下載應用程式
99.66% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 887: Jamuan di Istana (6)

章節 887: Jamuan di Istana (6)

編輯: EndlessFantasy Translation

Cara ketiga tahan lebih lama daripada cara pertama. Sebarang kesilapan juga sukar dikesan. Berbanding dengan cara kedua juga, cara ketiga ini kurang menyeksakan.

Jun Wu Xie secara senyap-senyap memerhatikan wajah Lei Fan. Dia tidak nampak ada apa-apa yang disapu pada luaran mahupun tanda-tanda yang menunjukkan Lei Fan telah menjalani pembedahan. Jun Wu Xie terus dapat membuat kesimpulan bahawa Lei Fan telah menggunakan cara ketiga untuk mengubah wajahnya.

Teknik Pengubah Tulang adalah kemahiran yang hanya ada pada Puak Pengubah Tulang di Alam Pertengahan. Penyamaran Lei Fan pasti dicapai menggunakan kesan ubat dan dadah tertentu.

Sinar kefahaman muncul di mata Jun Wu Xie. Masih kedengaran celoteh Lei Fan yang cuba untuk menarik minat Jun Xie.

Lei Fan yang cuba sehabis baik untuk memulakan perbualan dengan Jun Xie tidak menyedari satu kepulan asap hitam telah terbentuk di sisi Jun Xie. Kepulan asap itu membentuk seekor kucing hitam kecil. Tanpa sebarang bunyi, Jun Wu Xie menjatuhkan sebotol ubat daripada lengan bajunya. Kucing hitam kecil itu terus menerkam dan melingkarkan ekornya di sekeliling botol itu sebelum botol tersebut jatuh ke tanah.

"Kenapa Tuanku terlalu berminat dengan saya?" kata Jun Wu Xie dengan tiba-tiba. Lei Fan segera berkata, "Tentulah sebab Beta begitu selesa berdampingan dengan kamu! Selepas bertahun-tahun Kejohanan Pertempuran Roh dianjurkan, hanya kamu saja yang hampir sebaya dengan Beta. Lagipun, kamu sangat hebat. Ini membuatkan Beta lebih mengagumi kamu."

Jun Wu Xie mengangkat kening dan menjawab, "Kalau tak silap saya, Tuanku baru saja menyambut hari jadi keenam belas tahun lalu. Rasanya usia orang lain lebih dekat dengan usia Tuanku."

Senyuman di wajah Lei Fan menjadi kaku. Dia tiba-tiba tercengang mendengarkan kata-kata Jun Xie.

Sebaik Lei Fan mahu membalas, satu bayang-bayang hitam tiba-tiba melompat di depan matanya. Sebelum dia dapat melihat apa bendanya itu, satu cecair yang tidak diketahui dipercikkan ke mukanya!

Pada malam musim sejuk seperti itu, Lei Fan tiba-tiba merasakan kedinginan pada wajahnya. Dia tidak dapat menahan diri daripada menggigil.

"Tak guna! Apa tu!?" Lei Fan mengelap cecair tidak diketahui itu daripada mukanya. Matanya melilau marah, mencari-cari tanda bayang-bayang yang muncul sekilas tadi.

Jun Wu Xie terus berhenti bergerak dan matanya tertumpu pada wajah Lei Fan.

"Kenapa kamu tengok Beta begitu? Ada apa-apa di wajah Beta?" tanya Lei Fan pada Jun Xie, sambil meraba-raba wajahnya. Dia tunduk memandang cecair pada tangannya dan mendapati cecair itu kelihatan seperti air jernih. Dia menganggap cecair itu hanyalah air biasa dan tidak begitu mengendahkannya.

"Benda tu tadi mesti anjing atau kucing yang bersembunyi di Istana Diraja. Para wanita di Kamar Belakang suka membela binatang peliharaan. Salji musim sejuk masih belum cair. Pasti binatang itu terkena salji pada badannya dan itu yang terpercik ke muka Beta," kata Lei Fan sambil tersenyum. Nampaknya dia langsung tidak ambil kisah.

Namun Jun Wu Xie berkata, "Wajah Tuanku…"

"Wajah Beta? Kenapa dengan wajah Beta?" Lei Fan tidak sedar apa yang berlaku dan masih lagi tersengih ketika dia bertanya. Tetapi tidak lama kemudian, dia tidak dapat senyum lagi. Ketika memeriksa wajahnya dengan tangan, dia tiba-tiba merasakan daging bahagian mukanya berubah kedudukan. Dia juga merasakan seolah-olah ada kuasa yang menarik-narik tulang mukanya sehingga menyebabkan seluruh tubuhnya merasai kesakitan yang memeritkan!

"Argh! !" Dalam sekelip mata Lei Fan sudah rebah ke tanah. Tangannya menutup muka dan dia melolong sengsara. Di sebalik kesakitan yang memedihkan dan menyeksakan itu, satu perasaan gerun muncul di dalam hatinya.

Kesakitan itu kini tidak lagi asing baginya. Dia akan merasainya hampir sebulan sekali. Tidak ada siapa selain dia yang benar-benar tahu apakah hasil selepas kesakitan yang menyeksakan ini!


創作者的想法
dracarys3064 dracarys3064

Kepada para pembaca,

Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!

Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C887
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄