下載應用程式
57.41% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 511: Pengekor Kecil di Sebalik Bayang (2)

章節 511: Pengekor Kecil di Sebalik Bayang (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Hua Yao memberikan satu jelingan pada Qiao Chu yang membawa maksud, "Kamu ni bodoh ke?"

Fei Yan juga membuat muka menyampah dengan perangai tidak tahu malu Qiao Chu itu dan terus mengusik, "Masa tu siapa yang mahu tulang reput kamu tu? Sudah tak berguna lagi."

"Abang Hua mesti sukakannya, bukan? Betul tak, Abang Hua?" tanya Qiao Chu, membodek Hua Yao dengan wajah yang meminta belas kasihan.

Hua Yao enggan memandangnya sekalipun.

Rong Ruo memerhatikan mereka bergurau lalu tertawa kecil. Dia menghulurkan sedikit makanan kepada Fan Jin yang diam sahaja selama ini. Fan Jin tersenyum kelat pada Rong Ruo dan mengangguk tanda terima kasih. Dalam diam, dia cemburu dengan hubungan rapat di antara Qiao Chu dan rakan-rakannya. Fan Jin tahu yang laluannya berbeza dengan mereka, terutama sekali selepas insiden-insiden yang telah menggemparkan Akademi Zephyr. Dia berasa amat malu dan bersalah terhadap Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie masih berasa tidak sedap hati. Sekali lagi dia merasakan seperti sedang diperhatikan, tetapi kali ini tidak ada bayang-bayang yang memecut lari dari situ.

Situasi yang sama berulang lagi keesokan harinya. Jun Wu Xie dan kumpulannya baru sahaja memburu satu Binatang Roh gred tinggi apabila perasaan diperhatikan itu menyelubunginya sekali lagi.

Kali ini dia tidak cuba mencari puncanya tetapi menyeru Ye Sha secara diam-diam.

Namun begitu, apabila Ye Sha kembali pada mereka, Jun Wu Xie terkejut besar.

Dia cuma melihat Ye Sha memegang seekor kambing biri-biri yang gemuk. Badan kambing biri-biri itu yang bulat kelihatan seperti bebola salji. Ada dua tanduk kecil yang bergulung di kepala kambing biri-biri itu. Matanya bergenang, merenung tepat pada Jun Wu Xie.

"Ini….. Binatang Roh?" Qiao Chu memandang dengan mata terbeliak penuh kehairanan. Dia merenung Binatang Roh yang hampir sama saiz dengan kucing hitam kecil itu lalu terfikir betapa menariknya kejadian alam di dunia ini.

Qiao Chu menghulurkan satu jari untuk menyentuh badan kambing biri-biri kecil itu, membuatkan si kecil itu menggigil sedikit.

"Embek~"

Jun Wu Xie bersinar sekilas, tetapi dia tidak berbuat apa-apa.

"Binatang Roh ini yang telah mengekori Cik Muda," kata Ye Sha.

"Huh? Anehnya. Binatang Roh ini begitu kecil. Pastinya berada di gred yang rendah. Gred satu? Kenapa binatang ini mengekori Jun Wu Xie?" Bulu kambing biri-biri itu yang gebu membuatkan Qiao Chu berasa geram dan dia menggosok-gosok bulu kambing tersebut dengan kuat.

Disebabkan telah digenggam oleh Ye Sha, keempat-empat kaki kambing biri-biri itu hanya mampu meronta-ronta tanpa henti, tetapi masih tidak mampu lari dari Qiao Chu. Binatang kecil itu hanya dapat bersuara dengan tidak berdaya, "Embek~ Embek~~".

"HAHAHA!" Qiao Chu semakin melampau. Dia mula faham kenapa Jun Wu XIe begitu menyayangi Rolly.

'THUD!'

Salah satu kaki hadapan kambing biri-biri kecil itu tiba-tiba terkena hidung Qiao Chu. Kaki yang kecil tapi kuat itu meninggalkan kesan merah pada batang hidung Qiao Chu.

Qiao Chu tiba-tiba kaku.

"Cik Muda, bagaimana harus saya uruskan binatang ini?" tanya Ye Sha.

"Beri kepada saya." Jun Wu Xie menghulurkan tangannya. Kucing hitam kecil yang berada di bahunya mula menutup mata dengan ekornya.

Sewaktu kambing biri-biri kecil itu berada di dalam tangan Jun Wu Xie, binatang itu terus terbaring terlentang. Mereka dapat melihat yang bahagian bawah perutnya juga diliputi bulu putih yang gebu dan binatang ini benar-benar kelihatan seperti bola putih.

"Embek~"

Mata Jun Wu Xie mengecil sewaktu memandang bola berbulu di dalam tangannya itu. Kemudian dia menarik nafas dengan perlahan.

Jun Wu Xie memeluknya dengan erat!

Menggosok-gosok bulunya yang gebu!

"Embek! Embek!"

"....." Qiao Chu dan yang lain tidak terkata apa-apa. Tak lama kemudian, mereka semua ketawa. Mereka bergelak ketawa melihatkan kambing biri-biri kecil itu dipeluk, dibelai dan digosok-gosok oleh Jun Wu Xie.

Hanya Jun Wu Xie yang mampu melayan Binatang Roh seperti itu..

Selepas Jun Wu Xie puas hati, dia mencangkung dan meletakkan kambing biri-biri kecil itu di atas tanah. Si kecil itu masih pening setelah digomol oleh Jun Wu Xie dan kelihatan terhuyung-hayang. Kambing biri-biri kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya untuk menghilangkan pening. Setelah pulih sedikit, kambing biri-biri kecil itu cuba memalingkan kepala tetapi mendapati pandangan matanya dihalang oleh bulunya yang semakin gebu sehingga tidak mampu melihat apa-apa di belakangnya. Akhirnya binatang kecil itu memutuskan yang tidak ada pilihan lain lagi baginya dan berpusing sebelum mendingakkan kepalanya untuk memandang Jun Wu Xie.

"Embek~"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C511
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄