下載應用程式
78.2% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 696: Menjelmanya Awan Gelap (3)

章節 696: Menjelmanya Awan Gelap (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Walaupun orang-orang dari Alam Pertengahan memiliki kebolehan untuk meningkatkan kuasa rohani sehingga mencapai tahap ungu, masih ada jurang yang besar jika dibandingkan dengan kuasa pemilik roh ungu sebenar. Sebab itulah Gu Ying tidak mahu menentang Wen Xin Han secara terang-terangan.

"Ada cara untuk bertemu dengan Wen Xin Han?" kata Jun Wu Xie dengan perlahan.

"Saya hanya boleh tinggalkan tempat ini sewaktu Gu Ying tak ada. Pernah sekali saya keluar dari fakulti Pemulih Roh. Ketika saya tak ada di sini, dia bunuh dua orang pelajar saya. Budak-budak tu dah lama ada di sini dan berguru dengan saya. Hati saya benar-benar hancur ketika mereka mati begitu saja di tangan Gu Ying," balas Gu Li Sheng.

"Saya akan umpan dia pergi dari sini dan kamu kemudiannya boleh pergi cari Wen Xin Han. Beritahu dia ada seseorang dari Istana Lin mahu berjumpa dengannya. Suruh dia datang ke pejabat kamu waktu tengah hari esok," kata Jun Wu Xie sambil memandang Gu Li Sheng.

[Pada ketika ini dia perlu memastikan Fan Jin tak apa-apa sebelum memulakan langkah seterusnya.]

"Kamu nak umpan dia pergi dari sini? Tapi… tidakkah itu terlalu bahaya?" tanya Gu Li Sheng sambil memandang Jun Xie dengan bimbang.

Jun Wu Xie menggelengkan kepala. Dia mungkin tidak setanding dengan Gu Ying, tapi dia tidak lupa yang dia masih ada Ye Sha. Lelaki itu sudah pun mengesahkan yang dia boleh mengalahkan Gu Ying. Jadi Jun Wu Xie tidak perlu mempertimbangkan hal lain.

"B… baik" Gu Li Sheng akhirnya mengangguk dengan serius. Walaupun dia tidak tahu apa yang Jun Xie mahu lakukan, suara hatinya mengatakan dia patut mendengar sahaja kata-kata pemuda itu.

Jun Wu Xie tidak berkata apa-apa lagi pada Gu Li Sheng untuk mengelakkan dihidu musuh mereka. Dia cepat-cepat keluar dari pejabat itu. Jun Wu Xie mendapati Gu Ying sedang merenungnya sambil tersenyum lebar.

"Dah selesai?" tanya Gu Ying sambil mengangkat keningnya.

Jun Wu Xie memandangnya dengan tenang dan bertanya, "Kamu nak belajar Pemulihan Roh?"

Gu Ying tersenyum dan membalas, "Sudah tentulah. Kalau tak, buat apa saya ada di sini?"

"Baiklah, saya akan ajar kamu," kata Jun Wu Xie. Dia terus berjalan menuruni tangga. Gu Ying merenung Jun Wu Xie dan satu senyuman aneh bermain di bibirnya sebelum dia melangkah untuk mendapatkan Jun Wu Xie.

Gu Li Sheng berdiri di tepi tingkap, memerhatikan Jun Wu Xie membawa Gu Ying pergi dari situ. Melihatkan Gu Ying sudah pergi, Gu Li Sheng akhirnya menyedari yang dia telah menggenggam penumbuknya selama ini. Tapak tangannya basah dengan peluh.

Selepas memastikan Gu Ying telah beredar dan tidak akan kembali buat beberapa ketika, Gu Li Sheng terus berjalan keluar dari fakulti Pemulih Roh. Sebelum dia pergi, dia tidak lupa meninggalkan arahan pada para pelajar fakulti Pemulih Roh agar tidak memberitahu sesiapa pun yang dia sudah keluar. Dia mengarahkan semua pelajarnya kembali ke bangunan fakulti dan tidak banyak bergerak.

Para pelajar ini amat takut dengan Gu Ying dan Gu Li Sheng merupakan satu-satunya tonggak sokongan mereka. Tentulah mereka akan mematuhi arahannya.

Fan Jin telah dipenjarakan di dalam biliknya sendiri dan bilik Wen Xin Han berada di sebelah. Memandangkan Fan Jin disyaki telah melakukan jenayah kejam dengan membunuh Guru Besar, seluruh tingkat asrama tersebut telah dikosongkan. Semua pelajar lain telah berpindah keluar dari situ. Sewaktu Gu Li Sheng ke sana, tak ada satu kelibat manusia lain pun di situ. Pada ketika itu, pelajar-pelajar lain berada di kelas masing-masing.

Berdasarkan memorinya sendiri, Gu Li Sheng tiba di sebuah pintu di tengah-tengah tingkat tiga. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintu.

Pintu itu terus dibuka dan seorang lelaki tua yang sudah beruban, muncul di hadapan Gu Li Sheng. Walaupun rambutnya putih sepenuhnya, dia tidak kelihatan lemah. Renungan matanya masih tajam.

"Kamu siapa?" Wen Xin Han merenung lelaki muda yang kelihatan tidak kelihatan asing ini. Dia cuba mengingat kembali identiti lelaki tersebut. 

Gu Li Sheng cepat-cepat membalas, "Saya Gu Li Sheng dari fakulti Pemulih Roh. Saya dipertanggungjawabkan untuk datang bertemu dengan Senior Wen. Saya harap Senior membenarkan saya masuk ke dalam. Saya nak beritahu sesuatu."

Kening Wen Xin Han berkerut ketat dan dia berkata dengan acuh tak acuh, "Tak kira siapa pun yang berikan tanggungjawab ini pada kamu, saya tak berminat dengan urusan Akademi Zephyr." Sebaik berkata begitu, Wen Xin Han dengan pantas mahu menutup pintu.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C696
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄