下載應用程式
2.82% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 35: Gadis Jahanam, Keluar Sini!

章節 35: Gadis Jahanam, Keluar Sini!

編輯: EndlessFantasy Translation

"Gadis jahanam, keluar sini!"

Keesokan harinya, di awal pagi.

Yun Luofeng baru sahaja selesai mandi ketika tiba-tiba suatu ngauman seperti guruh bergema di seluruh Kediaman Yun.

Ini telah menggerunkan semua orang dalam Kediaman Yun, dan semua hamba mula menundukkan kepala mereka, merasa bingung bagaimana CIk Sulung mereka mampu menaikkan kemarahan Jeneral sekali lagi.

"Yun Xiao."

Yun Luofeng menguap malas, mengalihkan pandangannya ke arah lelaki sempurna di hadapannya sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

"Jom, saya tidak tahu apa yang orang tua itu marahkan sangat, meraung seperti hantu dan melolong seperti serigala pagi-pagi buta ini!"

Walaupun itu yang dikatakannya, dia sebenarnya tahu kenapa orang tua itu mengamuk...

...

Bilik simpanan harta.

Orang tua itu memandang gudang yang kosong di hadapannya. Perasaannya sekarang seperti hendak menangis tetapi tiada airmata, namun, dia tidak mampu menangis walau apa keadaan sekalipun. Tangannya menggigil, berpaut pada dinding untuk mengelakkan dia terjatuh ke lantai.

Semuanya sudah hilang! Semuanya sudah tiada!

Seluruh harta simpanan Keluarga Yun selama bergenerasi telah di belanjakan oleh si pemboros yang layak mati itu!

Orang tua itu teringin sangat menangis dan tiba-tiba menyesal telah memberikan kunci bilik simpanan harta kepada pemboros itu. Siapa yang dapat menyangka dia benar-benar akan membelanjakan kesemua wang di dalam bilik simpanan itu dalam masa beberapa hari sahaja?

Tiada satu sen pun yang tinggal untuknya!

Ketika ini, kedengaran bunyi tapak kaki halus dari belakangnya dan pada saat mendengar bunyi tapak kaki yang unik itu, emosi negatif orang tua itu meledak sekali lagi. Matanya yang merah langsung terkunci ke arah gadis itu, dan rambutnya yang putih, terus menggerbang.

"Gadis jahanam, pulangkan duit saya! Ke mana kamu belanjakan duit saya!?"

Gadis itu, berpakaian serba putih, berdiri di hadapan Yun Luo dengan wajah tidak bersalah. "Bukankah Datuk kata saya boleh membelanjakan duit di dalam bilik simpanan ini sesuka hati saya? Dan kalau saya belanjakan kesemuanya sekalipun, tidak akan menjadi masalah?"

Orang tua itu langsung terdiam. Memang benar kata-kata itu keluar dari mulutnya, tapi dia cuma berkata kosong. Siapa sangka gadis ini akan betul-betul mengambil semuanya?

Tapi, ini adalah simpanan Keluarga Yun selama bergenerasi! Mudahkah baginya untuk mengumpulkan harta selama ini?

"Datuk," Yun Luofeng menepuk bahu orang tua itu lalu berkata dengan senyuman yang ceria, "bak kata pepatah 'harta tidak boleh dibawa mati'. Apa gunanya menyimpan begitu banyak duit? Apapun, semua duit ini akan ditinggalkan kepada saya juga nanti, jadi kenapa Datuk terlalu marah?"

Melihat senyuman gadis itu yang menawan, orang tua itu mengangguk setuju. Sekarang dia cuma ada seorang cucu kesayangan, dan semua duit itu akan ditinggalkan kepadanya juga akhirnya...

Ah! Itu tidak betul! Gadis ini menjadikan dia buntu!

"Jangan tukar topik, mengaku cepat ke mana kamu bawa duit itu semua!"

Orang tua itu terlalu marah sehingga janggutnya bergetar dalam kekusutan. Tiada lagi sedikit pun maruah dan kegagahan yang dia miliki, seperti saat pertama kali Yun Luofeng melihatnya.

Yun Luofeng menjawab dengan sangat yakin, "Saya telah belanjakan semuanya!"

"Kamu...buat apa?" mata orang tua itu membesar. Pada mulanya dia menyangka Yun Luofeng hanya memindahkan duit itu dan tidak menyangka Yun Luofeng akan kata dia telah membelanjakannya.

"Gadis jahanam, jujur kepada saya, apa yang kamu lakukan sejak beberapa hari ni? Kenapa kamu belanjakan terlalu banyak duit? Kalau kamu tidak bagi penjelasan yang munasabah, kita tidak akan selesai di sini hari ini!"

"Seperti yang saya katakan, saya seorang tabib. Saya belanjakan semuanya untuk herba perubatan."

Herba perubatan?

"Gadis jahanam, kamu ingat saya ini budak berumur tiga tahun? Ubat herba apa mahal begini dan membuat kamu membelanjakan kesemua 25 juta tahil? Itu 25 juta, bukan 250!" Orang tua itu memekik, dan jantungnya menggigil.

Pemboros, pemboros yang teruk!

Yun Luofeng mengangkat bahunya dan senyum jahat, "Herba perubatan yang mampu membolehkan saya bertapa, berbaloi harganya, bukan?"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C35
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄