下載應用程式
65.73% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 585: Menampar Orang Ramai (3)

章節 585: Menampar Orang Ramai (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Ning Xin menyambung sambil ketawa, "Disingkirkan dari Akademi Zephyr oleh Gu Li Sheng lebih teruk berbanding disingkirkan oleh Guru Besar akademi. Teknik Pemulihan Roh yang Gu Li Sheng miliki amat diidam-idamkan oleh banyak kuasa besar. Sebaik mereka mengetahui yang Jun Xie telah menimbulkan kemarahan Gu Li Sheng, mereka tak akan berani menyinggungnya dan mereka akan membuatkan hidup Jun Xie lebih sukar. Memikul beban sebagai orang yang tidak disukai oleh Gu Li Sheng akan membataskan peluang Jun Wu Xie, walau ke mana saja dia pergi. Kalau saya tak desak dia seperti ini, mana mungkin dia berhenti bersikap angkuh dan dingin?"

Dia bukannya bertindak kejam, tapi Jun Xie itu yang tidak tahu mengenang budi dan menolak niat baiknya. Jadi, tentulah Jun Xie perlu berdepan dengan akibatnya!

Yin Yan diam sahaja apabila melihat yang Jun Xie sudah sampai ke dataran. Dia berundur dan menyembunyikan dirinya di celah-celah kerumunan orang ramai.

Tidak kiralah betapa yakinnya Ning Xin, entah mengapa, Yin Yan tetap berasa takut dengan Jun Xie.

Dia tidak mungkin dapat melupakan kejadian yang disaksikannya di Hutan Roh Pertempuran.

Kemunculan Jun Xie membuatkan suasana menjadi kecoh dan perhatian semua orang tertumpu pada pemuda bertubuh kecil itu. Pandangan mata yang tajam itu turut disedari oleh Fan Jin yang berdiri di sisi Jun Wu Xie. Renungan seperti pisau yang menusuk-nusuk belakangnya itu membuatkan setiap langkahnya dirasakan amat berat dan sukar.

Sebaliknya, Jun Wu Xie pula langsung tidak terkesan. Wajahnya tenang dan langkahnya tidak terburu-buru. Dia berjalan merentasi renungan-renungan tajam tersebut. Jun Wu Xie seolah-olah terpisah dari dunia luar dan hanya berjalan bersendirian dengan Fan Jin di sisinya.

Keadaan Jun Xie yang tetap tenang itu membuatkan mereka yang menunggu untuk melihat dia dalam keadaan panik, terus kecewa.

Cemuhan dan kejian dilemparkan pada Jun Xie tanpa henti tapi dia langsung tidak membalas atau memberikan sebarang reaksi. Matanya hanya tertumpu ke hadapan.

Kekecohan kerumunan pelajar itu berterusan. Guru besar Akademi Zephyr, Fan Qi, tiba-tiba muncul di hadapan dataran. Dia kelihatan tinggi dan megah, berdiri di hadapan semua pelajar akademi itu sambil wajah tampannya menguntum senyuman.

"Bukan saya yang mahu mengumpulkan kamu semua di sini, tetapi Gu Li Sheng dari fakulti Pemulih Roh yang mahu buat begitu. Hari ini, dia ada sesuatu yang mahu dikongsikan dengan kamu." Fan Qi menerangkan sambil tersenyum. Kemudian dia berundur selangkah untuk mengosongkan ruang di hadapan kerumunan pelajar tersebut.

Tuhan saja yang tahu berapa banyak insiden yang telah melanda Akademi Zephyr secar berturut-turut. Dia buntu bagaimana mahu mengatasinya. Kini apabila Gu Li Sheng menawarkan diri, Fan Qi berbesar hati menyerahkan isu ini padanya dan tidak lagi menyusahkan dirinya sendiri.

Gu Li Sheng berjalan perlahan-lahan sambil ditenung penuh harapan oleh para pelajar lain. Dia memakai jubah broked berwarna biru nilam dengan sekeping jed yang cantik tergantung di pinggangnya. Dia kelihatan seperti lelaki budiman yang bergaya dan lemah lembut. Namun aura di sekelilingnya membuatkan orang lain berwaspada untuk mendekatinya lalu menjauhkan diri daripadanya.

Penampilan Gu Li Sheng membuatkan kerumunan pelajar itu semakin riuh telah diredakan oleh pengumuman Fan Qi tadi.

Ramai yang telah meneka sejak awal lagi bahawa Gu Li Sheng berniat mahu membalas dendam ke atas kematian Li Zi Mu. Sebab itulah dia bersungguh-sungguh berusaha untuk mengumpulkan semua orang dari akademi ini. Namun sebelum Gu Li Sheng benar-benar muncul, ramai yang masih ragu-ragu dalam diam.

Tetapi kini Gu Li Sheng sendiri sudah berdiri di hadapan mereka. Hal ini semakin mengukuhkan andaian-andaian yang dibuat tadi!

Ramai pelajar yang tanpa sedar telah berpaling untuk memandang Jun Xie. Tanggapan di minda mereka begitu jelas tanpa perlu disuarakan.

Namun begitu, Jun Xie sekali lagi mengecewakan para pelajar Akademi Zephyr ini dengan reaksinya. Matanya masih kelihatan dingin dan dia langsung tidak peduli untuk memandang mereka. Wajah kecil yang tidaklah tampan itu menampilkan ekspresi yang menggerunkan, tetapi tidak menunjukkan sebarang emosi lain.

Gu Li Sheng berdiri di hadapan semua pelajar yang berkumpul itu. Dia memandang mereka semua sebelum berkata dengan suara yang serius, "Diam."

Dengan pantas, segala bisikan dan rungutan terus terhenti.

Tiada siapa berani melawan pencipta Teknik Pemulihan Roh dan menyinggung perasaannya. Jika mereka berbuat begitu, nasib mereka lebih buruk daripada disingkirkan dari Akademi Zephyr.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C585
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄