下載應用程式
78.42% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 698: Kematian Fan Qi (1)

章節 698: Kematian Fan Qi (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Wen Xin Han membalas, "Dia anak kawan lama saya. Tentulah saya akan melindunginya."

Gu Li Sheng tersenyum dan berasa lebih lega. Dia meminta diri dengan penuh hormat.

Di halaman kecil kediaman hutan buluh itu, Jun Wu Xie sedang menerangkan tentang asas Pemulihan Roh kepada Gu Ying. Lelaki itu duduk di sebuah kerusi dan mendengar dengan teliti. Setelah kilauan berniat membunuh dan kejam itu lenyap dari matanya, dia kini serupa dengan gambaran asal Gu Li Sheng terhadapnya; seorang pelajar yang ramah dan merendah diri.

Namun Jun Wu Xie sedar semua ini hanya topeng kepura-puraan Gu Ying.

Gu Ying mengikut tunjuk ajar Jun Wu Xie dan mencuba teknik yang diajarnya. Sementara itu Jun Wu Xie diam-diam memerhatikan setiap tindakan Gu Ying.

Kalau hanya ada Gu Ying seorang sahaja di dalam Akademi Zephyr, Jun Wu Xie tidak akan terlalu risau tentangnya. Tapi jika ada orang lain dari Dua Belas Istana di situ dia bimbang Ye Sha tidak akan dapat menangani mereka sendirian. Sebelum dia dapat menentukan jumlah sebenar musuh, Jun Wu Xie memilih untuk terus memerhati.

Ah Jing yang sedang mengelap meja dan kerusi di sisi mereka, menjadi terganggu dengan pergerakan Gu Ying. Ah Jing berpaling memandang mereka. Riak wajahnya kelihatan naif dan bodoh alang. Dia terlihat Gu Ying merenung tajam pada tangannya sendiri dan memerhatikan kuasa rohaninya. Pandangan mata Ah Jing kemudiannya beralih pada Jun Wu Xie. Keadaan matanya yang keliru menjadi jelas seketika, tetapi dia cepat-cepat tunduk semula. Ah Jing kembali menyibukkan diri dengan tugasnya tanpa berkata apa-apa.

Gu Ying mencuba beberapa kali tetapi tidak dapat menukarkan kuasa rohnya menjadi kuasa jiwa. Senyuman di wajahnya perlahan-lahan digantikan dengan riak keganasan. Selepas gagal dalam satu lagi cubaan untuk menukarkan kuasa rohnya, Gu Ying mengangkat tangannya dan menghempaskannya ke meja di hadapannya. Meja tersebut berkecai akibat daya yang kuat!

"Teknik ini sememangnya hanya boleh difahami oleh seseorang yang bijak seperti Senior. Oh ya, apa yang Senior bualkan dengan Gu Li Sheng tadi?" Mata Gu Ying mula dipenuhi emosi yang aneh.

"Saya tanya pada dia yang kamu ni siapa," balas Jun Wu Xie tanpa sebarang perasaan.

Gu Ying terkejut. Dia menyangkakan Jun Wu Xie akan mencari alasan lain untuk cuba memperdayakannya. Gu Ying tidak menyangka Jun Wu Xie akan jujur seperti ini.

Walaupun dia tidak dengar apa yang mereka bualkan, dia masih dapat meneka tujuan Jun Wu Xie pergi bertemu Gu Li Sheng pasti ada kaitan dengannya.

"Saya ialah Gu Ying, pelajar junior di fakulti Pemulih Roh. Kalau Senior nak tahu apa-apa, tanya saja pada saya. Kenapa perlu tanya pada dia?" kata Gu Ying sambil ketawa. Emosi aneh di matanya semakin bertambah kuat dan tidak dapat ditahan. "Benda yang Senior cuba ajar saya ni susah betul nak difahami. Saya rasa saya patut tunjuk pada Gu Li Sheng. Mungkin dia boleh tolong jelaskan kekeliruan saya ni."

Sambil berkata begitu, Gu Ying merenung wajah Jun Wu Xie. Setelah mendapati riak wajah Jun Wu Xie langsung tidak berubah, Gu Ying tersenyum dan berdiri untuk pergi dari situ.

Seperti yang dijangka, Gu Ying telah curiga. Mata Jun Wu Xie mengecil sambil dia merenung Gu Ying yang sedang berlalu pergi. Hati Jun Wu Xie berasa gerun.

Ketika Jun Wu Xie membawa Gu Ying keluar dari fakulti Pemulih Roh, dia sudah pun berasa syak. Tetapi Gu Ying mahu menunggu sehingga rancangan mereka bermula sebelum dia berpatah kembali dan memerangkap mereka berdua.

"Ye Sha." Jun Wu Xie memanggil dengan suara perlahan. summoned in a low voice.

Susuk tubuh Ye Sha tiba-tiba muncul di halaman itu.

Ah Jing yang masih membersihkan kawasan itu menjadi kaku sebaik terlihat Ye Sha.

Ye Sha langsung tidak memandang Ah Jing. Dia melutut sebelah kaki di hadapan Jun Wu Xie dan berkata, "Saya menunggu arahan Cik Muda."

"Gu Li Sheng dah kembali?"

"Ya. Saya sendiri nampak dia berjalan masuk ke fakulti Pemulih Roh."

Jun Wu Xie mengangguk. Aturan masanya tepat. Kalau Gu Ying bergegas kembali pun, dia tidak akan menyedari ada apa-apa yang tak kena.

Permainan catur ini baru saja bermula!

Ye Sha senyap-senyap berundur dari kediaman itu, sama seperti ketika dia muncul tadi. Dia terus lenyap di sebalik bayang.

Jun Wu Xie berdiri untuk kembali ke biliknya.

Tetapi pada masa yang sama ketika dia berdiri, seseorang tiba-tiba meluru mendapatkannya!

"Ah! Ah!" Lutut Ah Jing terkena lantai dengan bunyi yang kuat. Dia melutut di kaki Jun Wu Xie, dan membuat bunyi-bunyi cemas. Seolah-olah dia sedang meraung dan merayu.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C698
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄