"Pak Cik Kedua, saya betul-betul tak tahu apa-apa. Lebih baik kamu tanya Ning Xi sendiri!" Jiang Muye tidak berani mendedahkan terlalu banyak maklumat kerana dia takut akan dibelasah oleh Ning Xi nanti. Jadi, dia cuma menjawab dengan terpaksa sebelum melarikan diri dari situ dengan pantas.
"Hei, kamu nak lari pergi mana tu?" panggil Lu Jingli. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak.
Sedang dia sibuk memikirkan tentang hal itu, Lu Jingli tiba-tiba teringatkan abangnya. Dia berdeham dan cuba memujuk, "Ehem, Bro, semua ni salah saya sebab saya dah buat kenyataan yang mencurigakan macam tu. Tapi, mereka nampak bermusuhan sekarang. Lagipun, cuba kamu tengok betapa ganasnya Kak Ipar serang budak tak guna tu. Mo Yuxiu memang bukan saingan kamu."
"Kalau dia saingan saya pun kenapa?" soal Lu Tingxiao.
Lu Jingli cepat-cepat memujuk, "Ya, ya, ya! Tak perlu risau kalau dia saingan kamu sekali pun! Bro, tarikan kamu mampu memusnahkan sesiapa pun!"