下載應用程式
59.32% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 528: Tiba-tiba Menjadi Ramah (3)

章節 528: Tiba-tiba Menjadi Ramah (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Abang Fan Zhuo, ini…..?" Ning Xin cuba menenangkan dirinya. Dia membuatkan dirinya seolah-olah kelihatan bingung.

Fan Zhuo menjawab ringkas, "Ini Jun Xie."

Itu sahaja. Nampaknya dia tidak berniat untuk memperkenalkan Jun Xie kepada Ning Xin dengan lebih lanjut.

Namun begitu, Ning Xin dengan mesranya melangkah ke hadapan dan memberikan senyuman paling mesra lalu berkata, "Jadi kamulah Jun Xie. Saya dengar ada orang tinggal di sini bersama-sama Abang Zhuo dan berasa ingin tahu. Saya agak sesiapa yang Abang Zhuo pilih untuk menjadi kawan, pastinya orang yang baik. Hari ini setelah melihat kamu, benarlah anggapan saya itu."

Suara Ning Xin begitu lembut dan menyentuh hati. Senyumannya mesra dan ikhlas.

Walau bagaimanapun Jun Wu Xie tidak tersentuh. Dia membalas dengan kasar, "Jadi Senior Ning tentunya buta."

Jun Wu Xie mempunyai personaliti yang baik?

Yalah tu.

Senyuman di wajah Ning Xin menjadi kaku. Dia tidak menyangka Jun Xie akan bercakap kasar dengannya.

Fan Zhuo nampaknya tidak menyedari keadaan kekok Ning Xin lalu berkata sambi tersenyum. "Personaliti Jun Xie ini agak dingin dan dia tidak suka bergaul dengan orang. Harap Ning Xin tak ambil hati."

Cara Fan Zhuo mengatakannya seolah-olah ingin membantu NIng Xin agar tidak berasa malu. Sebenarnya, dia mengikut rentak Jun Xie dan memberikan "tamparan" pada Ning Xin.

Sekali pandang sahaja Ning Xin boleh tahu yang Jun Xie ini baik orangnya? Mungkin betul kata Jun Xie. Ning Xin memang buta.

Bibir NIng Xin dirasakan kaku. Tetapi mujurlah dia sudah biasa berpura-pura di hadapan orang lain. Ning Xin berjaya menyembunyikan perasaan malunya dan terus tersenyum dengan berseri-seri.

"Merepeklah. Saya tetap rasa Jun Xie ni mesra orangnya."

Jun Wu Xie mengangkat sebelah keningnya sedikit lalu berkata, "Nampaknya Senior Ning tak sedar tentang reputasi saya dalam kalangan orang-orang di akademi?"

Nama Jun Xie begitu terkenal dan sudah tersebar ke seluruh Akademi Zephyr. Malah Ah Jing yang dahulunya tinggal di hutan buluh itu yang terasing itu juga pernah mendengar namanya. Apatah lagi Ning Xin yang tinggal di akademi tersebut.

Lakonannya gagal!

Ning Xin tidak pernah bercakap dengan Jun Xie sebelum ini. Dia menyangkakan Jun Xie menyendiri kerana telah dipulaukan. Ning Xin tidak pernah menyangka yang baru sahaja berbual sepatah dua, pipinya sudah berasa perit.

Kata-kata budak tak guna ini begitu tajam dan mencucuk-cucuk Ning Xin tanpa henti!

Ning Xin menarik nafas dan cepat-cepat cuba mengingat kembali jika dia pernah bersua muka dengan Jun Xie sebelum ini. Setelah dia cuba mengingat sehabis baik sekalipun, dia tidak fikir situasi seumpama itu pernah berlaku. Akhirnya Ning Xin membuat kesimpulan yang Jun Xie pasti sudah tahu tentang hubungan Yin Yan dengannya. Sebab itulah Jun Xie begitu kasar dengannya kini.

Setelah dapat menentukan sebabnya, Ning Xin akhirnya dapat bertenang.

"Khabar angin itu tak patut dipercayai! Sekarang ini pun ada banyak khabar angin jahat tentang saya di Akademi Zephyr. Tetapi orang yang tidak bersalah, pasti tahu mereka tidak bersalah. Khabar angin yang tersebar itu hanya akan membuktikan kebaikan kamu. Abang Zhuo pasti sudah tahu kamu ini bagaimana orangnya sebelum dia benarkan kamu tinggal di sini. Dia juga kenal siapa saya. Tak mungkin saya percayakan khabar-khabar angin itu. Kenapa kita perlu bersedih disebabkan hal remeh seperti ini?" Dalam usaha untuk membuatkan Jun Xie lebih rapat dengannya, Ning Xin mendedahkan masalah dirinya sendiri dan berharap dia akan mendapat simpati kerana kini berada dalam situasi yang sama dengan Jun Xie. Dia mahu mematahkan permusuhan yang Jun Xie rasakan terhadapnya.

Pada masa yang sama, dia cuba melepaskan diri. Jika pada masa hadapan, Jun Xie atau Fan Zhuo ada mendengar apa-apa yang buruk tentang Ning Xin di akademi, mereka akan menganggap semuanya sekadar hal-hal yang merepek.

Ning Xin sentiasa berbangga dengan kemahirannya dalam menjalankan rancangan jahatnya. Namun dia tidak sedar yang kali ini, dia bukan tandingan Jun Wu Xie yang tajam akal itu.

Jun Wu Xie memerhatikan lakonan Ning Xin dengan mata yang dingin. "Tapi macam mana kalau apa yang mereka katakan tu benar?"

Ning Xin kaku sekali lagi.

"Saya memang bukan orang yang baik pun." Jun Wu Xie berasa gembira dengan sindiran demi sindiran yang dilemparkan pada Ning Xin.

Permainan ini baru bermula dan dia mahu lihat betapa gelisahnya Ning Xin.

Ning Xin menarik nafas lega setelah menyedari yang Jun Xie bercakap tentang dirinya sendiri, bukan Ning Xin. Tetapi sebelum dia boleh melepaskan keluhan lega, dia tiba-tiba berasa seperti tercekik dan panik. Dalam dunia ni, siapa yang begitu mengutuk diri seperti itu?

Ning Xin sudah banyak mengucapkan kata-kata mesra untuk menenangkan situasi ini, tetapi Jun Xie tetap menyatakan tanpa teragak-agak yang semua khabar angin tentang dirinya itu benar. Bagaimana Ning Xin mahu membalasnya?


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C528
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄