Ning Xi cepat-cepat menjauhkan telefon itu dari telinganya dan mendekatkannya semula selepas jeritan itu tamat. "Sayang, kamu telefon saya untuk menunjuk-nunjuk keupayaan kamu menjerit je ke?"
"Tadi… tadi, Pengarah Qiao dari syarikat kamu telefon saya. Dia kata kertas kerja saya dah berjaya! Sekarang saya dah boleh buka kedai dengan Studio Spirit, hahahaha…"
Suara Lu Xinyan agak kuat hinggakan Qiao Weilan juga boleh mendengarnya.
"Tahniah!" Ning Xi tersenyum.
Lu Xinyan terdiam seketika, kemudian dia berkata dengan janggal, "Hmm… terima kasih!"
"Untuk?"
"Terima kasih sebab tolong saya! Saya ni adil! Kamu dah tolong saya, jadi mestilah saya akan berterima kasih!" kata Lu Xinyan.