下載應用程式
63.03% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 561: Cenuram Penghujung Syurga (8)

章節 561: Cenuram Penghujung Syurga (8)

編輯: EndlessFantasy Translation

Fan Zhuo mengangkat sebelah keningnya lalu berkata, "Kalau begitu, saya pun mahu sertai kamu."

Qiao Chu menguntum senyuman lebar.

"Kamu benar-benar maksudkannya?"

"Tentulah." Fan Zhuo mengangguk lalu berpaling memandang Jun Xie, "Kamu bukan anak yatim dari Istana Dua Belas. Kenapa kamu pun terlibat sekali dalam hal ini?"

Jun Wu Xie mengangkat kepalanya dan membalas dengan tenang, "Untuk balik ke rumah."

Fan Zhuo kelihatan bingung.

Jun Wu Xie tiba-tiba mengangkat tangannya dan kabus mula muncul di hujung jarinya. Kabus itu mula memejal di satu sudut berdekatan Jun Wu Xie, perlahan-lahan membentuk satu susuk tubuh kecil.

"EMBEK!!" Tuan Embek Embek yang tersandar malas di satu sisi dengan senyap, tiba-tiba berdiri melihatkan susuk tubuh tersebut. Matanya bersinar-sinar dengan terang!

[Sungguh…WANGI!]

"Argh! Jangan gigit saya!" Teratai Kecil baru sahaja muncul dan Tuan Embek Embek sudah menerkamnya dan menekan tubuh gempal Teratai Kecil itu ke lantai. Mereka semua memandang tubuh Tuan Embek Embek yang bulat berbulu itu duduk di atas Teratai Kecil sambil menjilat-jilat muka tembam Teratai Kecil itu tanpa henti.

Pada ketika itu, Teratai Kecil mula menangis akibat "serangan" ini.

Dia dapat merasakan niat mahu membahamnya yang terpancar dengan kuat daripada Tuan Embek Embek!

Roh jenis tumbuhan memang sangat peka dengan keinginan haiwan herbivor.

Mata Fan Zhuo terbeliak merenung Teratai Kecil yang tidak berdaya menahan seksaan Tuan Embek Embek.

"Roh berkontrak Jun Xie ini adalah roh jenis tumbuhan," Qiao Chu membantu menerangkan.

Akhirnya barulah Fan Zhuo faham. Semua orang di Alam Pertengahan tahu benar betapa roh jenis tumbuhan amat menarik perhatian Istana Dua Belas. Orang yang tidak bersalah akan dituduh sebagai penjenayah hanya kerana memiliki harta berharga yang diinginkan oleh orang lain. Roh berkontrak jenis tumbuhan milik Jun Wu Xie ini pasti akan menyebabkan dia diburu tanpa henti.

Kalau Jun Wu Xie mahu terus hidup, dia perlu menjadi lebih kuat daripada Istana Dua Belas dan membuatkan mereka tidak berani menginginkan roh berkontraknya.

Fan Zhuo ketawa terbahak-bahak. Matanya berkilauan.

"Maksudnya, semua orang di dalam bilik ini merupakan musuh Istana Dua Belas?"

"Ya, betul," balas Hua Yao sambil mengangguk mengiakan.

"Kalau begitu, mari dapatkan harta karun Maharaja Kegelapan dan gunakan semuanya dengan baik!" Setelah berkata begitu, Fan Zhuo mengambil beg broked pada pinggangnya dan membuka beg tersebut. Satu peta yang usang serta koyak-rabak dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

Lakaran yang terdapat pada peta amat menyerupai peta yang ada pada mereka!

Fan Zhuo menjelaskan, "Ibu bapa saya turun bersama-sama dari Puncak Penghujung Syurga. Sebahagian peta ke makam Maharaja Kegelapan turut dicacah pada belakang badan ibu saya. Selepas ayah saya pulang ke Istana Dua Belas, dia tidak kembali semula dalam tempoh masa yang lama. Ibu saya syak ada sesuatu yang tak kena telah berlaku jadi dia memotong peta ini daripada belakang badannya dan menyerahkan peta ini pada saya untuk disimpan. Peta makam Maharaja Kegelapan sebenarnya tidak lengkap sejak dari mula lagi kerana orang yang sampai ke makam itu sebenarnya berjumlah lapan orang, bukannya tujuh."

Bahagian terakhir peta makam Maharaja Kegelapan itu pula berada pada tangan Fan Zhuo. Dia satu-satunya anak kecil keluarganya yang berjaya selamat biarpun diburu oleh Istana Dua Belas tanpa henti.

Penemuan terbaru ini mengejutkan Qiao Chu dan yang lain.

"Sebelum ini kami mendapat tahu ada seseorang di Akademi Zephyr yang ada kaitan dengan Istana Dua Belas. Pihak-pihak istana itu telah menyerahkan bahagian peta masing-masing kepada kuasa atau kumpulan yang mereka pupuk di Alam Bawahan. Bahagian peta yang kamu pegang ini bukan milik Istana Dua Belas, jadi….ayah kamu ada memegang satu lagi bahagian?" Selepas mendapati mereka mempunyai matlamat yang sama, Hua Yao merasakan mereka tidak perlu berahsia lagi.

Fan Zhuo menggelengkan kepala.

"Ayah angkat saya tidak ada hubungan dengan Istana Dua Belas. Dia tahu identiti sebenar saya, jadi mustahil dia akan berhubung dengan mereka. Jika maklumat yang kamu terima itu benar, orang yang ada kaitan dengan Istana Dua Belas itu ialah orang lain, bukannya ayah saya."

Kalau bukan Fan Qi, siapa orangnya?

Tiba-tiba Hua Yao dan rakan-rakannya mendapati mereka perlu menilai semula pilihan yang ada.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C561
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank 200+ 推薦票榜
    Stone 0 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄

    tip 段落評論

    段落註釋功能現已上線!將滑鼠移到任何段落上,然後按下圖示以添加您的評論。

    此外,您可以隨時在「設置」 中將其關閉/ 打開。

    明白了