下載應用程式
64.83% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 577: Pembunuhan Rakan Pelajar (5)

章節 577: Pembunuhan Rakan Pelajar (5)

編輯: EndlessFantasy Translation

Fan Jin merasakan mindanya berkecamuk. Dia benar-benar mahu memberitahu pemuda-pemuda jahil ini yang mereka sudah pun tersilap sejak awal lagi. Sejak permulaan semua ini, Jun Wu Xie yang sebenarnya telah menjadi mangsa!

Hakikatnya, Li Zi Mu diterima masuk ke Fakulti Pemulih Roh disebabkan oleh Jun Wi Xie. Li Zi Mu dapat menarik perhatian Gu Li Sheng juga adalah disebabkan oleh Jun Wu Xie.

Kalau bukan kerana Jun Wu Xie, tak ada sesiapa di Akademi Zephyr ini yang akan memberikan perhatian pada Li Zi Mu!

Realitinya, Li Zi Mu yang telah merampas kedudukan Jun Wu Xie. Tetapi dia masih lagi secara terang-terangan menggunakan nama Jun Wu Xie untuk meningkatkan lagi kedudukannya. Tindakan yang langsung tidak tahu malu dan dia juga tidak berasa kesal sedikit pun. Tetapi para pelajar Akademi Zephyr masih memilih untuk mempercayai apa yang mereka dengar. Keadaan ini membuatkan Fan Jin benar-benar berang.

"Berambus! Keluar dari sini sekarang!" Fan Jin menjerit marah. Wajahnya menjadi kemerah-merahan. Pada ketika ini, Fan Jin yang biasanya sabar itu juga berasa gatal tangan untuk membunuh mereka.

Para pemuda itu menjadi muram dan merenung Fan Jin dengan perasaan tidak puas hati. Mereka mahu terus bertengkar, tetapi apabila terlihat Fan Jin sedang menggigil menahan kemarahan, mereka terkejut. Senyap-senyap mereka menelan air liur sebelum tergopoh-gapah lari dari situ.

Selepas para pemuda itu sudah pergi, satu lagi susuk tubuh muncul dari sisi. Orang itu melangkah keluar dari sebalik pokok-pokok buluh yang tinggi. Badannya dibongkokkan dan wajahnya kelihatan kecewa.

"Tuan Muda Sulung….." Ah Jing tergagap-gagap ketakutan sambil memandang Fan Jin yang sedang meradang.

"Ah Jing?" kata Fan Jin sambil berkerut. Sejak Fan Zhuo menghalau Ah Jing dari sini, dia tidak bertemu lagi dengan Ah Jing walau sekali.

Ah Jing kelihatan lesu dan cengkung. Matanya yang sedang memandang Fan Jin itu penuh dengan perasaan sayu.

"Tuan Muda Sulung…..kenapa Tuan Muda menyeksa diri sebegini?"

"Ah Jing, kamu nak cakap apa ni?" Fan Jin dapat merasakan dia akan sakit kepala sebentar lagi.

Ah Jing menarik nafas dan mengangkat kepalanya untuk memandang Fan Jin.

"Tuan Muda Sulung, semua orang boleh lihat yang Jun Xie itu menyimpan niat jahat. Mengapa Tuan Muda masih melindunginya? Dia sudah pun membunuh Li Zi Mu! Pemuda keji seperti itu mesti dihukum bunuh! Tun Muda tak boleh benarkan dia berada di hutan buluh ini lagi. Kalau dia mengapa-apakan Tuan Muda Kedua, apa yang kita mampu lakukan…."

"Sudah!" Fan Jin menjerit dengan kuat, menghentikan Ah Jing sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya.

"Ah Jing, kali ini saya hanya akan anggap kamu cakap begini sebab kamu setia pada Fan Zhuo. Saya tak akan ambil apa-apa tindakan. Tapi kalau saya dengar kata-kata sebegini dari kamu lagi, saya tak akan lepaskan kamu!" Fan Jin benar-benar sudah hilang sabar kali ini. [Apa yang tak kena dengan orang-orang di Akademi Zephyr ini? Kenapa mereka mahu menghukum bunuh Jun Wu Xie hanya disebabkan khabar angin yang tidak berasas?]

Berapa ramai dalam kalangan mereka yang telah berinteraksi dengan Jun Wu Xie?

Begitu sedikit bilangan mereka yang pernah bercakap dengan Jun Wu Xie sendiri tetapi mereka semua sudah bersedia untuk menganggap dia sebagai pembawa kesengsaraan yang ganas dan mereka tak sabar-sabar mahu menyingkirkan dia!

"Tuan Muda Sulung, tolonglah jangan terus membutakan mata…." Ah Jing terus mendesak.

Fan Jin sudah hilang sabar untuk terus mendengar Ah Jing merepek. Dia menggenggam kolar baju Ah Jing dan mencampakkannya keluar dari hutan buluh itu.

Ah Jing jatuh terduduk di atas tanah. Dia merenung kosong. Sambil melalui kawasan tersebut, para pelajar dari pelbagai arah memandang Ah Jing dengan perasaan ingin tahu 

Sewaktu dia memandang Fan Jin yang berlalu menuju ke hutan buluh itu, suara Ah Jing yang sayu tiba-tiba kedengaran dengan kuat.

"Tuan Muda Sulung! Tuan Muda Kedua benar-benar menghormati Tuan Muda sebagai abang! Kenapa Tuan Muda cuba mengapa-apakan dia!? Kenapa Tuan Muda bawa Jun Wu Xie yang langsung tidak bermoral itu lebih dekat dengan Tuan Muda Kedua!? Tuan Muda Sulung! Adakah ini caranya Tuan Muda membalas kepercayaan Tuan Muda Kedua? Beginikah Tuan Muda Sulung membalas jasa Guru Besar yang terhormat itu setelah dia membesarkan Tuan Muda sehingga kini!?"

Ah Jing sudah hilang kewarasannya. Dia duduk di atas tanah itu sambil menangis dan melolong. Kata-katanya itu membuatkan mata para pelajar yang lalu-lalang mula terbeliak akibat terkejut.

Itu Ah Jing! Orang suruhan yang telah berkhidmat dengan Fan Zhuo sejak Fan Zhuo masih kecil lagi!

Kata-kata yang keluar dari mulut Ah Jing hari ini merupakan pendedahan yang mengejutkan dan boleh diibaratkan seperti panahan petir yang memeranjatkan pada semua orang di dalam Akademi Zephyr.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C577
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄