下載應用程式
93.7% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 834: Putera Keempat (1)

章節 834: Putera Keempat (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Dalam beberapa pusingan kejohanan itu yang seterusnya, Jun Wu Xie menguasai lawan-lawannya dengan kuasanya yang amat hebat. Tidak ada seorang pun dalam kalangan para pemuda yang bertempur dengan Jun Wu Xie dapat bertahan selepas serangan pertama. Boleh dikatakan semua orang yang berlawan dengannya akan tercampak dari pentas tempur dalam tempoh masa senafas sahaja.

Ketika berhadapan dengan kemenangan menggila serta merta Jun Xie yang tidak berkesudahan ini, semua orang mula merasakan pertempuran yang terbatal dalam pusingan-pusingan terdahulu tidak akan memberikan keputusan yang berbeza pun. Semuanya akan berakhir dalam sekelip mata.

Di saat itu, tak ada siapa yang berani memberi pandangan penuh cemuhan dan ejekan pada Jun Xie. Semua pemuda yang bercakap buruk tentang Jun Xie sebelum ini, kini akan terus menundukkan pandangan dengan perasaan bersalah dan malu. Mereka tak berani mengangkat muka untuk bertentang mata dengannya kerana berasa gerun kalau-kalau Jun Xie memutuskan untuk terus membunuh mereka.

Ada tiga pusingan lagi dalam kejohanan itu sebelum lahirnya pemenang bagi setiap daerah pertempuran. Pertempuran yang berlangsung pusingan demi pusingan telah menyingkirkan sebahagian besar jumlah peserta daripada kejohanan itu. Hanya sebilangan kecil yang tinggal. Walaupun jumlah peserta di dalam kejohanan ini semakin berkurangan, setiap daerah pertempuran masih dipenuhi orang ramai. Para pemuda yang telah tersingkir daripada pertandingan itu tidak terus meninggalkan Negara Yan. Walaupun mereka telah tewas, hal ini tidak menghalang mereka daripada terus berada di situ untuk menyaksikan orang lain bertempur. Mereka melakukannya untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman dalam pelbagai teknik pertempuran, sebagai persediaan untuk kejohanan tahun hadapan!

Pertandingan pada hari itu berjalan seperti biasa. Hanya daerah pertempuran pertama sahaja yang menerima kemunculan seorang tetamu khas.

Para pemuda di situ sedang bersiap sedia menghadapi pertempuran mereka yang akan datang. Tiba-tiba, mereka terlihat sepasukan pengawal yang memakai pakaian seragam khas Keluarga Diraja berkawad masuk ke arena pertempuran.

Pada ketika itu, para pemuda di arena pertempuran itu berpaling cemas memandang Pengawal Diraja yang tiba-tiba masuk itu. Berdasarkan pakaian perlindungan ringan yang dikenakan para pengawal tersebut, mereka yakin pasukan ini adalah daripada kontinjen yang mengawal Istana Diraja Negara Yan.

[Tapi apa yang pasukan Pengawal Diraja ini buat di sini? Mengapa mereka tiba-tiba muncul?]

Ketika semua orang masih berasa bingung dan keliru, kedengaran satu suara yang ceria dan jelas.

"Ini daerah pertempuran pertama? Memandangkan kejohanan ini hampir berakhir, beta sangkakan tak ramai orang akan ada di sini." Satu suara yang kedengaran begitu muda, datang dari arah luar pintu masuk arena. Seiring dengan suara yang sampai di telinga setiap orang di arena tersebut, seorang remaja yang tampan dan memakai sut broked berwarna kuning, perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam arena.

Wajah remaja itu seperti jed putih. Matanya kelihatan mesra. Wajahnya yang kecil itu memiliki ciri-ciri rupa paras yang luar biasa. Sekeping loket jed putih tergantung di pinggulnya, berayun dengan setiap langkah yang diambil.

Sebaik terlihat remaja itu berjalan masuk, semua orang menjadi kaku.

Jun Wu Xie yang sedang berdiri di satu sudut, meneliti remaja itu secara senyap-senyap. Dalam sekelip mata, setiap maklumat yang diperoleh tentang remaja itu terpahat di dalam ingatannya.

Lei Fan, Putera Keempat Negara Yan. Dia dikenali sebagai anak yang dilahirkan oleh gundik kesayangan Maharaja dan telah dibesarkan oleh Maharani. Tetapi hakikat sebenarnya ialah, dia merupakan anak luar nikah hasil hubungan Maharani dan kekasih baginda. Umur Lei Fan agak muda berbanding tiga putera yang lain. Rupa parasnya menawan dan dipenuhi senyuman. Dia kelihatan amat comel. Tambahan pula, dia masih muda dan amat disayangi oleh Maharaja.

Dalam kalangan empat orang putera raja di Negara Yan, hanya dia yang masih tinggal di dalam Istana Diraja. Berbanding dengan tiga putera raja yang lain, Lei Fan menerima layanan yang amat baik sejak lahir lagi. Maharaja bukan saja memilih sendiri seorang guru yang akan mengajar Lei Fan dengan baik, malah turut melibatkan diri dalam aspek kehidupan seharian Lei Fan. Contohnya dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal serta tempat-tempat yang dikunjunginya.

Berbanding dengan Lei Fan, Putera Ketiga Negara Yan dilayan seolah-olah dia hanya anak yang Maharaja kutip di jalanan.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C834
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄