下載應用程式
59.1% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 526: Tiba-tiba Menjadi Mesra (1)

章節 526: Tiba-tiba Menjadi Mesra (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Lu Wei Jie telah memberitahu hal sebenar kepada Long Qi secara terperinci. Jadi, jika Ning Rui berniat mahu menggunakan hakikat yang mereka telah menyingkirkan lebih dua puluh orang pelajar bagi mendiamkan hal ini, tengok sahajalah sama ada Long Qi akan percayakan mereka!

"Hari ini saya akan menyatakan yang saya dan saudara-saudara saya ini akan memutuskan hubungan dengan Akademi Zephyr! Saya, Lu Wei Jie, enggan menurut sahaja keputusan akademi yang mengamalkan penipuan dan kronisme ini! Hari ini saya mengumumkan bukannya Akademi Zephyr yang telah menyingkirkan kami, tetapi kami yang memilih untuk tidak terus berada di tempat yang jijik dan tercemar ini!" kata Lu Wei Jie dengan tegas. Setelah berkata begitu, dia terus berpusing untuk berlalu pergi, sekali pun dia tidak menoleh. Dia enggan melihat tempat itu walau seketika lagi.

Semua pelajar yang telah disingkirkan dari Akademi Zephyr mengikut jejak langkahnya. Mereka meninggalkan pelbagai soalan dan andaian yang kini mula muncul pada pelajar-pelajar Akademi Zephyr yang lain.

Kekecohan mula tercetus di Akademi Zephyr pada ketika itu. Semua orang mula melontarkan pendapat dan versi cerita masing-masing mengenai situasi yang berlaku.

Sementara itu, susuk tubuh kecil molek yang berdiri di belakang kerumunan para pelajar itu menyelinap pergi dari situ sambil memegang seekor kucing hitam kecil dalam pelukannya.

Nampaknya Lu Wei Jie itu tidaklah terlalu dungu. Dia tidak membiarkan Akademi Zephyt meletakkan semua beban kesalahan itu ke atas dirinya. Sebaliknya, dia telah memilih untuk mendedahkan semua perkara sebenar dan melangkah pergi dengan kemarahan akibat keadaan yang tidak adil ini. Ini sekaligus melenyapkan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Dengan pertaruhan itu, dia mungkin masih memiliki sedikit peluang untuk menebus masa depannya.

Sekurang-kurangnya dia faham kerugian yang bakal ditanggungnya.

Jun Wu Xie hilang di celah-celah kerumunan pelajar tersebut. Dia tahu selepas kejadian hari ini, tak kiralah betapa berkebolehannya Ning Xi, gadis itu tidak akan dapat memadamkan segala perasaan syak dan ragu-ragu yang terbit di hati para pelajar Akademi Zephyr. Hakikatnya, dia masih di sini sedangkan Lu Wei Jie dan para pemuda lain itu telah dipaksa meninggalkan akademi.

Persembahan ini baru saja bermula. Mampukah Ning Xin bertahan dengan apa yang bakal berlaku seterusnya?

Tidak lama kemudian, ucapan Lu Wei Jie itu telah sampai ke telinga Ning Xin. Dia hampir meradang tetapi dia sedar yang tindakan Lu Wei Jie ini ialah taruhan terakhir pemuda itu serta merupakan satu bentuk pembalasan dendam ke atas Ning Xin.

Khabar angin yang tersebar di dewan-dewan Akademi Zephyr kini ialah Ning Xin melakukan cubaan bunuh untuk merompak dan apabila dia gagal, dia membiarkan pelajar-pelajar lain dihukum demi melepaskan diri sendiri.

Tiba-tiba reputasi Ning Xin jatuh dari kedudukan setinggi langit ke tanah berlumpur!

Ning Xin langsung tidak berani meninggalkan biliknya. Sudahlah dia berasa sangat bimbang yang Long Qi tidak akan membiarkan hal ini didiamkan begitu sahaja, kini Lu Wei Jie pula mengkhianatinya dengan begitu teruk sehinggakan suara-suara di dalam akademi itu mula bangkit sebagai tanda bantahan. Ramai anak-anak muda yang selama ini memuja dan mengagumi Ning Xin, kini berubah hati akibat khabar-khabar angin tersebut. Mereka membencinya dan menganggap dia sebagai perempuan sihir yang cantik tetapi kejam.

Ning Rui mahu membantu menyelamatkan reputasi Ning Xin yang sudah musnah itu lalu menyuruh beberapa orang pelajar menyebarkan khabar angin yang Lu Wei Jie telah gagal memenangi hati Ning Xin dan setelah ditolak, pemuda itu menyimpan perasaan benci terhadapnya. Apabila Lu Wei Jie disingkirkan akibat kesalahan yang dilakukannya, dia cuba mencemarkan nama Ning Xin sebelum berlalu pergi.

Khabar angin palsu itu mungkin meredakan keadaan sedikit dan sesetengah para pelajar yang mudah dimanipulasi mula mempercayainya. Tetapi majoriti pelajar di akademi itu masih ragu-ragu dan berasa syak. Walaupun mereka tidak berdebat tentang isu ini secara terang-terangan, mereka masih mengadakan perbincangan hangat mengenai isu ini secara diam-diam.

Kali ini, Ning Xin tidak boleh lagi mengekalkan imej sempurnanya di mata para pelajar lain.

Kegemilangan masa lalunya mula dilupakan. Jika dia berani muncul di hadapan para pelajar Akademi Zephyr, dia tidak lagi disapa dengan pandangan memuja dan penuh kagum. Sebaliknya, dia akan berhadapan dengan mata-mata yang penuh kesangsian dan syak wasangka.

Walaupun dia tidak dituduh secara terang-terangan, layanan yang terpaksa dihadapinya ini bagaikan neraka bagi seseorang yang sudah terbiasa semua kehendaknya ditunaikan. Ning Xin tidak putus-putus mencari cara untuk keluar daripada masalah ini, tetapi tidak mampu memikirkan apa-apa cara yang sesuai. Dia hanya mampu memaksa dirinya berpura-pura tenang dan memendamkan segala suara-suara penuh tuduhan itu jauh di dalam hatinya. Tetapi apabila berseorangan, dia melepaskan marah dengan memecahkan seramik dan porselin serta menngoyakkan sulaman dan tapestri yang tidak terkira banyaknya.

Lu Wei Jie, kamu memang berani!

Ning Xin mengetap gigi. Dia tidak dapat menghentikan semua khabar angin tersebut tetapi masih perlu menjalankan langkah seterusnya dalam rancangan mereka.

Awal pagi itu, Ning Xin beria-ia bersiap dan cepat-cepat menuju satu kawasan hutan buluh yang aman dan tenteram. Setelah membelek-belek penampilannya dengan teliti, dia akhirnya mengetuk pintu utama untuk masuk ke hutan buluh tersebut.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C526
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄