下載應用程式
63.25% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 563: Lelongan untuk Orang Kaya (2)

章節 563: Lelongan untuk Orang Kaya (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Eliksir ini benar-benar popular dalam kalangan orang ramai?" tanya Qiao Chu sambil memakai kasut. Matanya penuh harapan.

"Mestilah! Dalam dunia ini, orang yang mampu menghasilkan eliksir berkualiti tinggi hanya datang daripada beberapa puak tertentu. Sejak Kumpulan Qing Yun tiba-tiba lenyap, bekalan eliksir di pasaran amat berkurangan. Beberapa puak lain yang selama ini ditenggelami Kumpulan Qing Yun dan reputasi mereka sebagai pengeluar eliksir turut disekat, tiba-tiba mendapati tuah mereka berubah. Mereka lebih dikenali dan dihormati. Malah dewan perubatan dan kedai-kedai ubat biasa juga sudah meningkatkan harga eliksir sehingga berlipat ganda." Orang suruhan itu menyedari Qiao Chu nampak berminat dengan topik itu jadi dia membebel tanpa henti.

Kumpulan Qing Yun mungkin jahat dan sudah melakukan pelbagai perbuatan terkutuk, tetapi kumpulan ini sangat besar dan mampu menghasilkan sejumlah eliksir yang banyak pada setiap bulan. Selain eliksir yang dihasilkan oleh dua belas Tuan Tua kumpulan itu, para pelajar di Rumah Dalaman turut membekalkan sejumlah besar eliksir dan ubat-ubatan ke seluruh dunia.

Walaupun eliksir dan ubat-ubatan tersebut tidak bergred tinggi, jika dibandingkan dengan herba dan ubatan biasa yang dijual di dewan perubatan dan kedai ubat, eliksir-eliksir yang dihasilkan oleh Kumpulan Qing Yun ini lebih baik kualitinya. Reputasi Kumpulan Qing Yun sebagai puak terkuat juga telah membuatkan bekalan eliksir mereka mendapat permintaan yang tinggi.

Sebab itulah kehilangan Kumpulan Qing Yun itu secara tiba-tiba itu telah mengakibatkan kekurangan bekalan eliksir yang serius.

Bukan sahaja bekalan eliksir gred tinggi yang berkurangan, bekalan eliksir gred rendah juga sama.

Kuantiti eliksir yang tidak mencukupi ini telah menyebabkan orang ramai mula membeli segala bekalan yang mereka dapat cari.

Banyak puak-puak lain yang menghasilkan eliksir sudah bersekutu atau menyertai pelbagai kuasa besar. Eliksir terbaik yang puak-puak ini hasilkan biasanya diberikan kepada sekutu masing-masing. Hanya sebahagian kecil eliksir lebihan atau yang bergred rendah akan dijual pada pihak luar.

Selain puak-puak tersebut, individu yang hebat dalam penghasilan eliksir pula sama ada datang daripada keluarga berpengaruh atau turut direkrut oleh kuasa-kuasa besar. Jumlah eliksir yang dapat mereka hasilkan juga jauh lebih sedikit.

Sebaik seseorang yang berbakat dalam penghasilan eliksir itu ditemui, wakil-wakil pelbagai kuasa besar akan bergegas untuk merekrutnya.

Kini semakin sukar untuk membeli eliksir dan ubat-ubatan berkualiti.

Sebab itulah apabila Rumah Lelong Chan Lin menyebarkan berita yang mereka mempunyai eliksir untuk dijual, mereka berjaya menarik perhatian begitu ramai orang. Rumah lelong yang cukup besar dan luas itu sudah pun menunjukkan tanda-tanda tidak mampu menampung kerumunan orang ramai yang telah datang untuk menyertai lelongan tersebut.

"Kalau Tuan Muda sekalian berminat dengan eliksir ini, silalah buat bidaan sewaktu lelongan nanti. Bos dah beritahu kami lebih awal tentang eliksir-eliksir tu. Disebabkan permintaan pelanggan yang menjualnya, rumah lelong ini tidak dapat memberikan kelebihan istimewa untuk tuan-tuan yang dihormati ini untuk mendapatkannya." Orang suruhan itu dapat melihat yang Qiao Chu kelihatan berminat dengan eliksir-eliksir itu lalu memberikan penjelasan.

Kalau barang yang dilelong hari ini biasa-biasa sahaja, He Chang Le mungkin boleh menggunakan kedudukannya sebagai pemilik rumah lelong ini untuk memberikan keistimewaan pada mereka. Tapi kali ini, untuk barangan berharga seperti ini, dia tidak dapat berbuat begitu.

Qiao Chu ketawa dan melambaikan tangannya pada orang suruhan itu, mengisyaratkan untuk orang itu untuk meninggalkan bilik mereka.

"Kalau saya berminat, kamu fikir saya perlu beli? Saya hanya perlu meminta eliksir daripada Jun Xie." Qiao Chu tersenyum sambil memandang Jun Wu Xie yang langsung tidak terkesan.

"Jun Xie setuju tak?"

Jun Wu Xie menjeling Qiao Chu lalu berpaling. Dia enggan menjawab pertanyaan yang dungu dan tak munasabah ini.

Sedikit pun tidak terasa hati dengan layanan dingin Jun Wu Xie, Qiao Chu merapatkan diri pada Hua Yao pula dan bertanya, "Abang Hua, berapa banyak eliksir yang Jun Xie berikan untuk dijual pada lelongan ini?"

Hua Yao menjawab, "Tujuh botol."

"Tujuh botol…. Hmm…..kalau satu botol dapat dijual dengan harga seratus ribu tahil, kita sudah boleh dapat tujuh ratus ribu tahil!" Qiao Chu menelan air liur memikirkan jumlah itu. Dia menganggarkan harga tersebut berdasarkan "penipuan" mereka sewaktu menjual eliksir di hadapan pintu pagar Akademi Zephyr sebelum ini.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C563
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄