下載應用程式
1.65% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 24: Adik-Beradik Calabash[1]

章節 24: Adik-Beradik Calabash[1]

編輯: EndlessFantasy Translation

Impak ucapan Lu Jingli terhadap Ning Xi terlalu besar, dan dia mengambil masa yang lama untuk menghadamnya.

Dia memandang ban kecil yang berpaut padanya. "Si Cilik, kamu pecahkan semua ini semata-mata hendak jumpa dengan Mak Cik?"

Si Cilik mengangguk kepalanya.

Ning Xi mengerutkan keningnya sambil bertanya, "Kamu tahu apa yang kamu lakukan itu salah?"

Si Cilik menggelengkan kepalanya.

Ning Xi akhirnya faham kenapa Lu Tingxiao begitu tegas pada anaknya. Budak kecil ini kemungkinan besar terlalu dimanjakan sehingga dia berasa segala-galanya perlu mengikut kehendak hatinya.

Wajah Ning Xi menjadi serius, "Sekarang Mak Cik beritahu Si Cilik, apa yang kamu buat ini salah. Hanya budak nakal saja yang buat macam ini. Jadi, jangan buat macam ini lagi, janji?"

Si Cilik menganggukkan kepalanya.

Riak muka Lu Tingxiao pada masa itu sukar difahami.

Sifat Si Cilik susah untuk dikawal. Tapi, jika dia mengangguk kepala dan bersetuju untuk membuat sesuatu, dia akan melakukannya tanpa gagal.

Pakar psikiatri telah mencuba semua cara untuk menghentikan sikap Si Cilik yang sering menggunakan kelaparan sebagai taktik untuk menakutkan orang lain. Mereka juga turut cuba untuk menghentikan dia daripada menguncikan diri di dalam bilik dan memecahkan barang-barang. Mereka tidak pernah berjaya.

Tambahan pula, datuk dan neneknya tidak sampai hati menggunakan kaedah disiplin yang tegas kepadanya. Mereka hanya mampu bertahan separuh jalan. Akhirnya, mereka akan mengalah dan membiarkan cucu kesayangan mereka untuk membuat apa sahaja.

Pengaruh Ning Xi terhadap Si Cilik jauh melebihi jangkaannya. Sudah tentu dia amat gembira.

Ning Xi memarahi Si Cilik untuk seketika lalu memujuknya dengan lembut untuk tidur. "Mm, patutkah saya nyanyikan satu lagu untuk kamu hari ini?

Si Cilik menganggukkan kepalanya dengan patuh

.

"Keke, apa patut saya nyanyikan…Saya tahu! Adik-beradik Calabash, Adik-beradik Calabash, tujuh bunga di atas dahan, tidak takut pada ribut la la la la!

Lu Jingli hampir terjatuh dari bersandar pada pintu. "Si Cilik itu budak yang sangat pintar. Dia tidak mungkin akan suka pada lagu yang begitu keanak-anakan?"

Tapi, budak kecil itu sungguh tertarik pada lagu itu. Perkara yang lebih melucukan ialah abangnya turut menumpukan sepenuh perhatian pada nyanyian Ning Xi…

Akhirnya, selepas Si Cilik tertidur, Ning Xi meregangkan ototnya. "Saya menyanyi hampir semua lagu kanak-kanak yang saya tahu…"

Lu Jingli tidak dapat menahan dirinya lalu ketawa sehingga air matanya keluar. "Jadi kenapa nyanyikan lagu kanak-kanak? Kamu boleh nyanyi lagu lain! Lagu kanak-kanak itu hampir membunuh saya!"

Ning Xi mengikat rambutnya dengan getah dari pergelangan tangan. Dengan matanya yang cerah seperti burung 'phoenix' lalu berkata, "Lagu lain? Selain daripada lagu kanak-kanak, lagu lain yang saya tahu langsung tidak sesuai untuk kanak-kanak!"

Fikiran Lu Tingxiao melayang ke waktu apabila Ning Xi telah menyanyi di bawah cahaya bulan.

Lu Jingli menjadi teruja mendengar kata-katanya. "Hahaha, betul ke ni? Lagu apa? Cuba nyanyi untuk saya!"

Lu Tingxiao merenung dengan garang.

Lu Jingli begitu takut sehingga berdiri dengan segeranya. Rupa-rupanya abangnya jenis yang kuat cemburu!

"Adakah kamu dekat dari sini tadi?" Lu Tingxiao bertanya.

Jika tidak, bagaimana pula dia sampai ke sini dengan begitu cepat?

"Tak, saya datang dari pangsapuri saya. Tapi saya menunggang motosikal! Cepat kan?" Ning Xi menjawab dengan penuh rasa bangga.

Tidak hairanlah dia berpakaian seperti itu.

Pakaiannya hari ini lebih menakjubkan daripada pemakaiannya semalam. Semalam, dia berpakaian seperti wanita yang konservatif. Hari ini pula, dia nampak seperti syaitan betina yang liar dan bebas.

"Itu sangat bahaya." Riak wajah Lu Tingxiao tidak setuju sambil memandang Lu Jingli yang memanggil Ning Xi untuk bergegas ke rumahnya.

"Tidak. Saya amat mahir menunggang motosikal!" Ning Xi melambaikan tangannya untuk memprotes, dan kemudian menguap. "Memandangkan Si Cilik sudah tidur, saya balik dulu!"

Tiba-tiba, Lu Tingxiao membuka mulutnya dan berkata, "Cik Ning, izinkan saya membuat satu permintaan yang mengarut."

Oleh sebab dia sudah memarahi Lu Tingxiao sebentar tadi, dia kembali pada sifatnya yang biasa. Dia menjawab hormat, "Encik Lu, silakan. Kalau ia dalam keupayaan saya, saya akan cuba usahakan."

Keluarga Lu ini memang sangat berkuasa kepada golongan berpengaruh dan golongan bawah tanah. Raja Syaitan Lu berupaya menyerang apabila mendengar satu perkataan yang tidak disukainya.

Lu Tingxiao memandang anaknya dengan pandangan yang berat. "Apa yang berlaku ketika kamu berdua terkunci di dalam bilik stor bar wain itu telah mengejutkan Si Cilik lebih daripada jangkaan saya. Sekarang, kamu saja yang boleh memujuknya. Jadi, saya berharap Cik Ning boleh tinggal dengan kami buat sementara waktu, sehingga Si Cilik pulih."

Ning Xi tergamam selepas mendengar permintaan Lu Tingxiao. "Ha…? Berpindah ke sini dan…tinggal bersama?

Nota:

[1] Adik-Beradik Calabash merupakan siri TV animasi Cina yang dikeluarkan pada tahun 1980-an


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C24
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄