Li Yueling tidak perasan apa-apa yang pelik tentang Ning Xueluo dan terus mengadu, "Saya tahu Ning Xi mesti guna helah kotor, saya hampir percaya yang saya kalah dengan dia! Apa yang saya kena buat sekarang, Xueluo? Saya malu sangat nak balik!"
Ning Xueluo berfikir seketika dan berkata, "Noble sudah pun umumkan keputusan itu dan mustahil untuk ubah sekarang. Tapi kita boleh kurangkan penyebaran berita tu.
Uji bakat ni berlaku di luar negara jadi tak ramai orang yang tahu tentangnya. Kalau kena dengan caranya, mereka mungkin tak sebarkan keputusan tu ke seluruh dunia. Bukan kamu je yang malu. Mereka semua lagi berpengalaman daripada Ning Xi tapi kalah dengan dia!"
Li Yueling tersedar. "Kamu betul."
"Jadi sabar je, kamu di pihak yang sama dengan mereka. Kebetulan, History baru saja buka ibu pejabat di Los Angeles. Kita akan jemput mereka semua datang esok dan belikan beberapa pakaian di sana. Selepas berkenalan dan beri petunjuk, mereka mesti faham!"