Zhuang Zongren berkata dengan sedih, "Saya serius ni, janganlah main-main!"
Zhuang Liaoyuan melihatnya dengan bersungguh-sugguh. "Ayah, saya tak berguraulah. Saya tak bercadang nak bagitau ayah pasal ni, tapi saya rasa nanti ayah akan menyiasat juga pasal perkara ni sendiri… macam yang saya dah buat. Saya menyiasat latar belakangnya sebab saya berniat mahu mengambilnya kerana dia sangat mahir menembak!"
"Habis tu? Berterus-terang jelah!" desak Zhuang Zongren.
"Ramai orang dekat sini. Saya akan bagitau lepas kita balik rumah nanti!"
Zhuang Zongren terpaksa menahan rasa ingin tahunya. Kemudian dia memandang ke arah Zhuang Rongguang dan gadis itu…
Zhuang Rongguang terduduk di atas lantai dengan riak wajah yang kecewa. "Tak guna… kamu jangan berlagak sekarang ni! Bagi saya beberapa hari dan saya akan buat benda yang sama!"