下載應用程式
96.74% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 861: Seksaan yang Tidak Wajar (4)

章節 861: Seksaan yang Tidak Wajar (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

Pegawai penjara itu terhempas dengan ganasnya ke dinding. Dia hanya mampu mengerang sekali sebelum merasakan kepalanya pening dan berpusing. Dia jatuh ke atas lantai dengan kuat dan terus pengsan.

"Aumm!" Hitam Kecil itu berdiri di antara Jun Wu Xie dan seorang lagi penjara itu lalu menggigit cemeti sehingga putus.

Sebaik pegawai penjara itu terlihat saiz Hitam Kecil, kakinya terus lemah longlai. Dia jatuh terduduk dalam ketakutan.

"Saya dah cakap tadi. Kamu akan menyesal." Kedengaran dua bunyi klik. Plat logam dan belenggu pada kaki serta tangan Jun Wu Xie jatuh berkeletakan ke lantai. Dia berpusing perlahan-lahan, memandang lelaki yang terduduk di satu sudut bilik penjara itu. Ketika itu, wajah lelaki tersebut kelihatan pucat lesi.

"Ar….." Lelaki itu baru saja mahu membuka mulut dan menjerit ketika Jun Wu Xie berkata, "Kalau kamu berani bersuara, saya akan suruh Hitam Kecil carik-carik tekak kamu."

Hitam Kecil menunjukkan taringnya yang tajam. Di bawah sinaran cahaya lilin yang malap, kilauan pada taring itu membuatkan lelaki tersebut berasa seram sejuk.

Pegawai penjara itu begitu gerun sehingga hampir terkencing dalam seluar. Dia tidak dapat berbuat apa-apa selain mengerekot di sudut itu dan menggigil ketakutan. Matanya memandang Jun Wu Xie dengan perasaan terkejut. Mereka berdua begitu angkuh tadi kerana berasa yakin Jun Xie tidak akan dapat melepaskan diri daripada belenggu yang kuat. Seorang pemilik roh hijau yang tidak mampu bergerak walau seinci, tidak akan memberi ancaman pada mereka. Tidak ada apa yang perlu mereka risaukan. Tetapi mereka terlupakan sesuatu yang penting. Selain kuasa rohani Jun Xie yang hebat, dia juga ada roh berkontrak yang tidak pernah sekali pun muncul di hadapan mereka!

Binatang hitam yang besar dan kuat itu muncul ibarat Dewa Maut. Dua orang pegawai penjara yang kejam dan penuh muslihat itu terus kaku akibat terkejut dan takut.

Set baru rantai dan belenggu yang mereka harapkan itu rupa-rupanya sekadar mainan di tangan Jun Xie. Dia hanya memerlukan masa yang singkat untuk membebaskan diri daripada kesemua belenggu itu.

Pegawai penjara yang masih sedar itu tidak mampu lagi bergerak. Dia merenung binatang hitam yang ganas, kemudian berpaling merenung Jun Xie yang sudah bebas sepenuhnya. Badannya menggeletar seperti anak anjing yang ketakutan. Langsung tidak ada tanda-tanda keangkuhan seperti sebelum ini.

"Lei Fan yang suruh kamu seksa saya?" tanya Jun Wu Xie. Matanya merenung pegawai penjara yang ketakutan itu.

Lelaki itu berasa amat gerun sehinggakan giginya bergelatukan. Wajahnya masih kelihatan terkejut.

"Hitam Kecil." Jun Wu Xie memanggil dengan nada tidak sabar.

Binatang hitam di sisi Jun Wu Xie itu tiba-tiba mengangkat kakinya yang besar dan berat lalu memukul dada lelaki itu dengan ganas!

Kaki binatang itu begitu berat sehinggakan pegawai penjara itu hampir muntah darah. Kuku binatang itu yang tajam menusuk dada lelaki tersebut, menembusi pakaiannya dan mencarik dagingnya!

Satu raungan yang menyedihkan tiba-tiba keluar dari mulut lelaki itu. Darah mengalir keluar dari lukanya. Tangannya yang masih menggeletar berada di depan dadanya. Namun dia tidak berani menyentuh luka yang dalam itu dan hanya menjauhkan tangannya daripada dadanya. Dia merangkak di atas lantai sambil badannya tiba-tiba tersentak-sentak.

"Hitam Kecil tahu batasnya. Saya jamin selepas kamu menyalin pakaian nanti, tak ada siapa yang dapat lihat luka kamu," kata Jun Wu Xie sambil merenung dingin pada lelaki yang sudah pucat lesi itu. Dia melemparkan kembali kata-kata lelaki itu padanya tadi.

"Kalau kamu masih sembunyikan hal sebenar, lepas ini kamu tak perlulah bercakap lagi." Nada suara Jun Wu Xie menjadi semakin dingin.

Pegawai penjara itu langsung tidak berani berdolak-dalik lagi. Dia hanya teragak-agak seketika tadi dan anak muda ini sudah pun menyuruh binatang roh itu menyerangnya dengan kuat. Kalau dia masih tidak memberitahu segalanya yang dia tahu, anak muda itu pasti akan membunuhnya!

"Putera Keempat! Putera Keempat yang arahkan kami! Baginda minta kami jaga kamu dengan baik. Tuan Muda Jun… kami benar-benar tak berniat nak susahkan kamu hari ini, tapi ini arahan Putera Keempat dan kami tak ada pilihan selain mematuhinya!" Demi menyelamatkan diri, pegawai penjara itu tidak ada pilihan selain membocorkan rahsia Lei Fan.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C861
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄