, Yan Xun telah bersumpah jauh di sudut hatinya untuk mencurahkan gadis itu dengan kehidupan yang indah satu hari nanti, namun beberapa tahun telah pun berlalu dari hari bersejarah tersebut dan wanita itu masih lagi menjadi pelarian dan menjalani kehidupan yang berbahaya bersamanya.

"Alamak!" Chu Qiao berteriak dengan penuh panik.

Yan Xun terus terkejut. "Kenapa? Apa terjadi?"

"Kita terlupa nak minum wain yang kita dah tanam di dalam istana itu sebelum kita pergi."

Yan Xun ketawa terbawak-bawak namun renungannya tajam lantas pemuda ini berkata tenang, "Jangan risau, kita masih ada peluang nak berbuat sebegitu." Ayatnya ringkas, namun ia mengandungi ketajaman bak sebilah mata pedang apabila pemuda ini merenung ke hadapan dengan angin sejuk yang menghembus rambutnya dan juga seisi tanah Yan Bei.

"Yan Xun, awak cakap yang isu mengenai rangsum dan senjata itu akan diselesaikan tak lama lagi. Awak pasti ke dengan hal itu? Walaupun Li Ce dah berjanji untuk benarkan kita guna pasaran gelap Tang, tapi kalau kita perlukan banyak sangat barang, pihak atasan mesti akan dapat tahu juga nanti." Chu Qiao akhirnya menyatakan hasrat hatinya yang telah dipendam selama dua hari itu.

Yan Xun meraih keningnya dan setelah sekian lama, pemuda ini membalas dengan suara yang rendah, "Empayar Song."

"Empayar Song? Kenapa mereka akan tolong kita pula?"

"Saya berjumpa dengan puteri sulung Song."

"Nalan Hongye!" Chu Qiao terperanjat, matanya membuntang apabila merenung Yan Xun dan berfikir lama sebelum berkata, "Jadi, bila awak minta Li Ce untuk benarkan awak guna pasaran gelap mereka dulu, itu semua umpan ke? Motif sebenar awak untuk gunakan laluan air di sempadan utara supaya dapat masuk ke Empayar Song sesuka hati awak?"

Yan Xun mengangguk dan membalas, "Betul itu."

Chu Qiao berkerut dan berkata, "Empayar Tang dan Empayar Song itu sedang berperang sekarang ini. Kalau kita teruskan dengan rancangan itu, ia bermakna kita akan sekaligus menyokong pembekalan bijih besi dan emas oleh Empayar Song. Bukan ke itu bermakna yang kita berpihak dengan Song, dan menentang Li Ce?"

"Jadi apa yang patut kita buat?" Yan Xun berpaling dengan wajah yang tajam. "Tang tak nak menentang Xia secara terang-terangan. Mereka tak berani nak bekalkan rangsum dan juga senjata tentera kepada kita. Saya tak ada pilihan lain untuk cari parti ketiga supaya tolong kita. Jangan cakap yang awak nak beli rangsum daripada Xia pula?"

Walaupun Chu Qiao tetap ingin membantah, namun dia harus mengakui kebenaran kata-kata Yan Xun itu dan patut bersorak kerana pertolongan berani yang telah dihulurkan oleh Empayar Song. Jika tidak, mereka mungkin harus berbuat rundingan dengan rakyat Quanrong di Sempadan Meilin.

"Ah Chu, awak ingat Li Ce tak tahu motif saya ke?" Yan Xun mengeluh dan berkata perlahan. "Tak kira betapa berwaspadanya kita, betapa sempurnanya rancangan kita, banyak rangsum yang akan masuk ke dalam tanah Tang dan dijual di pasaran gelap itu tak kira apa pun terjadi. Awak betul-betul fikir yang Li Ce takkan tahu segala-galanya?"

Chu Qiao meraih pandangannya dengan mata yang bersinar terang.

"Dia hanya berpura-pura tak tahu saja. Daripada perspektif Tang, mereka inginkan konflik yang berat dan berpanjangan di antara Xia dan Yan Bei, supaya kedua-dua pihak ini boleh terhapus bersama-sama. Song akan bekalkan kita dengan rangsum yang juga mengikut rancangan mereka. Sebab itulah mereka benarkan hal ini untuk berlaku. Semenjak tertubuhnya ketiga-tiga empayar ini, musuh Empayar Tang bukanlah Empayar Song sahaja, dan ancaman terbesar mereka itu sedang menetap di Hongchuan. Li Ce faham mengenai topik ini lebih baik daripada awak."

Yan Xun mengeluh dan merenung deretan demi deretan rumah yang menyala terang di kejauhan itu.

"Lagipun, kita ini tak boleh bertahan dengan lebih lama. Peperangan kita dengan Xia ini konflik yang berpanjangan. Kita kena buat rancangan untuk masa depan, bukannya rancangan untuk kemenangan-kemenangan kecil saja. Yan Bei dah melalui konflik demi konflik selama beratus-ratus tahun ini, dan kita masih ada ancaman daripada Quanrong di sempadan utara. Setiap tahun daripada musim luruh sehinggalah musim sejuk, rakyat jelata kita akan disamun oleh mereka sehingga kita menanggung terlalu banyak kematian dan juga kehilangan harta. Mereka semua menanti-nantikan kepulangan saya, tapi mereka tak sedar yang selagi saya balik, konflik yang lebih besar akan meletus di sini, dan hanya akan menambahkan lagi kesengsaraan mereka. Awak betul dalam mesyuarat sebelum ini. Rakyat membentuk asas ketenteraan Yan Bei. Saya tahu yang banyak keluarga yang tak dapat makanan yang cukup untuk musim sejuk. Kalau kita tak beri makanan yang cukup pada tahun ini, mereka pasti akan beku dan mati kebuluran yang memburukkan lagi situasi kita. Saya kena beri mereka suatu signal, suatu kepercayaan yang selagi saya di sini, kehidupan mereka akan berubah untuk menjadi lebih baik dan mereka hanya akan berikrar setia kepada saya dengan cara ini."

Chu Qiao mengangguk, perasaannya dihurung dengan kepiluan apabila dia membalas lembut, "Memang macam ini."

"Ah Chu, jangan fikir banyak sangat. Semuanya akan berlalu." Yan Xun menepuk-nepuk bahu Chu Qiao dengan lembut sebelum mengukir senyuman yang berbaur kesungguhan yang mendalam. "Kita dah lalui terlalu banyak perkara bersama-sama. Keadaan kita lebih teruk daripada dulu ke?"

Angin sejuk menghembus wajah Chu Qiao yang berbulu mata panjang dan tebal yang seolah-olah dua buah kipas mengepak-ngepakkan matanya. Dia yang tersenyum berkata, "Yan Xun, saya percayakan awak."

Bulu kening Yan Xun tersentap sedikit dan lantas sesuatu terlayar di mindanya namun pemuda ini masih berdiam sebelum mendakap wanita itu dan mengucupnya di dahi. Bibirnya terasa sejuk dan basah. Chu Qiao lantas membenamkan dirinya ke dalam dakapan tersebut, dapat merasai degupan jantung pemuda itu melalui dada bidangnya yang tegap itu sedegup demi sedegup berbaur dengan kesungguhan yang membuak-buak. Pergerakan mereka terasa semulajadi sepertimana dakapan-dakapan mereka selama lapan tahun yang lalu ini, mereka berdiam namun keserasian yang sedang dipamerkan ini bagaikan wain tua yang melepaskan aroma wanginya akibat pemerapannya yang lama itu.

Mereka telah bergantung kepada sesama sendiri apabila mereka melalui waktu-waktu kesengsaraan dengan pertolongan-pertolongan yang ringkas namun langsung tidak sepadan dengan umur mereka itu. Namun, melalui pengalaman perit inilah yang telah menjadikan mereka lebih matang, mengaburi kegembiraan dan juga keghairahan mereka walaupun ia masih membuak-buak di hati.

"Yan Xun, siapa yang Xia akan hantar untuk serang Yan Bei? Meng Tian? Zhao Che? Atau orang lain?"

"Meng Tian itu dah tua," Suara Yan Xun membawa kesungguhan bersamanya namun di sebalik angin ini, ia kedengaran serak. "Zhao Che pula, masalah yang besar akan menimpa dia tak lama lagi."

"Oh? Kenapa?"

Yan Xun tersenyum dan menjentik dahi Chu Qiao sebelum berkerut dengan sengaja, berkata, "Ah Chu, awak sengaja tanya semua benda ini kan?"

Chu Qiao mendengus, menggosok-gosok dahi dan hidungnya sebelum berkata, "Saya ada dengan awak. Saya tak nak guna otak saya."

Yan Xun berdekeh. Nampaknya tidak kiralah betapa tegasnya seorang wanita itu, dia masih mempunyai sisi kewanitaannya juga apabila ingin bermanja.

"Semasa pemberontakan dulu, banyak daerah-daerah yang ambil kesempatan sehingga ada juga gabenor-gabenor yang cuba untuk menguji kekuatan sebenar Keluarga Zhao ini. Ditambah pula dengan wabak penyakit yang sedang merebak di Zhen Huang, jadi Keluarga Zhao terpaksa mencemar duli dan berpindah daripada ibu negara. Ini kali pertama dalam beberapa ratus tahun di mana Keluarga Zhao mempamerkan kelemahan mereka, sekaligus membuatkan mereka dijadikan bahan lawak jenaka seluruh dunia. Hanya Zhao Che seorang saja yang tinggal di bandar itu untuk mengawal dan melindungi rakyat jelatanya. Dia itu hebat juga, jadi dia dapat perbesarkan pengaruh kuasanya dalam bahagian ketenteraan dan juga sistem politik. Apabila mengenangkan Maharaja Xia dan adik beradiknya yang gilakan kuasa itu, ditambah pula dengan sekumpulan ahli-ahli tua daripada Majlis Ahli-Ahli Terhormat, awak rasa mereka akan benarkan dia untuk buat apa-apa ke?"

Chu Qiao mengangguk dan membalas, "Betul."


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C147
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄