下載應用程式
59.77% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 532: Burung Merpati Menyusup ke Sarang Murai (3)

章節 532: Burung Merpati Menyusup ke Sarang Murai (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Tangan Fan Zhuo yang sedang memegang sudu itu menjadi kaku dan badannya yang lemah itu ditegakkan. Dia tidak mengangkat kepalanya, tetapi diam beberapa ketika sebelum berkata dengan suara yang sebak, "Apa yang boleh saya katakan pada mereka? Tanpa bukti, ayah dan abang saya tak mungkin akan percaya. Kalau hal ini sampai ke telinga orang itu pula, semakin giatlah usahanya untuk membunuh saya. Bukankah lebih baik saya hidup lebih lama sedikit dan menantikan keajaiban?"

Nada suara Fan Zhuo tidak bersahaja seperti selalu. Suara yang tertahan-tahan dan bernada sayu itu membuatkan orang lain sedih mendengarnya.

"Fan Qi begitu percayakan orang itu?" tanya Jun Wu Xie sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Orang itu pernah menyelamatkan nyawa Ayah dahulu. Jadi Ayah sering meletakkan kepentingan orang itu melebihi dirinya. Saya sudah lama tahu ada orang cuba membunuh saya, cuma saya tak tahu dari mana datangnya ancaman ini. Tak ada tanda, tak ada bukti. Ayah tak mungkin percaya hanya berdasarkan kata-kata saya." Fan Zhuo akhirnya mengangkat kepalanya. Wajahnya yang tampan tidak menunjukkan senyuman yang lembut seperti biasa. Sebaliknya, dia kelihatan dingin. Renungan matanya tajam, bersinar-sinar seperti cahaya pada bilah pedang.

Kalau dia tidak yakin dapat mengalahkan musuhnya dengan satu serangan, dia tidak akan bertindak. Dia tidak mahu membuatkan musuhnya berwaspada sehingga mungkin membuatkan dirinya terkorban.

"Jadi, kenapa kamu bertindak sekarang?" tanya Jun Wu Xie.

Fan Zhuo merenung Jun Xie. Wajahnya yang suram tiba-tiba berseri-seri dan dia tersenyum lebar.

"Sebab kamu ada di sini."

Jun Wu Xie terkebil-kebil.

"Sebaik kamu bertemu abang saya, kamu sudah pun digunakan sebagai alat untuk merosakkan reputasinya. Kamu tidak mungkin akan membiarkan penjahat-penjahat itu terlepas. Saya tahu kamu akan membalas dendam satu hari nanti. Saat kamu memulakan langkah, saat itu juga saya akan bebas." Senyuman Fan Zhuo amat manis. Kemunculan Jun Wu Xie membolehkan dia mendapat satu sedikit sinar harapan. Satu hari nanti, dia tidak perlu hidup dalam persembunyian.

"Kamu lebih bijak berbanding abang kamu." Jun Wu Xie merenung Fan Zhuo. Dia tidak percaya yang Fan Zhuo hanya akan duduk diam menanti kematiannya selama ini. Tentu dia ada merancang sesuatu. Tetapi rancangannya pasti memerlukan tempoh persiapan yang lama dan kehadiran Jun Wu Xie telah mempercepatkan segala-galanya.

"Abang saya terlalu baik dan sedikit naif. Dia sering cuba melihat kebaikan dalam diri orang lain. Kalau dia tidak lihat sendiri, dia tidak akan percaya dan menganggap semuanya sebagai salah faham sahaja." Fan Zhuo mengangkat bahu. Dia faham benar sikap abangnya itu.

"Kalau Ning Xin tahu kamu berpeluang untuk sembuh, mungkin dia tidak lagi cuba untuk membunuh kamu," kata Jun Wu Xie dengan tenang.

Apa yang pasangan anak-beranak Ning itu mahukan akan dapat mereka capai melalui Fan Zhuo.

Senyuman Fan Zhuon langsung tidak berubah.

"Macam mana kalau saya bukan waris sebenar?"

Jun Wu Xie terkejut.

Fan Zhuo berdiri lalu menolak hidangan berubat yang sudah sejuk itu.

"Jika identiti sebenar saya ialah ibarat burung merpati yang menyusup masuk ke sarang murai dan Fan Jin sebenarnya dari keturunan Keluarga Fan, mungkinkah Ning Xin dan ayahnya masih berfikiran begitu?"

Kening Jun Wu Xie semakin terangkat. Menarik betul berita ini.

Mata Fan Zhuo masih merenung Jun Wu Xie dan kemesraan yang terpancar semakin mendalam.

"Ayah dan Abang, kedua-duanya orang yang baik. Tanpa mereka, saya tak mungkin dapat hidup di dunia ini. Mereka membiarkan merpati menyusup ke sarang murai demi membalas budi yang telah mereka terima. Setelah hal Keluarga Ning ini selesai sepenuhnya, identiti istimewa sebagai waris sah Guru Besar ini mestilah dipulangkan semula."

Sebab itulah Fan Zhuo bertahan tanpa berkata apa-apa. Dia memikirkan perasaan anak-beranak Fan dan mahu membalas kebaikan mereka yang tidak mementingkan diri.

Jun Wu Xie merenung Fan Zhuo sambil berfikir. Nampaknya sebelum Fan Zhuo bertemu dengannya, dia sudah pun berputus asa untuk terus hidup. Pasti Fan Zhuo sudah tahu yang tubuh badannya tidak dapat bertahan lama lagi. Dia cuba sedaya upaya untuk membolehkan anak-beranak Fan itu tahu tentang niat jahat Keluarga Ning.

Fan ZHuo menggunakan jangka hayatnya yang pendek itu untuk membalas kebaikan Keluarga Fan yang telah membesarkannya.

Anak muda ini agak menarik.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C532
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄