Zhuang Lingyu mencemuh sambil memujuk Ning Xueluo dengan mengusap belakang tangannya, "Jangan risau, selagi mak ada tak ada siapa boleh buli kamu!"
"Mak, terima kasih ya…" Ning Xueluo menangis ketika dia memeluk Zhuang Lingyu. Matanya bertemu dengan mata Ning Xi yang kelihatan seperti mengejeknya.
Selepas beberapa ketika, pembacaan wasiat itu diteruskan.
Baki dana dan hartanah telah dibahagi sama rata kepada beberapa orang. Ning Xi juga telah menerima harta di Bandar C. Bandar C merupakan tempat tinggal keluarga angkatnya dan tempat dia membesar selama 18 tahun. Orang tua itu telah berfikir dengan sehabis baik dalam menulis wasiatnya.
Selepas itu, tinggal bahagian yang paling penting sekali iaitu saham syarikat!
Ini juga salah satu sebab kenapa Ning Yaobang menahan dirinya daripada membuat kacau. Saham syarikat merupakan bahagian yang paling penting.