下載應用程式
74.71% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 665: Di Dasar Cenuram (3)

章節 665: Di Dasar Cenuram (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Selepas semua orang menelan eliksir, Jun Wu Xie tidak terus bertindak.

"Hitam Kecil."

Jun Wu Xie tiba-tiba memanggil kucing hitam kecil itu. Sebaik Hitam Kecil muncul, ia terus bertukar menjadi binatang hitam yang besar. Hitam Kecil terus bersandar dan melilitkan ekornya di sekeliling Jun Wu Xie. Badannya yang hangat itu memeluk Jun Wu Xie yang sedang berasa agak sejuk.

"Kamu semua mari ke sini juga." Sebaik bersentuhan dengan badan Hitam Kecil, Jun Wu Xie akhirnya dapat menghilangkan kedinginan yang membeku itu. Hasil kehangatan Hitam Kecil, kaki dan tangan Jun Wu Xie perlahan-lahan dapat berfungsi semula.

Qiao Chu dan yang lain terus faham apa yang Jun Wu Xie mahukan. Mereka cepat-cepat menghimpit Hitam Kecil untuk mendapatkan kehangatannya. Qiao Chu turut menyeru Rolly. Beruang yang berbulu tebal itu mendepakan kedua-dua tangannya dan memeluk semua orang bagi menghangatkan tubuh mereka.

Ketika terperangkap di dalam suasana yang amat dingin itu, mereka semua tidak dapat mengembalikan tenaga masing-masing kerana sering menggunakan kuasa roh untuk mengatasi kesejukan. Pakaian yang mereka pakai pun sudah dilapisi fros dan tidak dapat membantu mengekalkan kehangatan suhu badan mereka.

Setelah dipeluk oleh Hitam Kecil dan Rolly, barulah ahli kumpulan ini dapat melepaskan lapisan kuasa rohani yang menyelubungi tubuh mereka dan menikmati bulu-bulu yang lembut dan hangat itu. Kini mereka dapat memulihkan sedikit kekuatan dan kuasa rohani mereka yang telah hilang.

"Embek?" Tuan Embek Embek yang berada dalam pelukan Ye Sha terus melompat ke tanah dan bergoyang-goyang untuk menyingkirkan titisan air dari badannya. Tiba-tiba, Tuan Embek Embek bertukar rupa menjadi bentuk binatang roh gergasi berekor sembilan. Hampir separuh badannya yang amat besar itu terselindung dari pandangan mereka, hilang ditelan kabus. Dengan patuhnya, Tuan Embek Embek baring di atas tanah. Sembilan ekornya yang besar dan berbulu gebu itu dilingkarkan di sekeliling Hitam Kecil, Rolly dan ahli kumpulan Jun Wu Xie lalu merapatkan semuanya ke perutnya yang hangat. Kedinginan pada badan ahli-ahli kumpulan ini terus lenyap.

Jun Wu Xie memandang mata Tuan Embek Embek yang kelihatan amat ikhlas. Dia melembutkan sedikit pandangan matanya lalu mengangkat tangan untuk menepuk-nepuk salah satu ekor Tuan Embek Embek. Kemudian Jun Wu Xie menutup matanya untuk menikmati keselesaan dan kehangatan di sekelilingnya. Dia menumpukan perhatian pada pemulihannya.

[Maksudnya Cik Pemberi Makan dan memaafkan saya?]

Tuan Embek Embek terkebil-kebil dengan gembira. Sejak kejadian tempoh hari, Tuan Embek Embek sering berasa bersalah. Kini ia mempunyai peluang untuk mendapat kemaafan dari Cik Pemberi Makan. Tuan Embek Embek amat tekun berusaha. Ia meningkatkan lagi suhu badannya untuk lebih menghangatkan lagi "kurungan berbulu" itu!

Kekuatan Binatang Roh Tahap Penjaga terserlah jelas ketika itu. Kehangatan badan Tuan Embek Embek ibarat rahmat dari syurga dan hampir membuatkan semua orang terlupa betapa dinginnya keadaan di situ sebentar tadi.

Walaupun berasa amat tergoda, Jun Wu Xie dan rakan-rakannya tidak berani berlengah dan berehat terlalu lama. Mereka hanya berada di dasar cenuram dan penjelajahan mereka hampir bermula. Bekalan air dan makanan mereka terhad, jadi mereka tidak boleh terlalu lama berada di sini.

Ahli kumpulan itu mengambil masa separuh hari untuk memulihkan kekuatan dan kuasa rohani. Pakaian mereka juga menjadi kering hasil pelukan Tuan Embek Embek yang hangat.

"Kamu dah dapat tentukan kedudukan kita dalam peta tu?" tanya Jun Wu Xie sambil memandang Fei Yan. Berbanding mereka yang lain, Fei Yan lebih bijak dan tajam penglihatan dalam memerhatikan bentuk muka bumi.

Fei Yan menggelengkan kepala dan berkata, "Darjah penglihatan di sini terlalu rendah dan saya tak dapat memadankan kawasan ini dengan peta. Keadaan di sini agak pelik. Kalau darjah penglihatan memang selamanya begini, peta yang lengkap pun belum tentu membolehkan kita menentukan arah. Melainkan salah satu bahagian peta itu menunjukkan tempat di mana orang turun dari Cenuram Penghujung Syurga. Dengan cara itu barulah kita dapat menentukan tanda tempat pada peta ini dengan tepat."

Tanpa adanya tanda rujukan yang tepat, mereka tidak akan tahu di mana kedudukan mereka pada peta tersebut. Jadi peta itu tidak ada gunanya.

"Kita tengok-tengok kawasan sekeliling dan fahamkan keadaan di sini dulu. Apa saja yang kita dapat lihat di sini pasti akan membantu kita di masa hadapan."

Fei Yan mengangguk setuju.

Selepas itu mereka semua memutuskan untuk bergerak dan meneruskan penjelajahan.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C665
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄