"Kasihan Ning Xi. Susah payah dia rampas fokus orang ramai terhadap Ning Xueluo, benda macam ni pula yang jadi..." Kedengaran suara seseorang menggumam lembut.
Fang Ya berkata dengan selamba, "Nak salahkan siapa? Siapa suruh dia berlagak hebat?"
"Su Yan sedang melamar Ning Xueluo dengan romantik di sini, tapi itu pun dia tak boleh tengok. Dia nak juga orang tumpukan perhatian kepada dia! Kenapa tak terus tarik perhatian sekarang? Kami semua tengah tunggu ni!"
"Macam mana sekarang ni, Ning Xi? Cakaplah sesuatu, kamu nak jemput dia ke tak?" Fang Ya menjadi semakin angkuh selepas melihat Ning Xi hanya berdiam diri.
Ketika ini, Ning Xueluo yang sedang duduk di meja utama tiba-tiba berkata, "Tak apalah."
Semua mata kini tertumpu kepada Ning Xueluo.
"Memandangkan semua orang teringin sangat nak rasa masakan Tuan He Xin, biar saya dan Abang Yan yang jemput dia. Semua orang boleh berhenti susahkan Ning Xi sekarang." ujar Ning Xueluo dengan lembut.