下載應用程式
90.33% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 804: Putera Mahkota Negara Yan (1)

章節 804: Putera Mahkota Negara Yan (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Lei Chen menahan renungan berbisa pada matanya lalu bertanya dengan suara yang lembut, "Ada apa?"

"Tuanku! Fan Jin dari Akademi Zephyr telah datang membawa pesanan. Dia mengatakan para pelajar dari Akademi Zephyr itu mahu datang melawat Tuanku malam ini." Kedengaran suara pengawalnya dari luar.

Mata Lei Chen hampir terbeliak dan dia terus membalas, "Beritahu mereka yang kedatangan mereka dialu-alukan pada bila-bila masa pun."

[Dia masih ada peluang!]

"Tuanku masih tak putus asa?" Tiba-tiba kedengaran satu suara lelaki yang tenang seperti air yang mengalir, dari sebalik tirai di belakang kerusi Lei Chen.

Badan Lei Chen terus menjadi kaku. Tanpa berpaling dia berkata, "Ada apa kamu datang ke sini? Mahu pujuk Beta untuk berputus asa? Kenapa Beta perlu putus asa!? Beta bukan boneka sesiapa pun dan paling penting lagi, Beta bukannya pengganti sesiapa! Beta hanya berjuang untuk mencari jalan keluar untuk diri sendiri. Apa salahnya!?"

Lelaki di belakang tirai itu mengeluh perlahan. Dia kedengaran seperti sudah letih dan tidak berdaya.

Sebaliknya Lei Chen membuang sikapnya yang berpura-pura baik itu. Dia meletakkan tangannya yang digenggam erat menjadi penumbuk itu ke atas meja. Dia tidak berpaling, tidak mahu berpaling. Lei Chen tahu suara siapa itu dan dia juga tahu apa tujuan lelaki itu ke situ. Tapi apa gunanya?

"Selama bertahun-tahun ini, berbanding Beta, kamu sendiri lebih arif tentang apa yang mereka telah lakukan. Kamu tahu situasi Beta sekarang tapi masih mahu Beta beralah?" tanya Lei Chen sambil mengetap gigi.

Namun lelaki itu terus menyambung, "Patik tahu keperitan dan seksaan yang Tuanku tanggung di dalam hati, tapi Patik tak mahu Tuanku kehilangan diri sendiri. Tuanku kini sudah berbeza dengan yang dulu." Suara lelaki itu berbaur kenangan dan sesalan. Tetapi apa yang lebih jelas kedengaran adalah perasaan tidak berdaya.

Lei Chen ketawa pahit. "Jadi kamu ke sini untuk beritahu Beta yang kamu dah bencikan Beta, begitu? Sebab pelajar kamu ni dah menjadi orang yang tak tahu malu, lelaki yang gatal dan menjijikkan, jadi… kamu malu dengan Beta sekarang. Betul tak? Tuan Guru… tidak! Beta patut panggil kamu Penasihat Agung, bukan!?"

Lei Chen tiba-tiba berdiri dan merenung tirai tersebut. Di sebalik cahaya malap dari lilin, kelihatan bayang-bayang satu susuk tubuh yang tinggi lampai. 

"Beta rasa memanggil kamu dengan gelaran Tuan Guru ini akan mencemarkan telinga kamu! Memandangkan kamu tak mahu tengok keadaan Beta yang memalukan dan menyedihkan ini, kamu tak sepatutnya bersusah-payah datang sejauh ini ke Kediaman Putera Mahkota! Beta mohon Penasihat Agung yang dihormati ini berjalan-jalan sajalah di istana sendiri dengan santai. Kediaman Putera Mahkota ni tak mampu melayan diri kamu yang begitu agung." Suara Lei Chen dipenuhi sindiran yang tidak diselindungkan serta bernada benci. Wajahnya yang tampan itu langsung tidak kelihatan lembut atau mesra.

"Kenapa Tuanku berkeras untuk buat begini pada diri sendiri?" Lelaki di belakang tirai itu mengeluh hiba. Dia langsung tidak terkesan dengan sindiran dan cemuhan Lei Chen.

Lei Chen tidak peduli dengan sikap toleransi dan kemaafan yang lelaki itu berkali-kali tunjukkan. Dia tiba-tiba berpaling dan berjalan menuju pintu bilik bacaan itu.

"Para pemuda dari Akademi Zephyr akan datang ke sini malam ni. Beta yakin Tuan Penasihat Agung pasti dah dengar tentang mereka. Pemilik roh biru berusia enam belas dan tujuh belas tahun! Hebat betul! Mereka kini agak mesra dengan Beta dan dengan bantuan mereka, mungkin Beta tak akan kalah! Kini mereka adalah tetamu penting bagi Beta. Kalau Tuan Penasihat Agung tak ada urusan lain lagi, Beta harap Tuan boleh cepat-cepat beredar. Beta tak mahu para tetamu Beta terlihat kamu di sini." Selepas berkata begitu, Lei Chen melangkah keluar dari bilik bacaannya.

Lelaki yang selama ini berdiri di belakang tirai itu mengeluh dengan tidak berdaya. Susuk tubuhnya terus menghilang dari bilik bacaan tersebut, tanpa sebarang bunyi dan langsung tidak disedari. Sama seperti ketika dia datang tadi.

Malam itu, Lei Chen menyediakan jamuan besar di Kediaman Putera Mahkota untuk menantikan kehadiran Jun Wu Xie serta rakan-rakannya. Inilah kali pertama mereka semua meminta untuk datang dan ini membuatkan Lei Chen berasa amat gembira.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C804
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄