"Tempat istimewa...?"
Chen Hanchen masih tidak puas hati dan dia tidak faham kenapa gadis itu begitu berkeras ingin tetap bersama dengan Hiburan Keagungan Dunia.
Kenapa Ning Xi seperti sedang meluahkan perasaannya kepada seseorang?
Baru saja Chen Hanchen berkira-kira ingin bertanya dengan lebih lanjut, sebuah teksi tiba dan Ning Xi cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. "Saya pergi dulu. Selamat tinggal!"
Sebenarnya, Chen Hanchen sengaja bercakap dengan Ning Xi di depan Ke Mingyu kerana dia ingin menunjukkan kekuatannya dan mengingatkan Ke Mingyu yang lelaki itu tidak layak untuk Ning Xi. Malangnya, Ning Xi akhirnya menolaknya dengan begitu cepat...
...
Ning Xi terlebih dahulu tiba di Istana Platinum dan Ke Mingyu tiba tidak lama kemudian.
Sebaik sahaja Ning Xi ternampak bosnya, dia serta-merta melompat-lompat mendekati lelaki itu. "Hei, Bos! Pandai tak saya tadi? Nak hadiah!"