Mata Lu Jingli sangat tajam. Apabila dia sudah masuk ke mod gosip, matanya bertukar menjadi mata helang yang nampak semuanya. Dia sebenarnya sudah nampak isi kandungan mesej-mesej itu dan dia menyentuh dagunya sambil berfikir.
YS...
Memang lelaki itu, seperti yang dijangkakan!
Tsk! Bagus, misi malam ini telah tercapai.
Sudah pastilah sepatutnya dia boleh lakukan dengan lebih baik!
Lu Jingli mula bertanya lagi, "Xiao Xi Xi, hidangan yang mana daripada kedua-dua chef itu yang kamu rasa lagi sedap?"
Ning Xi seolah-olah mahu pengsan akibat berasa geram. Ini kali ketiga dia ditanyakan soalan ini dalam tempoh masa yang singkat!
Tolong jangan tanya lagi soalan perangkap ini!
Ini bukannya soalan wajib, tapi lebih kepada soalan maut.