下載應用程式
86.74% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 772: Lain Mangkuk Lain Cawan (2)

章節 772: Lain Mangkuk Lain Cawan (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Beta percaya para peserta yang dihormati ini baru pertama kali berada di Negara Yan. Sebagai Putera Mahkota negara ini, tentulah Beta perlu memainkan peranan sebagai tuan rumah dan menjemput kamu semua menyertai jamuan makan kami esok. Beta mahu menjemput para pelajar dari setiap akademi ini untuk sama-sama menikmati bulan purnama." Lei Chen melontarkan undangan secara sahaja sambil berbual.

Fan Jin tidak begitu terkejut kerana ini sememangnya tradisi di Negara Yan. Setelah semua akademi berkumpul, Negara Yan akan mengadakan jamuan makan dan menjemput semua pelajar dari setiap akademi. Majlis ini dianggap sebagai jamuan untuk mengalu-alukan semua akademi tetapi hakikatnya, menerusi jamuan inilah Negara Yan akan memerhatikan para peserta. Ini akan memudahkan mereka menemui bakat-bakat yang mempunyai potensi besar dan boleh direkrut.

Ini sepatutnya menjadi berita yang dialu-alukan...

Fan Jin diam-diam memandang Jun Wu Xie dan rakan-rakannya yang duduk di sisi. Selepas masuk ke dewan itu, mereka tidak banyak bercakap. Sikap mereka terhadap Lei Chen selama ini juga tidak kelihatan teruja.

Para pelajar dari akademi lain akan berebut-rebut mahu menggapai dahan yang tinggi seperti Lei Chen. Tetapi Jun Wu Xie dan rakan-rakannya...

Fan Jin tidak rasa yang mereka semua ambil peduli tentang kedudukan Lei Chen sebagai Putera Mahkota.

Ketika Fan Jin sedang menimbang-nimbang untuk menolak atau menerima jemputan tersebut, Jun Wu Xie tiba-tiba bersuara, "Nampaknya kami terpaksa menyusahkan Tuanku."

Hati Lei Chen melompat kegirangan dan dia membalas kata-kata Jun Wu Xie sambil tersenyum lembut, "Tak menyusahkan pun. Beta harap para tetamu terhormat ini dapat memaafkan kelewatan Beta dalam menyampaikan jemputan. Adik kecil ini nampak masih muda tapi sudah pun mendapat tempat untuk menyertai Kejohanan Pertempuran Roh. Berbakat betul. Boleh Beta tahu apa nama kamu?"

Jun Wu Xie memandang sekilas pada Lei Chen dan membalas, "Jun Xie."

"Oh… Adik Jun. Kalau tak salah Beta, kamu belum berusia lima belas tahun pun, bukan? Beta ada terlihat senarai nama calon dari Akademi Zephyr yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Pertempuran Roh sebelum ini. Beta terkejut lihat maklumat tentang kamu. Tak sangka kita ada peserta yang begitu muda. Sekarang ini selepas Beta sudah melihat kamu, nampaknya Guru Besar Fan Jin benar-benar hebat dalam memilih orang berbakat," kata Lei Chen, cuba kedengaran mesra. Nada suara yang lembut itu juga memuji-muji Jun Wu Xie secara sambil lalu. Dia tidak peduli tentang orang lain di Akademi Zephyr. Kalau tak kerana Jun Xie, dia tak akan muncul di sini pun malam ini.

Tapi Jun Wu Xie diam sahaja, tidak banyak bercakap. Matanya kelihatan jernih dan ini membuatkan Lei Chen beranggapan yang anak muda ini masih naif. Dia menyangkakan Jun Wu Xie ini memiliki kemahiran dan bakat yang hebat tetapi tidak begitu bijak dan sejenis orang yang mudah dimanipulasi.

Hati Lei Chen berasa begitu lega dan secara bersahaja dia cuba merapatkan jurang di antara Jun Xie dan dirinya. Dia benar-benar percaya yang tak ada orang akan menolak pelawaan persahabatan dari seorang Putera Mahkota!

Namun apabila Jun Wu Xie mendengar Putera Mahkota itu memanggilnya "Adik Jun", keningnya berkerut menunjukkan perasaan tidak senang. Dia langsung tidak terkesan dengan pangkat Lei Chen sebagai Putera Mahkota.

Lagipun, dua patah perkataan itu iaitu "Putera Mahkota" hanya membawa satu maksud pada Jun Wu Xie... bodoh!

Mo Qian Yuan juga merupakan seorang Putera Mahkota. Kalau dia tidak bertemu dengan Jun Wu Xie, jangan kata naik takhta, nyawanya sendiri pun tak akan selamat.

Anggapan Lei Chen itu mungkin logik, tetapi jika berkenaan dengan Jun Wu Xie, pendapatnya itu benar-benar tersasar.

Sebagai orang yang telah mengangkat sendiri seorang Putera Mahkota yang terabai sehingga dapat menaiki takhta sebagai Maharaja serta pemegang pangkat Cik Muda Sulung di istana seorang Duke, pangkat Lei Chen itu langsung tidak membuatkan Jun Wu Xie berasa kagum.

Dia pernah menjatuhkan seorang Maharaja dari takhta. Apalah sangat Putera Mahkota tu?

Setelah menerima undangan itu, Jun Wu Xie tidak lagi mempedulikan Lei Chen dan cuma tunduk untuk mengusap-usap serta memeluk Hitam Kecil. Lei Chen yang mendapati dirinya terus diabaikan, terasa seperti telah ditampar. Itu pun ketika dia tersenyum dan bersikap mesra dengan mereka. Lei Chen mahu berbual-bual lagi dengan Jun Xie supaya hubungan mereka lebih rapat. Namun kata-katanya kini hanya tersekat di kerongkongnya!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C772
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄