下載應用程式
76.62% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 682: Melarikan Diri dari Cenuram Penghujung Syurga (7)

章節 682: Melarikan Diri dari Cenuram Penghujung Syurga (7)

編輯: EndlessFantasy Translation

Orang yang telah terperangkap selama bertahun-tahun di dasar cenuram itu, hidup dalam persekitaran yang tidak sesuai untuk manusia, sehingga akhirnya mati dengan penuh sesalan tanpa dapat meninggalkan neraka yang meragut nyawanya. Segala yang dia impikan dan inginkan hanyalah untuk melepaskan diri daripada penjara yang mengerikan ini.

Jun Wu Xie sering percaya bahawa setelah seseorang itu meninggal dunia, rohnya tetap kekal.

Susuk tubuh yang muncul sekilas itu mungkin hanya khayalannya. Atau mungkin juga setelah impian paling besarnya telah ditunaikan, roh lelaki itu akhirnya dapat dibebaskan.

Tapi tak kira apa sekalipun, khayalan atau tidak, Jun Wu Xie akan membawa cincin perak itu keluar dari tempat ini. Dia akan membawa cincin ini jauh dari sini. Kesan tinggalan akhir lelaki ini akan dibawa pergi dari neraka ini, membebaskannya dari belenggu yang memerangkapnya supaya akhirnya roh lelaki itu dapat berehat dengan aman.

Jun Wu Xie bangun perlahan-lahan lalu berpusing. Wajahnya kelihatan tenang sewaktu dia berjalan mendapatkan Qiao Chu dan yang lain.

Bongkah-bongkah batu yang berselerakan di atas tanah yang hangus itu perlahan-lahan diliputi oleh kabus. Mungkin selepas beberapa abad atau milenium, batu-batu ini juga akan lenyap sepenuhnya. Tiada siapa akan dapat mencari walau sedikit kesan pun daripada rumah batu yang pernah terdiri di situ.

Perjalanan pulang lebih mudah berbanding ketika mereka menuju ke sini dan menempuh laluan yang asing bagi mereka.

Walau dengan adanya kabus menyelubungi mereka, Fei Yan masih mampu menunjukkan arah mereka datang dengan tepat. Malah dia juga dapat menunjukkan tempat yang selamat untuk dipijak di kawasan berpaya yang penuh lubang benam ini.

Mereka berjalan merentasi kabus yang tebal, perlahan-lahan kembali ke tempat di mana mereka pertama kali menjejak dasar Cenuram Penghujung Syurga.

Melihatkan tali-tali yang digunakan masih lagi tergantung di muka cenuram itu, mereka semua tidak dapat menahan diri daripada tersenyum.

"Akhirnya! Kita akan tinggalkan tempat yang keji ini!" kata Qiao Chu sambil berpaling memandang kabus yang tebal itu. Pengembaraan mereka kali ini akan selamanya meninggalkan kesan yang tidak dapat dihapuskan di dalam memori mereka.

Mereka mahu pergi dari situ, tetapi akan tiba harinya mereka akan kembali ke tempat ini sekali lagi.

Menempuh lapisan demi lapisan kabus itu untuk mencari harta karun Maharaja Kegelapan!

Sebelum memanjat naik tali-tali tersebut, Jun Wu Xie dan rakan-rakannya menggunakan kuasa roh untuk memeriksa keadaan tali mereka. Setelah yakin tali-tali itu masih kukuh dan dapat menampung berat mereka barulah mereka cepat-cepat memegang tali-tali tersebut, menahan kaki pada permukaan cenuram dan mula memanjat naik!

Neraka yang membuatkan mereka berasa tegang dan memberikan halangan yang tidak terkira banyaknya selama beberapa hari ini perlahan-lahan ditelan oleh kabus dan hilang dari pandangan mereka.

Namun jauh di sudut hati, mereka semua tahu di sebalik kabus itu semuanya masih kekal. Tak kiralah pada masa kini atau di masa hadapan, semuanya akan terus wujud!

Neraka ini tak mungkin akan lenyap!

Setelah mendapat pengalaman daripada perjalanan turun sebelum ini, semua orang semakin bijak. Kini mereka tahu, lebih dekat kedudukan mereka dengan dasar cenuram lebih bahaya keadaannya. Mereka mempercepatkan langkah, cuba sedaya-upaya untuk memendekkan perjalanan mereka seboleh mungkin.

Tidak lama kemudian, mereka melepasi kawasan berangin kencang dan merentasi kabus yang dingin membeku. Nun di atas kepala mereka samar-samar dapat dilihat kesan pancaran cahaya yang mula dapat menembusi kabus.

Cahaya itu bukan lagi hasil pembakaran batu roh tetapi sinar hangat semula jadi yang datang daripada matahari!

Sewaktu akhirnya menjejakkan kaki di atas Cenuram Penghujung Syurga dan menghadap cahaya matahari, segala yang berlaku di dasar cenuram sebelum ini tiba-tiba dirasakan hanya bagai mimpi.

"Akhirnya kita sampai ke atas…" kata Fan Zhuo sambil menghadap matahari yang sudah lama tidak dilihatnya. Dia menikmati kehangatan yang memberi keselesaan itu. Hatinya yang selama ini dipenuhi perasaan takut akhirnya menjadi tenang!

"Tuan Muda Jun! Kamu semua akhirnya dah kembali!" Mu Qian Fan yang selama ini menanti di atas Cenuram Penghujung Syurga, berlari mendapatkan mereka dengan penuh teruja sebaik terlihat kelibat Jun Wu Xie dan rakan-rakannya. Kecederaaanya sudah pulih sepenuhnya dan dia juga sudah membuka semua balutan pada mukanya. Wajahnya yang dipenuhi parut itu tersenyum lebar!

Jun Wu Xie tidak membalas. Kepalanya didongakkan untuk menghadap matahari. Sinar matahari ketika itu dirasakan amat terang.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C682
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄

    tip 段落評論

    段落註釋功能現已上線!將滑鼠移到任何段落上,然後按下圖示以添加您的評論。

    此外,您可以隨時在「設置」 中將其關閉/ 打開。

    明白了