下載應用程式

章節 99: Bab 99

編輯: EndlessFantasy Translation

Khabar angin yang didengari ternyata tidak salah. Pembunuh-pembunuh dari Kesatuan Da Tong yang masih bersembunyi di dalam daerah Xia akhirnya keluar dari persembunyian mereka untuk memenggal kepala gabenor-gabenor wilayah yang telah mengambil bahagian dalam pembunuhan secara besar-besaran itu dan kurang dari dua hari sahaja, istana di ibu negara telah mendapat sebuah senarai bersama lebih daripada 30 nama ketua pegawai yang telah mati.

Pada masa itu, para peninjau dan pemburu ganjaran yang telah dihantar di seluruh benua itu akhirnya pulang ke kawasan masing-masing, cemas setelah mendengar ancaman tentera Yan Bei yang megah itu. Walaupun Yan Xun tidak mempunyai keupayaan untuk memulakan sebarang peperangan terhadap Empayar Xia, namun pemuda itu semestinya berupaya untuk menghapuskan kekuatan sebuah wilayah, sebuah daerah, dan sebuah kawasan pada suatu-suatu masa, apatah lagi pemburu-pemburu ganjaran yang kebiasaannya berseorangan. Mereka berasa risau jika ibu negara akan memulau mereka di saat mereka memerlukan pertolongan, seperti apa yang telah terjadi kepada Yan Xun, lagipun siapa yang tahu jika penilik nasib yang sering datang ke rumah, nenek tua yang menjaga gerai jualan lempeng, orang gaji baru dalam keluarga ataupun gundik baru di dalam kediaman itu bukannya pembunuh upahan dari Kesatuan Da Tong yang telah dihantar untuk memenggal kepala mereka?

Lebih senang jika mereka berundur diri dari masalah tersebut. Walaupun ia terasa bagus untuk berkhidmat demi empayar, namun nyawa mereka ternyata lebih bernilai.

Chu Qiao tidak tahu-menahu akan perubahan drastik yang telah berlaku di darat semasa dia berada di atas kapal tersebut. Gadis itu terbaring di dalam kabin dengan senyap untuk proses pemulihannya, merisaukan ikatan perkahwinan yang telah terjalin di antara Empayar Tang dan juga Empayar Xia yang bakal menggangg-gugat kestabilan politik di Yan Bei. Chu Qiao berharap dia dapat memasuki Tan Jing dengan pantas dan bergerak ke selatan melalui laluan air untuk pulang ke Yan Bei supaya gadis ini dapat berbincang hal ini dengan Yan Xun.

Chu Qiao langsung tidak menyedari ribut petir yang bakal melanda di dalam hidupnya. Ibu negara Tang yang riuh-rendah dan makmur itu bagaikan serawan jaring ikan, menyelubungi kekuasaan dunia di dalam dirinya sendiri. Angin kencang menghembus bersama haruman solekan dari Tang datang dari arah selatan, membawa bersama sebuah perasaan yang memukau.

Dua hari kemudian, Zhuge Yue mengumpulkan pasukan tenteranya dan berlepas dari Bandar Xian Yang dan memasuki daerah Tang melalui Sempadan Bai Zhi dan pada masa yang sama, sebuah kumpulan tentera beredar dari Yan Bei dengan lincah, menuju ke bahagian tenggara benua Meng Barat. Konflik di antara Yan Bei dan ibu negara Zhen Huang yang musnah itu bakal bersambung di ibu negara Empayar Tang.

Cahaya menerangi kapal tersebut dan juga pemandangan sekeliling apabila malam menjemput, gunung-ganang di kedua-dua belah tebing sungai kelihatan megah. Kadangkala terdapat burung-burung helang yang berterbangan di udara, melebarkan sayap mereka yang besar dan juga ringkikan yang lantang.

Nafas seorang wanita muda dapat didengari di dalam kesunyian kabin yang sempit pada malam yang gelap gelita itu dengan hanya terdapat sebuah laluan kecil di tengah-tengah kabin tersebut. Liang Shaoqing mengalih-alihkan badannya ke kiri dan ke kanan, sukar untuk tidur. Tiba-tiba, lengannya terhentak pada dinding kabin dengan sebuah dentuman.

"Awak runsing sangat sampai tak boleh tidur ke?" Suara wanita itu kedengaran datang dari sebelahnya. Liang Shaoqing menggosok-gosok lengannya yang lebam itu sambil menerangkan, "Panas sangat sampai saya tak boleh tidur."

Chu Qiao ketawa lembut, enggan membetulkan kesilapan pemuda itu, lantas dia bersandar pada sisi katil dan berkata, "Saya pun tak boleh tidur. Ulat buku, tolong buka langsir, pengap sangat di sini."

Liang Shaoqing pun terduduk untuk membuka langsir. Cahaya bulan yang berwarna perak itu bersinar menerangi wajah Chu Qiao yang lantas mempamerkan ciri-ciri wajah yang pucat, gadis itu memalingkan wajahnya untuk melihat keluar, anak matanya menghitam dan keningnya panjang bagaikan sayap sehelai rama-rama yang membuatkan Liang Shaoqing terpana seketika akibat merenung gadis ini.

"Ulat buku, awak sedang tengok apa itu?"

Chu Qiao berkerut dan mencela. Liang Shaoqing yang tersipu itu tergagap seketika sebelum berkata, "Saya tengah fikir, fikir awak dari mana."

Chu Qiao meraih keningnya dan merenung pemuda ini dengan menggunakan hujung matanya. "Kita tak kenal lama pun tapi awak dah tanya mengenai kisah hidup saya. Kita ini rapat sangat ke?"

Liang Shaoqing terpaku sebelum menjawab, "Lagipun, kita bukan ke dah tempuhi kesusahan bersama-sama. Apa salahnya kalau saya tanya pasal tempat lahir awak?"

"Baiklah." Chu Qiao berpusing dan berbaring di atas katil, memejamkan matanya dan melepaskan ketawa lembut. "Beritahu mengenai latar belakang awak dulu."

"Saya daripada Shangyu, yang terletak di Daerah Zhaoyang, sebahagian daripada Empayar Xia."

"Shangyu di Daerah Zhaoyang?" Chu Qiao berkerut dan menambah, "Nama keluarga awak Liang. Liang Zhongtang ada kena mengena dengan awak ke?"

Liang Shaoqing membalas dengan teruja, "Dia ayah saya. Awak pernah dengar mengenai dia ke sebelum ini?"

Chu Qiao membuka matanya dengan lebar dan berpusing untuk meneliti Liang Shaoqing dari atas ke bawah, dan gadis itu berkata sambil berkerut, "Betul ke dia ayah awak?"

"Ya." Liang Shaoqing menjadi teruja kerana akhirnya dia menjumpai suatu topik perbualan. "Kenapa? Kami tak serupa ke?"

Chu Qiao menggeleng kepalanya dan membalas, "Tak."

Liang Shaoqing menggosok-gosok kepalanya sambil tergelak. "Haha, ibu saya pun cakap begitu juga."

"Ayah awak amat berjaga-jaga dan licik dalam langkahnya. Dia ada kenalan di seluruh Shangyu, sebuah pekan yang kecil tapi ia merupakan pusat perdagangan dan juga makanan di daerah selatan. Keluarga Liang di Shangyu pun keluarga bangsawan. Memandangkan kecerdikan dan kepintarannya, bagaimana dia boleh dapat anak lelaki macam awak?"

"Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. Saya dan ayah saya ada minat yang berbeza. Apa salahnya?" Liang Shaoqing, setelah berkata, terus merenung Chu Qiao dengan hairan. "Bagaimana awak kenal ayah saya dengan begitu baik? Xiaoqiao, siapa awak sebenarnya? Awak dari mana? Kenapa pegawai-pegawai sedang kejar awak?"

Chu Qiao membalas dengan wajah yang bersahaja, "Ia sesuatu yang saya dah dengar dan hafal sepanjang jalan. Walaupun kita tak kenal latar belakang masing-masing, tapi awak tahu perwatakan saya. Saya dah naikkan amarah pegawai kerajaan dan dipaksa untuk merahsiakan identiti saya tapi saya masih perlukan pertolongan awak untuk terus melindungi identiti saya semasa kita berada di atas kapal."

Liang Shaoqing yang terpana dengan kata-kata Chu Qiao yang agak formal itu pun terus menepuk dadanya dengan yakin dan berkata, "Jangan risau, saya janji saya takkan cakap apa-apa."

Angin tengah malam menghembus-hembus sisi kapal, membuatkan langsir berterbangan di udara, dengan kapal yang berlayar perlahan di atas permukaan sungai sambil berayun ke kiri dan ke kanan dengan lembut. Chu Qiao bersandar di sisi katil dengan mata yang separuh tertutup, gadis itu cuba untuk merenung kawasan di luar kabin dengan perasaan yang lebih tenang berbanding hari-hari yang lepas. Sudah lama gadis ini tidak merasai ketenangan dan kedamaian sebegitu, semenjak meninggalkan Bandar Zhen Huang dan penjara gergasi itu. Dia merasakan kehidupannya lebih cerah setelah dirinya menjadi pelarian sehingga angin yang sejuk itu pun mampu untuk menghangatkan gadis ini.

"Xiaoqiao?" Liang Shaoqing berbisik. "Xiaoqiao?"

"Hm? Kenapa?"

"Awak sedang menyanyi lagu apa?"

Chu Qiao terpana. "Saya sedang menyanyi lagu apa? Saya menyanyi ke tadi?"

"Ya, awak menyanyi. Awak bersenandungkan sebuah lagu tadi. Sedap bunyinya, tapi saya tak pernah dengar lagu sebegitu."

Chu Qiao tersipu-sipu. Wanita muda ini yang tidak menunjukkan sebarang emosi apabila membunuh musuh-musuh tidak dapat menahan perasaan apabila ditangkap sedang menyanyi, lantas gadis itu membalas lembut, "Itu lagu dari tempat kelahiran saya."

Liang Shaoqing menggerakkan tubuhnya dengan teruja dan berbaring di atas katil dan bertanya, "Boleh tak awak nyanyikan saya sebuah lagi lagu?"

Chu Qiao menggeleng tanda tidak setuju. "Suara saya tak sedap."

"Sedaplah," Liang Shaoqing berkeras dengan degil. "Sebuah lagu saja, boleh?"

"Irama lagu ini biasa saja. Awak pasti tak suka."

"Bagaimana awak tahu saya tak suka?" Liang Shaoqing berkerut, mencari segala alasan untuk menyuruh gadis itu menyanyi. "Anggap saja ini tanda maaf awak kepada saya. Awak penyebab saya kehilangan semua barang-barang saya dan jadi hamba. Nyanyi saja sebuah lagu dan saya akan anggap saja semuanya dah terbayar."

Chu Qiao berkerut dan membalas, "Lelaki yang dah besar seperti awak ini pun boleh berfikir alasan sebegitu."

"Xiaoqiao, sebuah lagu saja. Lagipun, kita bukannya boleh tidur."

Chu Qiao mengambil nafas yang dalam dengan penuh gementar dan berbisik, "Saya… Saya menyanyi sekarang ya?"

"Ya, nyanyilah," Liang Shaoqing menggalakkan gadis itu dengan teruja.

Chu Qiao membuka mulutnya beberapa kali namun tiada sepatah kata pun dapat didengari. Dia pun berkata dengan geram, "Saya dah tak menyanyi lebih sepuluh tahun."

Liang Shaoqing mencebik dan membalas, "Lebih sepuluh tahun? Umur awak berapa tahun ini?"

Chu Qiao tersedar dia telah terlepas cakap, lalu dia pun membalas dengan marah, "Awak ini dengar saya cakap atau tidak?"

"Ya saya. Saya tengah tunggu awak."

"Jadi saya akan mulakan." Gadis itu pun berdehem, suaranya yang serak-serak basah itu kedengaran lembut pada malam tersebut bagaikan daun-daun kering yang gugur pada musim luruh.

"Ku tahu, ku tahu kau terus di sampingku,

Dalam kegelapan, dalam kemusnahan, di jurang nun tinggi di persisiran pantai.

Kita berjanji untuk berpegangan tangan bersama menempuhi kegelapan,

Lantas membina kehidupan indah ceria dalam cemuhan mata memandang.

Akan ada gagak dan kuda di dataran menghijau,

Gunung dan sungai dan tasik dan langit membiru.

Cahaya mentari tidak akan membutakan,

Malam menghitam bakal diterangi bintang berkelipan.

Ku tahu, ku tahu kau terus di sampingku,

Di pergunungan nun tinggi, dataran nian menghijau, menunggu ketibaan ku di sampingmu.

Kau yakinkan ku untuk membuka mataku berani,

Merenungi cahaya mentari yang menyinari ufuk,

Ku tahu banyak cabaran bakal ditempuhi,

Ku tahu bencananya bermalapetaka.

Namun sebesar mana pun ribut petir yang melanda ku tak khuatir untuk membuka mata,

Kerana ku tahu kau akan terus di sampingku."

Udara pada malam itu terasa berat, dengan angin yang bertiup memenuhi ruang kabin. Suara Chu Qiao bagaikan sebuah saluran mata air yang suam, memanaskan udara yang sejuk membeku di dalam kabin tersebut, dan Liang Shaoqing terdiam buat masa yang lama, hanya merenung Chu Qiao.

Bunyi roda yang diputarkan di seluruh dek bergema kuat, dan lantas Chu Qiao merenung ke luar, mendapati sebuah kelibat yang melintasi dari hujung kabin. Kegelapan menyelubungi setiap ruang kawasan dari semua arah, dengan air sungai yang mengalir tenang yang lantas membuatkan kawasan tersebut senyap sunyi.

Doktor keluarga Zhan itu merupakan seorang yang berbakat, dan dalam kurang dari tiga hari sahaja, luka Chu Qiao hampir sembuh sepenuhnya. Lelaki tua itu menyedari Chu Qiao ialah seorang gadis apabila dia merawatinya, namun menghormati keputusan gadis itu untuk mengekalkan samarannya, dan telah memberikan Chu Qiao sebuah botol ubatan untuk menghilangkan parut lukanya itu serta menunjukkan cara-cara menggunakan ubat tersebut.

Langit masih lagi mencerah apabila kapal tersebut akhirnya berhenti di Jeti Meicheng pada hari itu. Pelayar dan anak-anak kapal semuanya telah menuruni kapal untuk berehat dan ramai pegawai kerajaan yang telah berkumpul di kedua-dua persisiran sungai untuk menjemput kehadiran keluarga Zhan. Suasana di situ ternyata amatlah meriah. Chu Qiao hanya merenung ke luar tingkap sambil wajahnya yang dikerutkan. Liang Shaoqing melutut di atas katil dengan penuh keliru. "Xiaoqiao, ada yang tak kena ke?"

Chu Qiao menuding jarinya ke arah orang ramai sambil berkata, "Tengok. Pegawai-pegawai kerajaan yang berada di sini semuanya pegawai bawahan, lebih rendah dari tahap kelapan. Lagipun, bukan ke Meicheng ini pekan yang berpengaruh. Kenapa ia kelihatan seperti mereka langsung tak boleh hantar pasukan iringan yang lebih baik? Nampaknya tuan kita ini tak mempunyai latar belakang yang berkuasa, tak cukup untuk ditemani oleh ratusan hamba untuk perjalanan biasa."


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C99
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄