下載應用程式
0.64% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 8: Kunjungan Putera Mahkota (1)

章節 8: Kunjungan Putera Mahkota (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Yun Luofeng tidak menyangka apabila dia mengambil Kod Dewa Perubatan itu secara tidak sengaja, dia akan mendapat begitu banyak manfaat!

"Bila saya boleh mula bertapa?" tanya Yun Luofeng setelah berfikir.

Jelas sekali, baginya sekarang, bertapa itu sangat penting.

"Tuan, saya ada preskripsi di sini. Jika tuan menggunakan herba ini dan berendam di dalamnya selama lima hari, baru saya akan memberikan cara bertapa yang tuan perlukan. Mandian herba ini akan membantu melatih fizikal tuan, jadi bagaimana sakit pun, tuan kena bertahan. Selepas lima hari tuan boleh mula bertapa. Sayangnya, kalaulah ada herba rohani, tuan tidak perlu terseksa selama lima hari - satu hari pasti cukup. Tapi dengan kekuatan tuan sekarang, akan mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan herba rohani, jadi itu adalah terlalu lama untuk tuan."

Dalam situasi sekarang, jika herba itu ditanam di ruangan perubatan rohani, ia memerlukan masa tiga bulan untuk menjadi herba rohani. Dia telah mengambil pilihan kedua terbaik.

"Saya faham." Yun Luofeng mengambil preskripsi yang dihulurkan budak lelaki itu. "Oh ya, kamu belum memberitahu saya nama kamu."

Wajah budak lelaki itu mengukir senyuman ceria, dan dia menjawab dengan suara lembut, "Tuan, saya Xiao Mo. Jangan lupa nama saya pula."

Selepas menyimpan preskripsi itu di dalam poketnya, Yun Luofeng mengangkat kepalanya untuk melihat Xiao Mo. Tiba tiba, senyuman manis budak lelaki itu menusuk pandangannya, membuat dia tidak dapat menahan dirinya dari mencubit pipi Xiao Mo. Bibir Yun Luofeng tersenyum nakal.

"Xiao Mo, saya telah berada di sini terlalu lama, rahsia saya akan terbongkar. Tapi saya tidak tahu bagaimana untuk keluar?"

Tangan wanita itu cukup hangat, membuatkan pipi budak lelaki itu bertukar merah. Selepas mendengar kata-kata Yun Luofeng tadi, Xiao Mo mengetap bibirnya dan matanya mula berair memandang Yun Luofeng.

"Tuan, sudah hendak pergi? Saya akhirnya dapat bertemu tuan, dan tiada siapa akan tahu situasi kita sekarang. Bila tuan datang sini, di mata orang luar, tuan seperti sedang tidur, tiada siapa yang tahu tuan berada dalam dunia Kod Dewa Perubatan."

Yun Luofeng terdiam sebentar sebelum berkata, "Jadi kamu boleh keluar dari tempat ini?"

Xiao Mo menggelengkan kepalanya, matanya dipenuhi kesunyian.

"Tuan, saya bukan manusia, bukan juga haiwan rohani. Roh saya lahir disebabkan Kod Dewa Perubatan, saya tidak wujud di dunia luar. Tetapi, tunggu sehingga tuan menjadi sangat kuat. Barulah saya boleh meninggalkan dunia Kod Dewa Perubatan ini dan berada di sisi tuan. Tapi saya tidak akan dapat pergi terlalu jauh dari tuan."

"Xiao Mo, ini soalan terakhir saya untuk kamu, kenapa kamu pilih saya?"

Ada berpuluh juta orang di Huaxia, dia tidak faham - kenapa Kod Dewa Perubatan memilih dia?

"Saya juga tidak tahu," mata Xiao Mo menunjukkan keraguan. "Mungkin kerana tuan memilih saya dahulu. Jika bukan sebab tuan, saya mungkin masih terbuang di dalam perpustakaan itu, mungkin ini sebabnya saya memilih tuan."

Apabila Yun Luofeng meninggalkan tempat itu, dia sedar dirinya sedang terbaring. Tangannya memegang sebuah buku, tertulis di atasnya tiga perkataan yang sangat cantik, Kod Dewa Perubatan. Itu juga membuktikan bahawa apa yang terjadi tadi bukanlah mimpi.

"Cik, dah bangun?"

"Cik, Tuanku Putera Mahkota ada di sini. Jeneral mahu Cik berada di bilik menerima tetamu. Hamba ini melihat Cik sedang lena, hamba ini tidak ingin mengganggu. Memandangkan Cik sudah bangun, hamba ini perlu melaporkan kepada Jeneral."


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C8
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄