下載應用程式
87.75% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 781: Jamuan Makan (8)

章節 781: Jamuan Makan (8)

編輯: EndlessFantasy Translation

Sambil merenung pemuda-pemuda yang semakin merapatinya, mata Jun Wu Xie mengecil. Kuasa rohaninya mula terkumpul di tapak tangannya.

Apabila pancaran cahaya kuasa rohani tahap hijau yang menyelubungi tapak tangan Jun Wu Xie itu mula bergabung, senyuman di wajah para pemuda yang mengelilinginya itu tiba-tiba menjadi kaku…

Mata mereka terbeliak dan merenung kilauan hijau itu dengan perasaan tidak percaya. Mereka terfikir sama ada mata mereka terlihat benda yang bukan-bukan!

Budak kecil itu nampak seperti berusia hanya empat belas atau lima belas tahun. Mereka sangkakan paling kuat pun dia akan berada di kemuncak tahap merah. Sebab itulah mereka dengan yakinnya datang mencari gaduh dengannya. Namun apabila kilauan cahaya roh hijau itu muncul di hadapan mata mereka, minda mereka tiba-tiba berhenti berfungsi. Seolah-olah mereka ternampak hantu.

[Roh hijau!]

[Ya Tuhan, itu roh hijau!]

Semua pemuda yang datang mencari masalah dengan Jun Wu Xie terus ternganga.

[Budak empat belas tahun ada roh hijau!!]

[Mustahil!]

Malah bagi salah satu akademi elit seperti Akademi Pembunuh Naga pun, mereka tak pernah melihat pemilik roh hijau berusia empat belas tahun. Mereka semuanya berusia antara tujuh belas sehingga lapan belas tahun dan yang paling kuat dalam kalangan mereka hanyalah di tahap roh jingga. Malah pelajar paling kuat di seluruh akademi mereka juga di tahap roh kuning dan pencapaiannya itu sudah pun dianggap sebagai genius yang jarang ditemui.

Malangnya...

Budak kecil yang tingginya tak sampai pun bahu mereka dan kelihatan kurus serta lemah ini sebenarnya berada di tahap roh hijau!!

Dalam sekelip mata, pemuda-pemuda ini tidak mampu lagi ketawa. Senyuman mereka kekal kaku. Semuanya kelihatan seperti telah bertukar menjadi batu. Mata mereka dipenuhi perasaan terkejut yang memegunkan!

Renungan dingin Jun Wu Xie memandang wajah-wajah para pemuda ini yang kaku. Matanya mengecil dengan amat menggerunkan.

"Dah penat hidup?" Bibirnya yang merah itu bergerak. Suara yang dilemparkan membuatkan para pemuda ini berasa seram sejuk.

Kepala mereka semakin tertunduk ketika mereka cuba menenangkan diri. Tetapi ketika berhadapan dengan kilauan cahaya hijau yang tersebar perlahan-lahan itu, mereka mendapati kaki mereka menjadi lemah longlai!

[Adakah ini mimpi?]

[Berusia empat belas tahun dan memiliki roh hijau…]

[Ini pasti hanya mimpi!]

Mulut para pemuda itu menggerenyet sambil mereka perlahan-lahan berundur selangkah demi selangkah. Mereka sudah pun berasa tertekan dengan kuasa yang kuat daripada sinaran roh hijau yang semakin tersebar. Walaupun mereka berlima, yang paling kuat dalam kalangan mereka hanyalah roh jingga. Tahap hijau itu adalah dua tahap lebih tinggi berbanding mereka!

Bilangan mereka tidak mengubah apa-apa. Kalau jumlah mereka dua kali ganda pun, mereka tetap akan ditindas sepenuhnya!

Renungan dingin Jun Wu Xie menatap wajah pucat para pemuda itu lalu dia berkata dengan nada yang dingin, "Kalau nak hidup, berambus."

Semua pemuda itu tidak berani lagi berkata apa-apa. Mereka meraung ketakutan dan lari lintang-pukang untuk menyelamatkan nyawa, melarikan diri daripada syaitan menggerunkan yang telah merangkak keluar daripada Neraka!

Tak kiralah betapa berbakatnya seseorang itu, biasanya tahap roh hijau dapat dicapai pada usia sekurang-kurangnya tiga puluhan. Itu pun sudah dianggap jarang ditemui. Ketika Jun Wu Xie mendedahkan tahap roh hijaunya pada usia empat belas tahun, ini bukan sekadar menakutkan, seluruh persepsi mereka terhadap dunia ini terus musnah!

Lei Yuan yang bersembunyi di sebalik bayang dan menantikan satu persembahan yang menarik tiba-tiba terlihat para pelajar Akademi Pembunuh Naga berlari seolah-olah mahu menyelamatkan nyawa mereka. Dia merasakan keadaan ini amat pelik. Pemuda-pemuda itu mengelilingi Jun Xie tadi dan dia tidak dapat memerhatikan reaksi Jun Xie. Sebaik dia terfikir yang para pelajar Akademi Pembunuh Naga itu mahu menyerang, mereka tiba-tiba berundur dan lari dari situ!

[Macam tu saja!?]

"Apa yang dah berlaku? Kenapa mereka lari?" Lei Yuan merenung para pelajar yang sedang melarikan diri itu. Wajahnya kelihatan bingung. Pembantu di sebelahnya pula tiba-tiba menggigil.

"Pu… Putera Kedua… Putera Kedua, te… teng…"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C781
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄