下載應用程式
5.56% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 69: Tamparan Sebenar (1)

章節 69: Tamparan Sebenar (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Yun Luofeng!" Gao Ling tidak dapat menahan dari berteriak, menggenggam kuat penumbuknya sehingga bergetar. "Beta beri amaran pada kamu, jangan melebih-lebih! Semestinya Beta tidak akan setuju dengan hal ini!"

Yun Luofeng memeluk tubuh lalu menjeling wajah berang Gao Ling sambil tertawa kecil. "Adakah Putera Mahkota begitu pasti saya mampu menyembuhkan lelaki tua ini? Jika tidak, kenapa tidak berani terima syarat saya?"

"Kamu..." Urat Gao Ling timbul pada pelipisnya, jelas sekali menunjukkan yang dia terlalu marah.

Kemudian, satu tangan yang lembut bak jed memegang genggamannya, diikuti suara Mu Wushuang yang ayu dan manis didengar.

"Putera Mahkota, apa salahnya menerima syarat ini? Patik percaya dia tidak akan ada peluang untuk membuat Tuanku mengangkat tangan terhadap patik." Wushuang tersenyum lembut, sangat berbeza daripada dirinya yang biasanya dingin dan anggun.

Walaupun dia tidak mampu menyelamatkan orang tua ini, dia langsung tidak percaya yang Yun Luofeng, orang yang baru belajar ilmu perubatan, mampu menyembuhkannya. Oleh itu, tidak kira apa jua syarat yang diberikan sekarang, akhirnya Yun Luofeng hanya akan menampar wajahnya sendiri!

"Wushuang, jika kamu kata begitu, Beta akan memberikan dia peluang ini." Gao Ling memegang tangan Mu Wushuang, nada suaranya lembut. Namun apabila dia menjeling Yun Luofeng, matanya dipenuhi kebencian, sangat bertentangan dengan kelembutan yang ditunjukkannya tadi. "Yun Luofeng, Beta tahu kamu sengaja membuat kekecohan ini untuk mendapatkan perhatian Beta. Kamu berjaya! Beta memberikan kamu perhatian lagi. Tetap sama, Beta menjadi semakin jijik dengan kamu! Jangan pernah terfikir untuk memenangi hati Beta sepanjang hayat kamu ini!"

Gao Ling masih tidak percaya Yun Lufoeng yang telah memutuskan pertunangan mereka lebih sepuluh hari lalu! Yun Luofeng ini sangat terdesak mencintainya, jadi kenapa dia hendak memutuskan pertunangan itu pula? Ini mesti kerana orang tua Keluarga Yun mengasihani cucunya lalu dia sendiri memutuskan pertunangan itu.

"Haha."

Lelaki umpama musang itu, Gao Saochen, ketawa terbahak-bahak tidak sedar dunia, langsung mencuri perhatian semua orang.

"Kenapa kamu ketawa?" Mata Gao Ling semakin gelap ketika dia bertanya dengan tegas.

"Tiada apa-apa, Kekanda cuma tertanya-tanya kenapa dunia ini dihuni oleh ramai orang yang tidak tahu malu?" Gao Saichen tertawa lembut, matanya yang licik seperti musang berkenyit kepada Yun Luofeng. "Cik Yun, Beta tidak pasti jika benar apa yang Beta katakan ini?"

Sudah tentulah Gao Ling tidak percaya orang yang Gao Saochen maksudkan adalah Yun Luofeng. Dia sedar wujudnya persengketaan antara dia dengan Gao Saochen sejak beberapa tahun lepas. Wajah Gao Ling menjadi semakin dingin, dan cahaya kedinginan berkilau pada matanya.

"Kekanda harus sedar dengan status sendiri. Kamu cuma putera biasa, jadi kenapa kamu berani sombong di depan Putera Mahkota?"

Kedudukan putera mahkota Long Yuan hanya akan diberikan kepada anak lelaki yang sah dan bukan yang sulung! Walaupun putera keempat lebih tua dari Gao Ling, tetapi kedudukan itu tetap diberikan kepada Gao Ling yang merupakan putera kelima.

Sebabnya tidak lain tidak bukan ialah kerana Gao Ling anak kepada mendiang Maharani.

Takdirnya memang untuk diagung-agungkan sejak lahir lagi! Orang-orang lain cuma akan diinjak di bawah tapak kakinya!

Mata Gao Saochen menjadi gelap sedikit lalu menyeringai, "Kelahiran semula sememangnya suatu kebolehan yang hebat. Selagi seseorang itu dilahirkan semula dengan baik, kebolehan mereka menjadi tidak berapa penting. Namun, sesetengah orang membuang mutiara yang bersinar terang kerana memilih kaca, jadi mereka akan menyesali pilihan mereka buat selama-lamanya."

Setelah berkata begitu, Gao Saochen tidak lagi memandang Gao Ling. Matanya hanya tertumpu pada gadis jelita yang sedang berjalan ke arah lelaki tua itu...

"Boleh tolong ke tepi?" Yun Luofeng mengangkat sedikit matanya dan memberitahu gadis cantik yang sedang menghalangnya, "Sekarang saya akan gunakan jarum ini padanya."


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C69
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄