下載應用程式

章節 16: Bab 16

編輯: EndlessFantasy Translation

Yan Xun menggelengkan kepalanya dan membantah, "Bagi aku yang hantar kau ke atas dulu, dan kau boleh cari orang untuk selamatkan aku."

Chu Qiao terkejut dan merenung Yan Xun dari atas ke bawah. Setelah itu dia mengangguk dan bersetuju dengan cadangannya itu lalu berkata, "Baiklah."

Setelah dia akhirnya memanjat keluar dari gua bersalji itu dengan usaha yang keras, dia berasakan seperti dia berada di dalam misi hidup dan mati. Dia meniarap di atas salji itu dan memandang bawah ke arah Yan Xun yang masih terperangkap di dalam luang itu sambil melaungkan, "Kau tunggu aku tau aku nak pergi minta pertolongan ni."

Yan Xun tersenyum dan melantai. "Cepat balik!"

Buku lali Chu Qiao tercedera dan ia mungkin telah terseliuh akibat daripada kejatuhan ke dalam lubang gua itu. Dia berjengkot beberapa langkah sebelum sebua idea bernas telah melanda dirinya. Dia berhenti bergerak dan lalu mengecilkan matanya sebelum berasa satu kesejukan pada tulang belakangnya. Jika dia berpaling dan beredar, di dalam kesejukan dan hutan yang terbiar ini, Yan Xun pasti akan mati kesejukan. Dalam hal ini, begitukah cara dia hendak membalas dendam? Dia masih teringat akan kejadian pada hari pertama dia berada di dalam era ini-aliran darah merah yang tidak berhenti mengalir keluar dari setiap tubuh mayat di dalam arena pemburuan itu, anak panah tajam-dan degupan jantung Chu Qiao mula berlumba.

Walaupun anak panah yang ingin membunuhnya itu milik kedua-dua saudara daripada keluarga Zhao. Walaupun anak panah Tuanku Maharaja telah menembusi serigala liar. Walaupun Yan Xun diejek oleh saudara Zhuge sebagai seorang yang lemah setelah apa yang terjadi. Walaupun dia sangat mempercayai Chu Qiao dan tersenyum ke arahnya dan meminta dia untuk pergi dan kembali dengan cepat…

Chu Qiao berdiri di atas padang yang memutih akibat salji, anak matanya gelap, bersinar.

Dengan satu hentakan, sebuah dahan yang lebih tinggi dari seorang manusia telah dicampak ke dalam lubang gua, nyaris terkan kepala Yun Xun. Chu Qiao belum lagi menjenguk ke dalam gua namun dia dapat mendengari jeritan Yan Xun, "Kau ni nak bunuh aku ke?!"

Chu Qiao menjeling matanya ke atas dengan penuh kejengkelan. "Kalau aku nak bunuh kau, aku takkan bagi usaha yang banyak macam ni. Cepatlah naik."

Yan Xun yang lincah itu dengan senangnya memanjat ke atas. Dia merenung mata Chu Qiao dan tersenyum sinis, "Aku ingat kau akan tinggalkan aku dekat sini dan takkan datang balik."

Chu Qiao merenungnya kembali dengan dingin, "Aku hanya boleh salahkan diri sendiri sebab aku tak sekejam itu."

Yan Xun melepaskan gelakan yang besar sambil melangkah ke arah Chu Qiao. Dia harus menunduk sedikit dan lantas berkata, "Disebabkan kau yang tak tinggalkan aku dekat sini, aku nak berterima kasih. Bagi aku dukung kau di belakang aku sampai ke istana."

Chu Qiao melopong sambil merenungnya tanpa percaya. "Kau sanggup buat macam tu? Tu bukan di bawah darjat kau ke?"

"Aku berasa baik hati pulak hari ni."

Chu Qiao diam untuk masa yang lama, jadi Yan Xun beranggapan bahawa Chu Qiao tidak bersetuju untuk berbuat sedemikian. Namun anggapannya salah apabila tiba-tiba dia dapat merasakan tubuh badan yang kecil dan lembut itu bersandar di belakangnya.

Salju di dataran yang meluas itu kelihatan bergermalapan. Yan Xun sedang mendukung seseorang untuk kali pertamanya dan perlakuannya nampak sangat janggal apabila dia cuba untuk merentasi salji tebal. Chu Qiao lantas mengeluarkan tangannya yang dililit erat di sekeliling tengkuk Yan Xun dan mengetuk-ngetuk tengkuknya. "Janganlah bergoyang-goyang! Aku nak jatuh ni."

Yan Xun berhenti seketika namun menyetabilkan diri sebelum sebelum perlahan-lahan melangkah lagi.

"Hey, kau tau berapa lama kita kena jalan?"

Gadis kecil itu menjawab dengan tenang, "Lagi sekejap daripada menghabiskan sebatang setanggi, jadi berjalan balik akan mengambil masa dalam dua jam."

Yan Xun mengangguk faham. "Nama kau Xing Er?"

"Macam mana kau tahu tu?"

"Dekat cenuram tempoh hari, tu lah nama yang kawan gundik kau panggil kau." Tuanku Maharaja Yan nampak seperti dia berada dalam angin yang sangat baik pada hari ini. Melihat yang Chu Qiao tidak membalas katanya, dia terus bertanya, " Apa nama sebenar kau dan nama keluarga kau?"

Chu Qiao membalas perlahan, "Kenapa aku kena bagitahu kau?"

"Kau tak perlu bagitahu aku kalau kau tak nak." Yan Xun membalas, "Tapi satu hari nanti, kau mesti akan merayu pada aku untuk mendengar apa kau nak cakap."

"Kalau kau ada kesabaran, kau bolehlah tunggu hari tu untuk datang."

Yan Xun mengerutkan dahinya, "Kau ni budak, kenapa kau bercakap macam orang tua?"

Gadis kecil di belakangnya itu menempelak yang membuatkan bibirnya bergerak, "Kau orang pun bukanlah tua sangat. Kenapa kau orang kejam sangat?"

Yan Xun tercengang setelah mendengar itu namun tersenyum. "Ya Tuhan, kau memang betul-betul menyimpan dendam."

Budak perempuan itu kedengaran seperti lebih muram dan suaranya bertambah dingin. Dia membalas tanpa endah, "Kau tak simpan dendam sebab kau tak pernah ada anak panah yang menghala ke arah kau sebelum ni."

Angin kencang yang meniup tanpa henti dan tiba-tiba Yan Xun berasa sejuk. Dia cuba untuk membuka mulutnya untuk membalas kata Chu Qiao namun tiada apa yang dapat dikeluarkan. Konsep berlainan darjat yang telah dipercayai oleh semua orang dan termasuk dirinya itu selama hari ini kini menjadi teruk setelah mendengar apa yang dikatakan anak kecil itu. Untuk banyak benda lain, sekiranya sekumpulan besar rakyat berkata bahawa sesuatu perkara itu benar, orang lain hanya akan mengikuti dan mempercayai sahaja walaupun di dalam hati mereka mempunyai pandangan dan pendapat yang lain.

Cahaya malam yang samar itu terpancar di atas tanah bersalji apabila bayang dua kanak-kanak menjadi lebih kecil. Pada masa ini, tapak kaki yang bergegas pantas dapat didengari dari jauh. Yan Xun mengfokus dan berkata, "Orang-orang suruhan saya ada di sini."

Chu Qiao yang berada di belakang Yan Xun mengerutkan dahinya sedikit apabila dia cuba untuk menumpukan perhatian kepada bunyi-bunyian. Dia hanya dapat mendengari himpunan bunyi daripada kuda-kuda, dan kedengaran seperti sepasukan tentera yang akan datang, dan diikuti dengan tapak kaki pantas manusia. Malam itu sangat berkabus dan sekumpulan manusia samar-samar dapat dikesan sedang berjalan dengan bersusah payah di dalam salji itu. Anak kecil itu mengecilkan matanya dan berkata perlahan, "Nampak macam dia orang tu bukan orang suruhan kau."

Angin utara telah menyebabkan ribut salji apabila salji berterbangan dengan terburu-buru dan dengan tebal, menghalang bulan daripada bercahaya terang dan sekaligus menghalang mereka berdua daripada membuka mata dengan sepenuhnya.

Langit menjadi gelap-gelita bersama-sama jeritan ngeri burung hantu yang acap kali kedenaran. Burung-burung tersebut berterbangan di atas udara dan bandar Zhen Huan kini kelihatan seperti sebiji batu permata di dalam lautan memutih daripada burung hantu tersebut. Ianya dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang. Kini, di pinggir batu permata itu, terdapat sekumpulan manusia yang berbaju yang semakin menguning dan lusuh, memang bercanggah dengan cara bandar itu yang semakin berkembang itu, dan kumpulan itu juga berbangsa lain daripada orang di dalam bandar Zhen Huan. Mereka semakin mara memasuki bandar itu.

Angin yang mencucuk itu menembusi baju lusuh orang-orang ini, bagaikan kulit mereka yang semakin membiru itu disiat-siat dengan sebilah pisau. Angin yang tidak mempunyai belas kasihan itu meniup kencang dan mereka berkumpul sesama sendiri dan membuat bulatan yang kecil, berganding bahu untuk menempuhi ribut ini. Tanpa sebarang dinding tebal untuk menghalang mereka daripada angin, musim sejuk di tanah tinggi sememangnya tidak tertanggung. Serta-merta, tangisan seorang bayi kedengaran dan bunyi itu lama-kelamaan semakin kedengan oleh setiap ahli kumpulan.

Bunyi cemeti tiba-tiba kedengaran. Ketua kumpulan itu yang sedang menunggang kuda lantas mengarahkan kudanya untuk bergerak ke hadapan dengan muka yang suram dan mengherdik, "Semua, diam!" Namun, bayi-bayi itu tidak mengerti akan arahannya lalu tangisan terus berkumandang kuat. Dahi ketua itu dikerutkan danlalu dia mengarahkan kudanya untuk pergi ke tengah-tengah khalayak ramai. Dia menunduk ke bawah dan merampas bayi kecil itu daripada seorang wanita muda. Dia mengangkat bayi itu tinggi dan dengan kejamnya melontarkan bayi itu ke tanah.

"Ah!" Satu teriakan ketakutan mengekori, dan ibu muda kepada bayi kecil itu terpana ketakutan. Dia segera berlari ke arah bayinya dan memeluk bayinya yang sudah tidak bernadi itu, teresak-esak menangis.

Ketua itu merenungnya tajam, dan menunggang kudanya melintasi pelarian-pelarian daripada pelbagai kaum itu, hanya esakan ibu muda itu sahaja yang kedengaran. Ketua itu lantas mengeluarkan sebilah pisau dari poketnya dan mengelar belakang wanita itu hingga ternampak tulang belakangnya. Darah memercik-mercik keluar daripada wanita itu, mewarnakan tanah yang putih itu.

Chu Qiao dengan tiba-tiba berhenti bernafas seketika dan mengertap bibirnya keras. Dengan seseorang yang berkuasa berada di sisinya, dia ingin berlari untuk menolong mereka.

"Kau memang tak kisah pasal nyawa kau sendiri?" Yan Xun memeluk Chu Qiao dengan erat dan berbisik rapat ke telinganya, "Mereka tu pasukan tentera Wei Fa, jangan bertindak melulu."

"Mereka di sini," Ketua berkuku hitam dan berkot bulu hitam itu memberitahu orang bawahannya dalam suara yang kasar. Pasukan tentera dengan segera memakai helmet besi di kepala dan serta-merta menuruni kuda mereka dan mengeluarkan pisau dari poket di pinggang. Dengan satu tarikan tali, kaki pelarian-pelarian yang terikat dengan tali itu secara serentak terjatuh ke tanah. Anak mata ketua pasukan tentera Wei Fa itu muram dengan bibirnya yang nipis menjadi satu garisan halus sebelum menjerit sekuat hati, "Bunuh!"

Teknik hirisan menggunakan pisau itu adalah muktamad dan pasukan tentera yang muda itu mengekalkan ketenangan mereka. Mata mereka langsung tidak berkelip apabila menetak kepala pelarian dan dengan sepantas kilat, sepuluh kepala telah tercabut dari badannya dan sedang bergolek-golek di atas tanah dengan darah banyak yang berkumpul menjadi satu aliran darah pekat. Aliran tersebut membeku serta-merta.

Anak kecil itu mengertap bibirnya ketat semasa dia sedang bersembunyi di sebalik cerun, melihat pembunuhan itu dilakukan pada jarak yang dekat, hatinya remuk. Anak matanya bercahaya seperti sebiji bintang namun ia terasa berat. Tapak tangan Yan Xun sejuk membeku namun masih menggenggam erat tangan Chu Qiao, namun dia dapat merasakan emosi yang sedang dilalui oleh Yan Xun berdasarkan darahnya dan dia tidak mampu untuk menoleh pandangannya dan melihat tepat ke mata Chu Qiao. Badan yang kecil di dalam dakapannya itu telah memberikan bahang seolah-olah ia dapat melecurkan tangannya.

Dia menyaksikan tentera-tentera ini memancung kepala pelarian berulang-ulang kali. Dia merasakan bahawa mereka bukanlah sekadar memancung kepala rakyat, tetapi sekali dengan prinsip hidupnya. Sifat keras kepala yang telah wujud dalam dirinya buat masa yang lama itu juga telah dihiris sehingga tiada apa untuk disembunyikan kini.

Bilahan pisau mengelar dan darah dipercik merata-rata tempat. Raut wajah pelarian-pelarian itu nampak seperti tenang dan tiada unsur ketakutan untuk mati. Chu Qiao sedar yang itu bukanlah disebabkan oleh perasaan takut akan mati, ia bukanlah disebabkan oleh perasaan putus asa akibat kehilangan harapan, dan yang papling penting ia bukanlah disebabkan oleh perasaan putus asa dengan diri sendiri-ia adalah disebabkan oleh keazaman yang tidak berkurang dan hasrat benci yang sangat mendalam. Semua orang yang berada di situ senyap sepi, tiada orang yang menangis atau mencarut, bayi juga terdiam. Mereka membuka mata mereka untuk melihat orang-orang yang mereka sayangi dibunuh dengan kejam oleh mereka-mereka ini. Renungan mata mereka bersinar, namun kebencian dalam hati mereka pasti membuak-buak. Kebencian ini boleh dirasakan sehingga ke syurga, dan Asura daripada neraka pun harus mengaku kalah dengan thaap kebencian seperti ini.

Kemarahan dan kebencian yang disimpan dalam dirinya itu dengan perlahan melimpah ke luar dan dia menggenggam tapak tangannya sendiri dan membentuk penumbuk seperti serigala kelaparan. Pada masa ini, telapuk kaki kuda kedengaran laju, bertemankan dengan suara seorang lelaki yang sedang terjerit kemarahan, "Berhenti! Semua orang, berhenti!"

Kuda putih itu memecut ke arah tempat kejadian, tuan muda pantas menuruni kudanya dan segera melibas tangan salah seorang daripada tentera Wei Fang. Dia berdiri di hadapan pelarian dan menjerit marah ketua pasukan tentera itu, "Jiang He, apa yang kau buat?"

"Mejar Panglima Shuye, saya hanya mengikuti arahan dan membunuh pemberontak-pemberontak ni." dia berkata sambil mengedutkan keningnya, tetapi masih menuruni kudanya dan tertunduk hormat.

"Pemberontak?" Wei Shuye mengerutkan dahinya, dan dengan renungan yang tajam, dia menuding jari ke arah orang tua, para wanita, dan kanak-kanak, dan berkata keras, "Siapa pemberontaknya? Mereka? Siapa yang bagi kau kelulusan untuk buat benda ni?"

Riak wajah Jiang He tetap membatu, "Mejar Panglima, saya terima arahan daripada istana Sheng Jin. Ini arahan terus daripada pak cik tuan dan dipersetujui oleh tuan-tuan terhormat. Abang tuan sendiri yang bagi arahan dan ketua-ketua terhormat daripada Keluarga Wei dah berbincang tentang hal ni dan inilah arahannya. Saya hanya menjalankan arahan je."

Wei Shuye tercengang. Dia memalingkan pandangannya ke arah pelarian-pelarian yang berada di atas tanah bersalji itu. Pelarian-pelarian yang sebelum ini mempunyai wajah yang suram kini menjadi marah apabila mereka melihatnya. Seorang wanita tua serta-merta berdiri dan tanpa sebarang endahan, dia memarahi, "Kamu ni penipu! Pengkhianat tak tahu malu! Tuhan akan menghukum kamu nanti!"

Sebilah pisau ditusuk ke dalam pinggang wanita tua itu dan darah menitik-nitik jatuh dari pisau itu. Pinggang wanita itu seolah-olah terbelah dua dan dia lantas terjatuh ke atas tanah. Walaubagaimanapun, dia masih menggunakan daya terakhirnya untuk meludah kahak berdarahnya ke atas pakaian Shuye. Dia menyumpah, "Kalau aku jadi hantu pun...Aku akan menghantui… menghantui…"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C16
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄