下載應用程式
95.73% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 852: Doktor Genius yang Tiada Tandingan (8)

章節 852: Doktor Genius yang Tiada Tandingan (8)

編輯: EndlessFantasy Translation

Kening Jiang Ying Long berkerut. Sebagai salah seorang guru yang bertanggungjawab terhadap Akademi Panji Perang pada Kejohanan Pertempuran Roh tahun ini, dia tahu jika ada sesuatu benar-benar berlaku terhadap Qu Ling Yu sewaktu pertandingan tersebut, dia akan dipersalahkan oleh orang-orang dari Bandar Seribu Binatang. Memikirkan yang dia patut mencuba sahaja, Jiang Ying Long melepaskan tangan Jun Wu Xie dan membawa botol eliksir itu pada Tabib Diraja Li.

"Hal ini berkaitan dengan hidup dan mati Qu Ling Yue. Selagi ada sedikit sinar harapan, saya tak mahu berputus-asa. Saya mohon Tabib Diraja Li periksa elkisir ini dan lihat isi kandungannya."

Tabib Diraja Li menjeling sekilas pada Jun Wu XIe dengan perasaan tidak puas hati. Dia merampas botol yang mengandungi eliksir itu lalu membuka penutupnya. Botol itu didekatkan ke hidungnya dan dia mula menghidu isi kandungannya.

Satu haruman yang lembut dan tidak begitu ketara memenuhi rongga hidungnya. Menghidu haruman ini sahaja membuatkan seseorang berasa lebih segar dan peka.

Mata Tabib Diraja Li bersinar sekilas. Dia menyerahkan botol itu kepada tabib-tabib lain di belakangnya supaya mereka juga dapat memeriksa dengan teliti.

"Macam mana?" tanya Jiang Ying Long.

Tabib Diraja Li menjeling Jun Wu Xie dan tertawa dingin.

"Saya dah fikirkan kandungannya dan ini cuma Eliksir Penggumpal Jantung. Tak ada apa yang salahnya tentang eliksir ini, tapi Eliksir Penggumpal Jantung ini bukanlah sesuatu yang jarang ditemui. Kegunaannya hanya untuk memberi khasiat, mengumpulkan tenaga Qi dan meningkatkan tumpuan seseorang. Budak kecil, kamu berani mendakwa eliksir seperti ini berkesan terhadap kecederaan Cik Qu? Kamu berguraukah? Kami semua ada banyak eliksir ini. Kalau eliksir ini boleh menyembuhkan Cik Qu, apa perlunya kami semua datang ke sini?"

Sewaktu Tabib Diraja Li selesai bercakap, tabib-tabib lain di situ juga bersetuju dengannya. Walaupun tak ada silapnya pada Eliksir Penggumpal Jantung milik Jun Wu Xie, eliksir ini terlalu biasa. Jika digunakan pada Qu Ling Yue dengan keadaannya sekarang, khasiatnya sama sahaja dengan mencurah secawan air pada satu timbunan kayu api yang sedang terbakar. Langsung tidak akan mendatangkan hasil.

"Saya cuma tanya, kalau Cik Qu diberikan eliksir ini, adakah kecederaannya akan bertambah teruk?" Jun Wu Xie tidak mempedulikan sindiran Tabib Diraja Li.

Semua tabib di situ serentak menggelengkan kepala.

"Eliksir Penggumpal Hati mungkin tak akan membahayakan keadaan Cik Qu tapi… tak akan memberi manfaat juga. Mungkin sama saja kesannya dengan ubat-ubat herba yang telah diberikan padanya," kata seorang lelaki tua beruban.

Jun Wu Xie mengangguk dengan puas hati.

"Memandangkan tak ada bahaya dan ada sedikit manfaat, apa kata kita cuba saja? Kalau tak cuba, mana kita tahu eliksir ini tak akan berkesan?"

"Itu..." Tabib beruban itu berhenti bercakap dan memandang Tabib Diraja Li.

Tabib Diraja Li mengambil Eliksir Penggumpal Jantung itu kembali daripada tabib-tabib lain dan mencampakkannya pada Jun Wu Xie, "Baguslah orang muda mampu berfikir sendiri. Tapi kalau idea itu terlalu jauh tersasar dari kebenaran, hanya akan menjadi fantasi. Walaupun Eliksir Penggumpal Jantung ini mungkin boleh memberi manfaat yang kecil pada kecederaan Cik Qu, ini cuma ibarat mencurah secawan air pada setimbun kayu api yang sedang terbakar."

"Kalau pun benar seperti kata kamu, ini sekadar mencurah secawan air pada api yang marak, kita perlu cuba sebelum betul-betul tahu." Terpancar sekilas ketawa dingin di mata Jun Wu Xie. Dia berpaling memandang Jiang Ying Long, tidak sanggup lagi membazir masa bercakap dengan Tabib Diraja Li lagi.

"Guru Jiang, kamu pun dah dengar kata-kata tabib-tabib ini dengan jelas. Sama ada kita cuba atau tak, terpulang pada pilihan kamu."

Jiang Ying Long pada mulanya teragak-agak. Dia berfikir beberapa kali tetapi akhirnya menganggukkan kepala.

"Memandangkan Eliksir Penggumpal Jantung ini akan memberikan sedikit manfaat pada Qu Ling Yue dalam keadaannya sekarang, tak kiralah jika hanya dapat memberi khasiat pada tenaga Qi di dalam tubuhnya, itu masih dianggap sebagai manfaat. Tapi saya perlu menyatakan pendirian saya dalam hal ini terlebih dulu. Memandangkan Cik Jun yang berdegil dan mendakwa eliksir ini boleh merawat kecederaan Qu Ling Yue, dan disebabkan ini adalah kurnia dari Putera Mahkota, saya akan benarkan Cik Jun cuba sekali sahaja. Tapi kalau Qu Ling Yue tak ada menunjukkan sebarang perubahan selepas mengambil eliksir ini, saya mohon Tuanku dan Cik Jun tidak masuk campur dalam hal rawatan Qu Ling Yue selepas ini."


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C852
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄