下載應用程式
67.97% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 605: Tamparan Ketujuh (12)

章節 605: Tamparan Ketujuh (12)

編輯: EndlessFantasy Translation

Walaupun kedua-dua askar Tentera Rui Lin itu tidak berperi kemanusiaan, mereka tetap tahu apa yang perlu dilakukan. Biarpun hayunan kayu itu mengoyakkan dagingnya dan mematahkan tulangnya, mereka tidak akan membiarkan Ning Xin menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hukuman penuh seratus pukulan dan tiga puluh sebatan itu mesti disempurnakan. Mereka tidak akan membenarkan Ning Xin terlepas walau satu pukulan!

Walaupun Ning Rui ini kejam orangnya, dia masih lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya ini. Dia memandang Ning Xin dengan panik, melihat bahagian bawah badannya yang sudah berlumuran darah. Dia tidak percaya yang anaknya yang cantik sedang terbaring di atas lantai itu.

Dia mahu melangkah ke hadapan, tetapi menjadi takut sehingga tunduk pasrah. Dia hanya dapat terus memandang dengan matanya sendiri bagaimana Ning Xin menderita akibat hukuman yang tidak berbelas kasihan itu.

Seratus pukulan yang dijalankan oleh askar bertubuh sasa. Lelaki biasa juga tidak akan selamat, tetapi Ning Xin mampu bertahan. Selepas pukulan itu, Ning Xin merasakan dia akan mati akibat kesakitan melampau yang menyeksanya itu. Namun entah bagaimana, dia tetap dapat kekal sedar.

Kesedaran ini jugalah yang membuatkan dia terseksa dengan nasib yang lebih teruk daripada kematian

Kesakitan yang melanda tubuhnya ini membuatkan dia merasakan yang tulang belakangnya sedang dihancurkan sedikit demi sedikit.

Ning Xin diangkat oleh dua orang askar Tentera Rui Lin itu. Bahagian bawah badannya sudahpun cedera parah. Walaupun nafasnya lemah, dia masih sedar. Rambut panjangnya kusut-masai. Ada sebahagian rambutnya itu melekat pada bahagian berdarah di tubuhnya.

Seratus pukulan kayu sudah selesai. Selepas ini ialah tiga puluh sebatan cemeti…

Long Qi sendiri yang akan melakukan sebatan.

Ning Xin mengangkat kepalanya dengan lemah. Dia memandang di sebalik Long Qi dan terlihat Jun Wu Xie berdiri di satu sisi.

Dia tidak terfikir yang dia akan bertahan dengan seratus pukulan kayu tersebut. Dia menjangkakan yang dia akan mati sewaktu hukuman itu dijalankan. Namun tanpa diduga, dia masih lagi hidup.

Berbanding dengan seratus pukulan, tiga puluh sebatan ini dengarnya kurang menyeksakan. Ning Xin dapat merasakan satu percikan api harapan mula menyala di dalam kegelapan yang menyelubunginya.

Jun Wu Xie hanya mengarahkan dia dihukum mengikut undang-undang ketenteraan Tentera Rui Lin. Adakah maksudnya, jika dia berjaya bertahan melalui semua hukuman tersebut, dia akan dapat kekal hidup?

Dia terlihat sinar harapan dari dalam kegelapan itu dan Ning Xin berharap dia dapat terus hidup. Kemahuannya ini membuatkan dia bertambah sedar. Ini akan memaksa dia untuk merasai segala kesakitan seksaan hukumannya yang akan disambung sebentar lagi.

Setelah mindanya bertambah jelas, Ning Xin terlihat sesuatu yang selama ini tersembunyi. Apabila terlihat kepala kucing hitam kecil itu mengintai dari celah lengan baju Jun Wu Xie, minda Ning Xin meletus dengan pendedahan yang menakjubkan!

Kucing hitam kecil itu hanya sebesar tapak tangan. Binatang tersebut tersembunyi di dalam lengan baju Jun Wu Xie yang besar dan kembang. Dari tempat Jun Xie berdiri,kucing itu tersorok daripada pandangan orang lain. Hanya daripada sudut pandangan Ning Xin, barulah dia dapat melihatnya.

Sebaik terlihat kucing tersebut, Ning Xin tiba-tiba menjadi kaku. Kesakitan pada badannya dikebaskan oleh kesedaran yang mengejutkan itu. Dia berasa seram sejuk.

Selama ini di Akademi Zephyr, hanya ada seseorang yang akan membawa roh berkontraknya ke mana sahaja dia pergi. Roh berkontrak tersebut menyerupai kucing hitam kecil itu.

Jun Xie… Jun Wu Xie…

Mata Ning Xin terbeliak kerana berasa tidak percaya. Pada ketika itu, dia akhirnya sedar yang tindakan yang dilakukannya dulu hanyalah sia-sia.

Selain rupa paras mereka, Ning Xin menyedari yang nama Jun Wu Xie dan Jun Xie hanya berbeza satu perkataan. Bentuk serta saiz tubuh badan mereka juga serupa. Paling penting sekali, mata yang dingin dan tajam itu ialah milik orang yang sama!

Sebenarnya, Jun Xie adalah Jun Wu Xie!

Budak tak guna yang amat dibenci di dalam Akademi Zephyr selama ini rupa-rupanya ialah Cik Muda Tentera Rui Lin!!

Tak hairanlah…

Patutlah ketika mereka berada di Hutan Roh Pertempuran dulu, Jun Xie tiba-tiba masuk meluru untuk menyelamatkan Long Qi dan orang-orangnya!

Ning Xin mahu ketawa, tetapi kesakitan yang masih melanda tubuhnya itu tidak membenarkan dia memiliki tenaga yang cukup untuk membuka mulutnya dan bersuara. Dia hanya mampu merenung dengan matanya yang memancarkan kebencian serta keadaan tidak berdaya yang tidak dapat digambarkan.

Barulah dia sedar yang langkah pertama yang diambilnya dulu memang sudah tersilap.

Jun Wu Xie bukan sahaja anak murid kesayangan Gu Li Sheng. Dia juga Cik Muda dari Istana Lin!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C605
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄