下載應用程式
99.43% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 885: Jamuan di Istana (4)

章節 885: Jamuan di Istana (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

Lei Chen baru sahaja terfikir untuk bangun dan mengekori Lei Fan apabila Lei Yuan menarik lengan bajunya.

"Adinda Kedua buat apa ni?" Lei Chen bertanya pada Lei Yuan yang tembam itu sambil berkerut.

Lei Yuan berkata dengan suara yang perlahan, "Kakanda sangat bijak, pasti Kakanda sedar apa yang Ayahanda katakan. Memandangkan Ayahanda mahu Adinda Keempat lebih banyak berinteraksi dengan Jun Xie, lebih baik Kakanda tak menentang kemahuan Ayahanda. Adinda tahu Kakanda rapat dengan para pelajar Akademi Zephyr tu. Tapi kalau Kakanda perlu korbankan Jun Xie seorang saja kepada Adinda Keempat, bukankah Kakanda masih ada yang lain?"

Lei Yuan telah menyaksikan kehebatan Jun Xie sebelum ini. Tapi Maharaja sudah bertitah hari ini bahawa baginda mahu melihat Jun Xie dan Lei Fan lebih banyak berinteraksi sesama sendiri. Bukankah jelas maksud ayahanda mereka?

Mata Lei Chen mengecil dan dia berpaling memandang ke arah takhta. Maharaja seolah-olah dalam kebingungan. Kebetulan pandangan mata baginda pada ketika itu tertumpu pada Jun Xie. Lei Chen berfikir seketika sebelum memutuskan untuk melupakan niat asalnya. Dia akhirnya duduk kembali dan minum untuk melupakan kesedihannya.

Ketika itu, Lei Fan sudah pun berdiri di sisi Jun Xie. Dia memandang Jun Xie sambil tersenyum lalu berkata, "Kamu rasa jamuan hari ni seronok tak?"

Jun Wu Xie diam sahaja dan tidak bercakap walau sepatah.

Lei Fan nampaknya sudah terbiasa dengan personaliti Jun Xie yang dingin dan tidak mesra. Dia tidak begitu mengendahkan hal itu.

Namun ketika Lei Fan berniat mahu bertanya lagi pada Jun Xie, seorang pengawal dari luar istana masuk ke tempat jamuan untuk memberikan laporan.

"Patik ingin melaporkan pada Tuanku, Penasihat Agung sudah sampai."

Maharaja terus kembali memberikan perhatian. Baginda baru sahaja mahu mengatakan sesuatu ketika pandangan mata baginda tertumpu pada Jun Xie. Baginda cepat-cepat berkata, "Beta rasa Jun Xie yang masih muda lagi ni tak akan rasa seronok dengan jamuan yang membosankan. Lei Fan, sebagai seorang putera, Anakanda mesti jadi tuan rumah yang baik pada Jun Xie. Tarian dan persembahan sebegini mungkin bukan minatnya. Apa kata Anakanda bawa Jun Xie ke Taman Diraja untuk bersiar-siar. Tahun ini kita baru saja menanam bunga kekwa hijau di situ."

Cadangan Maharaja yang tiba-tiba dilontarkan membuatkan tetamu lain di jamuan itu tergamam seketika. Baru sahaja dilaporkan bahawa Penasihat Agung telah sampai. Jadi, mengapa Maharaja tidak menyuruh pengawal membawa tetamu itu masuk? Sebaliknya, Maharaja menyuruh Lei Fan mengiringi Jun Xie pergi bersiar-siar di Istana Negara.

Orang ramai di jamuan itu menyimpan sahaja pendapat mereka tentang tindakan Maharaja. Hanya para pemuda yang naif dari Akademi Panji Perang dan Pembunuh Naga sahaja yang kurang berpengalaman dalam hal-hal dunia. Mereka dalam diam berasa cemburu dengan perhatian yang Maharaja curahkan pada Jun Xie.

Maharaja sudah pun mengaturkan satu jamuan negara yang gah, tapi baginda tetap risau sama ada Jun Xie yang masih muda itu akan berasa bosan. Baginda menyuruh seorang putera seperti Lei Fan untuk menemani Jun Xie berjalan-jalan di sekeliling Istana Negara. Betapa tingginya penghargaan itu!

Jun Wu Xie terus mengangguk. Dia langsung tidak membantah cadangan Maharaja.

Lei Fan melemparkan pandangan kemenangan pada Lei Chen. Dia membawa Jun Xie keluar dari jamuan sambil tersenyum berseri-seri. Ketika mereka berdua berjalan keluar, Jun Wu Xie terlihat satu susuk tubuh yang kelihatan amat elegan dan sopan,

Orang itu ialah seorang lelaki tampan yang kelihatan seperti berusia awal dua puluhan. Dia memakai satu jubah panjang berwarna kelabu perak dan berdiri di luar dengan kedua tangannya di sisi. Rupa parasnya yang tampan ibarat bulan di langit malam. Apa yang paling menarik perhatian Jun Wu Xie ialah rambut lelaki itu.

Rambutnya yang berwarna keputihan seperti perak itu beralun di belakang badannya, diikat hanya dengan satu cekak berwarna kelabu perak. Wajahnya mengukir senyuman lembut. Ketika terlihat Jun Wu Xie dan Lei Fan, dia hanya memandang mereka dengan mesra tetapi tidak berkata apa-apa.

Sebaik Jun Wu Xie dan Lei Fan berlalu, lelaki berambut putih yang berdiri di hadapan pintu itu bertanya pada sida-sida muda yang berdiri dengan hormat di sebelahnya, "Siapa budak muda yang baru berlalu dengan Putera Keempat tadi?"

Sida-sida muda itu berkata dengan jujur, "Dia ialah pelajar Akademi Zephyr. Namanya Jun Xie. Dia salah seorang tetamu Tuanku yang dijemput ke sini malam ini."

"Oh? Jadi dialah Jun Xie," kata lelaki berambut putih itu. Bibirnya menguntum senyuman. Arah langkah kakinya tiba-tiba diubah dan dia terus berjalan pergi.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C885
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄