下載應用程式
93.59% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 833: Maaf, Ini Giliran Saya (8)

章節 833: Maaf, Ini Giliran Saya (8)

編輯: EndlessFantasy Translation

Zhao Xun telah menghilangkan diri. Sejak kali terakhir dia dilihat dikejar oleh pembunuh-pembunuh, Zhao Xun terus lenyap daripada pandangan. Kata-kata terakhirnya yang didengari oleh ramai orang di jalan utama itu telah menjadi bukti yang difikirkan dengan mendalam.

Perubahan yang bertiup di Ibu Negara Diraja serta kejadian yang berlaku itu melepaskan Putera Mahkota dari segala kesalahan yang dibebankan ke atasnya. Perlahan-lahan semuanya lenyap.

Sewaktu pertama kali Lei Chen menerima berita itu, dia tidak mampu duduk diam. Tetapi dia tahu yang dia tidak boleh bertindak terburu-buru ketika itu. Sehinggalah waktu lewat malam barulah dia dapat senyap-senyap pergi ke Lof Dewa untuk mencari Jun Xie.

"Adik Jun! Macam mana kamu dapat lakukannya? Si Zhao Xun tu, macam mana kamu buat dia muncul di Kejohanan Pertempuran Roh untuk bertempur dengan kamu!?" Lei Chen bergelut untuk menahan perasaan terujanya kerana selepas kejadian pagi itu, semua khabar angin yang menghantuinya telah berubah. Putera Mahkota itu ada menghantar orang-orangnya untuk mencuri dengar kata-kata dan perbincangan orang ramai di Ibu Negara Diraja. Dia mendapat tahu mereka tidak lagi mengaitkan segala kejadian tersebut dengannya. Hal ini membolehkan Lei Chen mengeluh lega.

Jun Wu Xie sedang memegang Hitam Kecil dan duduk dengan tenang di kerusi. Dia memandang Lei Chen yang gembira dan teruja itu sementara wajahnya sendiri kekal tenang seperti selalu.

"Memang dia patutnya muncul pun," balas Jun Wu Xie.

Lei Chen kemudian bertanya, "Mana Zhao Xun sekarang? Beta rasa dia dalam masalah besar sekarang. Memandangkan dia dah memilih untuk bekerjasama dengan kamu, perlukah Beta hantarkan pengawal untuk melindunginya sekarang?"

Jun Wu Xie menggelengkan kepala dan membalas, "Kehilangannya adalah situasi terbaik untuk kamu."

Hanya jika Zhao Xun tidak dijumpai barulah perdebatan tentang isu itu akan menjadi semakin hangat. Semakin lama Zhao Xun menghilang, kata-kata terakhirnya itu akan menjadi bahan yang dicari-cari oleh orang lain.

"Betul… tapi… selagi Zhao Xun masih berada di Ibu Negara Diraja, lambat laun dia akan ditemui. Kalau Ayahanda Beta yang menemuinya dulu dan memaksa dia menukar kenyataan, bukankah itu…" Lei Chen tidak dapat menahan dirinya daripada terus berasa bimbang. Perubahan yang berlaku hati ini dapat berlaku pertamanya disebabkan kuasa Jun Xie yang terlampau hebat dan keduanya kerana kata-kata terakhir Zhao Xun sebelum dia hilang. Kalau kata-kata Zhao Xun berubah, akibatnya sangat buruk terhadap Lei Chen.

Jun Wu Xie dengan bersahaja mengusap-usap Hitam Kecil. Dia langsung tidak ambil peduli. "Tak ada siapa akan menemuinya. Dia tidak akan muncul lagi."

Siapa yang dapat menemui seseorang yang telah ditukarkan menjadi lopak berdarah yang kemudiannya meresap ke dalam tanah?

Lei Chen memandang Jun Wu Xie dengan bingung. Dalam masa sehari sahaja Jun Wu Xie berjaya mengubah keadaan Lei Chen yang terdesak itu. Rancangannya begitu hebat sehinggakan tidak ada siapa yang dapat mencari kelemahannya. Lei Chen tidak faham bagaimana budak semuda ini sudah dapat memikirkan rancangan yang begitu sempurna.

Selepas kejadian ini, Lei Chen tidak berani lagi menganggap Jun Xie sebagai pemuda biasa. Jun Xie berjaya mengubah kesimpulan dan kepercayaan yang dipegang oleh ramai orang dalam masa sehari yang singkat. Lei Chen amat mengagumi kebolehan sebegini.

"Memandangkan Adik Jun begitu yakin, Beta tak ada apa-apa nak dirisaukan. Selepas kejadian ini, Beta benar-benar percaya yang Ayahanda perlu banyak berfikir sebelum membuat apa-apa rancangan untuk menentang Beta. Harapnya Beta dapatlah berehat sedikit dalam hari-hari yang mendatang ni," kata Lei Chen sambil ketawa. Sejak dari hari Kejohanan Pertempuran Roh itu bermula sehinggalah kini, inilah hari yang paling menggembirakan buat Lei Chen.

Dia hampir dapat membayangkan apabila orang yang duduk bersemayam di atas takhta itu mendapat tahu apa yang berlaku hari ini, reaksi orang itu pasti hebat.

"Kamu tak boleh berehat," kata Jun Wu Xie dengan tiba-tiba.

Lei Chen terkejut.

"Walaupun dia tak akan dapat meneruskan rancangan yang sama, Maharaja Negara Yan tak akan melepaskan peluang ini dengan mudah. Kamu perlu bersiap-sedia." Jari-jemari Jun Wu Xie mengusap-usap bulu Hitam Kecil yang lembut. Dia ternanti-nanti apa lagi muslihat yang akan dilaksanakan oleh Maharaja Negara Yan yang kuat itu.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C833
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄