下載應用程式
66.51% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 592: Menampar Orang Ramai (10)

章節 592: Menampar Orang Ramai (10)

編輯: EndlessFantasy Translation

Yin Yan merenung Ning Xin dengan perasaan takut di matanya. Ketakutan itu kemudiannya tersebar ke seluruh tubuhnya.

Selepas kejadian hari ini, tiada siapa yang boleh menggunakan apa-apa daripada sejarah lampau Jun Xie untuk mencemarkan namanya atau memfitnahnya lagi.

Gu Li Sheng sendiri dengan begitu megahnya telah menjemput Jun Xie untuk kembali ke fakulti Pemulih Roh. Tak ada seorang pun daripada mereka yang berani menyinggung Jun Xie kini.

Hakikat yang dia lebih berpengetahuan berbanding Gu Li Sheng dalam Teknik Pemulihan Roh sahaja sudah cukup untuk menundukkan semua orang. Status Jun Xie dalam kalangan para pelajar Akademi Zephyr telah meningkat kepada satu tahap yang sukar digoyahkan. Mulai hari ini, semua orang yang telah menyumpah dan meludah namanya serta begitu membenci Jun Xie, mendapati yang sebab-sebab di sebalik tindakan mereka itu langsung tidak berasas. Tanggapan mereka hancur sepenuhnya. Jun Xie mempunyai pemahaman lengkap tentang Teknik Pemulihan Roh. Ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan semua orang tunduk padanya. Tidak ada seorang pun yang berani menghinanya.

Yin Yan mendongak memandang langit yang kelam.

Satu perubahan telah melanda Akademi Zephyr dan meninggalkan kesan yang mendalam pada hari ini. Kejadian ini akan terus diingati di masa hadapan.

Hati Yin Yan diselubungi ketakutan. Dia mengumpulkan keberanian lalu mengheret Ning Xin yang seperti sudah hilang akal itu bersamanya dan meningglakan dataran yang sudah lengang.

Selepas mereka berdua berlalu, satu susuk tubuh yang tidak diberikan masih berdiri di situ. Orang itu bertubuh kurus dan kusut-masai itu berdiri jauh di satu sudut dataran tersebut.

Wajah Ah Jing kelihatan pucat sewaktu dia merenung dataran yang kosong itu.

Dia sudah mendengar dengan jelas segala yang diperkatakan oleh Gu Li Sheng dan Fan Qi tadi. Sama seperti orang lain, Ah Jing datang ke dataran itu dengan penuh harapan. Dia menyangkakan hari ini Jun Xie akan dimalukan dan dihalau keluar dari Akademi Zephyr oleh Gu Li Sheng. Tidak pernah dia terbayang yang hari ini dia akan mendengar kebenaran yang sukar dipercayainya.

Ah Jing tiba-tiba merasakan kakinya lemah-longlai dan dia terduduk di atas tanah. Jari-jarinya mengerekot dan kukunya mencakar-cakar tanah yang keras sehingga meninggalkan kesan darah.

…..

Apa yang paling memalukan ialah apabila orang yang kamu paling benci, memijak-mijak muka kamu dan membenamkannya ke tanah.

Walaupun sepanjang kejadian itu berlaku Jun Wu Xie tidak bercakap walau sepatah, dia tanpa sengaja telah memijak-mijak muka setiap pelajar dan guru-guru akademi itu. Malah beberapa orang turut dibenamkan ke tanah dengan kuat.

Jun Xie "dijemput" kembali ke fakulti Pemulih Roh oleh Gu Li Sheng pada hari itu juga. Semua pelajar fakulti itu hanya mampu memandang dengan wajah yang pucat sewaktu mereka berdua berjalan masuk. Pelajar-pelajar ini tidak berani untuk mendekati mereka berdua walau selangkah.

Mendekati mereka?

Wajah para pelajar ini masih kemerah-merahan akibat berasa malu.

Identiti mereka sebagai pelajar fakulti Pemulih Roh yang mereka banggakan telah didedahkan sebagai satu kepalsuan. Gu Li Sheng telah dipaksa tanpa kerelaan hatinya untuk memberikan status pelajar pada mereka atas desakan Fan Qi, Guru Besar akedemi itu.

Sejak mula lagi mereka tidak pernah mendapat pengiktirafan Gu Li Sheng.

Tetapi mereka begitu jahil dan mengikut rentak orang lain untuk mencemuh, mengejek dan menghentam nama serta reputasi Jun Xie.

Mereka memang….

Patut dihina!

Jun Wu Xie mengikut Gu Li Sheng masuk ke pejabatnya. Sebaik pintu ditutup barulah Gu Li Sheng dapat menenangkan dirinya. Ketegasan di wajahnya bertukar menjadi lembut.

"Macam mana? Setanding tak dengan permintaan kamu?" tanya Gu Li Sheng sambil tersenyum pada Jun Xie. Persembahan hari ini telah dirancang khas demi Jun Xie. Dia berharap dapat menebus kesengsaraan yang Jun Xie lalui sepanjang tempoh ini.

"Ya." Jun Wu Xie mengangguk.

Gu Li Sheng telah bertindak dengan baik kali ini dan Jun Wu Xie benar-benar berpuas hati.

"Ha ha. Bagus. Inilah kali pertama saya mencetuskan kekecohan sebesar ini." Gu Li Sheng akhirnya dapat menenangkan kegelisahan yang selama ini ditanggungnya. Pada mulanya dia memutuskan untuk bertindak seperti yang dilakukannya hari ini untuk menunjukkan keikhlasannya pada Jun Xie. Tetapi dia juga mahu menentang ketidakadilan yang Jun Xie alami.

Mendengar khabar angin yang jahat itu sahaja sudah cukup untuk memberi tekanan kepada kebanyakan orang. Hakikat yang Jun Xie telah dapat bertahan dengan baik membuatkan Gu Li Sheng amat menghormatinya.

Kalau hal ini berlaku pada orang lain, pasti mereka sudah tampil membela diri. Tetapi Jun Xie hanya bertahan dan mendedahkan kebenaran selepas menyelesaikan tugasan yang diberikan padanya. Kesabaran dan ketabahan yang tidak berpenghujung ini membuatkan Gu Li Sheng semakin mengagumi anak muda ini.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C592
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄