下載應用程式
84.71% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 754: Negara Yan (5)

章節 754: Negara Yan (5)

編輯: EndlessFantasy Translation

Aturan yang dibuat oleh Negara Yan untuk akademi-akademi ini sangat baik. Sudah pun ada orang yang sedia menanti untuk mengalu-alukan tetamu dari Akademi Zephyr.

Pada tahun sebelum ini Akademi Zephyr telah membawa rombongan seramai kira-kira tiga puluh orang. Negara Yan telah menyediakan tempat yang mampu memuatkan sehingga lima puluh orang untuk mereka. Jadi apabila pengurus rumah tumpangan itu terlihat hanya ada sejumlah sepuluh orang yang masuk, senyuman di wajahnya kaku seketika. Tetapi dia cepat-cepat pulih kembali dan tampil untuk mengalu-alukan mereka sambil tersenyum.

"Selamat datang para tetamu yang dihormati. Bilik-bilik kamu semuanya sudah disediakan dan saya mahu menjemput kamu untuk berehat sebentar. Makanan akan disiapkan tak lama lagi. Selepas kamu semua sudah berehat, kami akan hidangkan makanan kamu di dalam dewan di tingkat dua." Pengurus rumah penginapan itu cepat beradaptasi dan membuat pengumuman sambil tersenyum.

Jun Wu Xie mengangguk sedikit dan dia berlalu pergi bersama yang lain untuk menuju bilik masing-masing untuk mengeluarkan barang-barang.

Setelah sampai ke biliknya, Jun Wu Xie hanya meletakkan beg yang dibawanya ke atas meja dan mendukung Hitam Kecil dalam pelukannya.

Baru sebulan lebih berlalu selepas mereka memutuskan untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Pertempuran Roh. Situasi di Akademi Zephyr sama seperti apa yang Fan Jin ramalkan. Keadaan mereka agak teruk. Sebarang pelajar yang memiliki walau sedikit bakat telah memilih untuk meninggalkan akademi. Mereka memberikan alasan mudah dan menuliskannya di dalam surat yang ringkas. Para pelajar itu tergesa-gesa mengaturkan agar surat-surat tersebut dihantar ke Akademi Zephyr. Mulai saat itu, mereka memutuskan segala hubungan dengan pihak akademi dengan begitu sahaja. Para pelajar yang kembali ke akademi pada awal tahun kebanyakannya adalah mereka yang mempunyai potensi sederhana. Jumlah pelajar di akademi berkurangan menjadi kira-kira tiga ratus orang. Malah setelah ditambah dengan jumlah pelajar yang dinaikkan status dari kampus cawangan, jumlah pelajar hanya mencecah empat ratus orang.

Jumlah ini agak menyedihkan jika dibandingkan dengan jumlah asal yang mereka ada.

Tetapi kehilangan para pelajar ini bukanlah isu yang paling kritikal. Apa yang benar-benar menghancurkan mereka ialah pemergian para guru. Akademi Zephyr memiliki lebih seratus orang guru sebelum ini. Kini jumlah yang ada adalah kurang daripada sepuluh orang.

Jadi amat penting bagi Akademi Zephyr mencapai keputusan yang baik dalam Kejohanan Pertempuran Roh tahun ini. Keadaan ini akan membolehkan mereka mendapatkan kembali reputasi yang gemilang!

Jun Wu Xie memegang Hitam Kecil dalam pelukannya. Jari-jarinya perlahan-lahan mengusap kucing hitam kecil itu sambil ligat merancang langkah mereka seterusnya.

Pada mulanya Fan Jin berniat mahu memenuhkan sepuluh tempat yang diperuntukkan pada mereka dalam Kejohanan Pertempuran Roh, tetapi mereka tidak dapat mencari sebarang pelajar yang cukup bagus untuk bertanding. Jadi mereka memutuskan untuk mengabaikan tempat yang tidak terisi daripada membiarkan pelajar yang tidak begitu berbakat memalukan nama Akademi Zephyr pada saat paling kritikal ini.

Jadi Jun Wu Xie menolak cadangan Fan Jin sebelum mereka bergerak keluar dari akademi.

Kejohanan Pertempuran Roh ini akan disertai oleh Jun Wu Xie bersama-sama dengan Qiao Chu dan rakan-rakannya kecuali Fan Jin.

Dalam masa sebulan untuk mereka membuat persiapan, Jun Wu Xie bukan sahaja menyembuhkan Fan Jin dan Tuan Embek Embek sepenuhnya, malah dengan bantuan Jun Wu Yao, kuasa rohani Jun Wu Xie berjaya mencapai tahap baru iaitu kemuncak roh hijau! Dalam masa hanya beberapa hari dia akan mencapai tahap biru. Ye Sha dan Ye Mei sudah pun menyediakan roh berkontrak untuk Jun Wu Xie gunakan bagi menginjak ke tahap biru. Apa yang dia perlu lakukan hanyalah menanti sehingga kuasa rohaninya berkumpul sehingga ke tahap yang secukupnya. Selepas itu dia boleh meneruskan peningkatan tahapnya.

"Embek~" Bulu sudah mula tumbuh di badan Tuan Embek Embek. Kambing biri-biri kecil itu terbaring di atas lantai di sebelah kaki Jun Wu Xie sambil mengembek perlahan.

Walaupun bulu pada badan Tuan Embek Embek itu belum cukup gebu seperti sebelum ini, ketebalannya cukup untuk menutupi kulitnya yang kemerah-merahan. Sekali pandang, Tuan Embek Embek kelihatan sama seperti dulu. Jika diteliti barulah seseorang itu akan sedar yang binatang itu nampak sedikit "kurus".

Beberapa ketika kemudian, tiba-tiba kedengaran satu ketukan di pintu Jun Wu Xie. Tanpa menanti Jun Wu Xie bangun, pintu itu sudah pun ditolak sehingga terbuka.

Jun Wu Yao sedang bersandar di muka pintu sambil tersenyum nakal. Matanya dikecilkan ketika dia berjalan masuk lalu duduk di sebelah Jun Wu Xie.

"Perjalanan kita begitu panjang. Sekarang ni dah tiba waktu makan." kata Jun Wu Yao sambil tersenyum.

Jun Wu Xie mengangguk. Dia bangun meninggalkan Hitam Kecil dan Tuan Embek Embek lalu berjalan keluar.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C754
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄