下載應用程式
56.4% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 502: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Keempat (2)

章節 502: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Keempat (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Semuanya berlaku dengan pantas. Lu Wei Jie jatuh terhempas ke sebatang pokok dan memuntahkan darah. Sebelum dia sempat pulih dari berasa terkejut, Long Qi sudahpun mencengkamnya dan mencampakkan Lu Wei Jie bersama-sama ahli kumpulannya yang telah ditangkap oleh askar-askar lain.

Lu Wei Jie sudah biasa dipuja-puja dan disanjung tinggi disebabkan kuasa rohaninya yang dianggap luar biasa dalam kalangan para pelajar Akademi Zephyr. Tetapi kini dia mendapati dirinya terbaring di atas tanah yang kotor dan langsung tidak mampu bersuara untuk membantah.

Askar-askar Tentera Rui Lin berdiri mengelilingi lebih dua puluh orang pelajar Akademi Zephyr itu, menarik keluar pedang mereka yang tajam.

Pedang-pedang besi itu memantulkan cahaya yang berkilauan. Tiba-tiba para pelajar ini mula merayu-rayu meminta simpati.

"Tidak! Tolong! Jangan bunuh kami! Kami tak sengaja! Kami dah sedar kesalahan kami!

Sejurus sebelum ini, mereka dengan gelisahnya menanti untuk merompak barang-barang askar-askar Tentera Rui Lin itu. Kini mereka mendapati diri mereka bergelimpangan di atas tanah yang keras. Apabila melihat pedang-pedang tajam itu dihunus ke arah mereka, pemuda-pemuda yang sering dimanjakan dan dilindungi ini terus merayu untuk dilepaskan. Beberapa orang yang lebih penakut sudah pun terkencing-kencing, tanah tempat mereka duduk mula menjadi basah.

Mata Fan Jin terbeliak kerana terkejut. Dia bergegas untuk berdiri di hadapan pelajar-pelajar tersebut!

"Jeneral Long! Nanti!"

Pedang Long Qi yang sudah diangkat tinggi itu terus berhenti.

"Saya tahu, budak-budak tak guna ni dah melakukan kesalahan yang tak patut dimaafkan. Tetapi mereka masih lagi pelajar Akademi Zephyr. Tolong lepaskan mereka demi Akademi Zephyr dan pihak akademi berjanji untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati sebagai balasan!" Fan Jin cepat-cepat masuk campur sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Long Qi dan orang-orangnya sering hidup dalam perjuangan dan sudah biasa bergadai nyawa. Mereka ini orang-orang dari pasukan penyerang yang paling ganas. Membunuh pelajar-pelajar ini mudah sahaja bagi mereka. Fan Jin tahu benar yang jika dia teragak-agak seketika lagi, lebih dua puluh nyawa akan melayang!

Long Qi berkerut. Perasaan marah masih membara di matanya. Dia berkata, "Mereka cuba membunuh orang lain. Tentulah mereka perlu membayarnya dengan nyawa sendiri."

Fan Jin berpeluh-peluh, berasa tertekan dengan aura Long Qi yang begitu hebat. Walaupun dia banyak tahu tentang Tentera Rui Lin, dia tidak pernah lagi berdepan dengan aura menggerunkan dari seorang askar yang banyak pengalaman bertempur. Aura ini mampu membuatkan dia hilang akal.

"Saya tahu, saya tahu, tapi….tapi kamu semua masih hidup lagi, bukan? Saya tahu mereka bersalah, tapi...kita bercakap tentang lebih dua puluh nyawa. Lagipun….mereka bukan dalang sebenar di sebalik semua ini. Kalau tidak, mereka tak akan sebodoh itu untuk terus menunggu di sini. Mungkin mereka berniat jahat, tapi mereka tak patut mati hanya sebab itu sahaja. Mereka masih muda lagi dan saya merayu pada Jeneral Long agar berbelas kasihan dan lepaskan mereka sekali ini saja. Saya sendiri jamin yang Akademi Zephyr pasti akan menghukum mereka dengan amat berat!" Fan Jin hampir mahu menangis. Kalau dia bukan anak Guru Besar akademi, dia akan biarkan saja pemuda-pemuda bodoh ini mati. Tetapi memandangkan ayahnya ialah Guru Besar Akademi Zephyr, jika Fan Jin membiarkan pelajar-pelajar ini dibunuh, pasti reputasi akademi itu akan musnah selepas ini.

Walaupun kematian pelajar bukanlah sesuatu yang pelik setiap kali Perburuan Roh diadakan, penghapusan sepenuhnya kumpulan pelajar cemerlang ini pasti akan menimbulkan tanda tanya. Para pelajar yang dapat masuk ke Akademi Zephyr kebanyakannya datang dari keluarga yang amat kaya atau berpengaruh.

Kalau lebih dua puluh orang kehilangan nyawa mereka di sini pada masa yang sama dan keluarga mereka datang menuntut jawapan, pihak Akademi Zephyr mungkin tidak mampu memberikan penjelasan.

Fan Jin mengalir tanpa henti dan jantungnya berdebar-debar. Dia amat risau yang Long Qi tidak akan mempedulikan rayuannya dan terus membunuh pelajar-pelajar ini.

Long Qi diam sahaja dan wajahnya berkerut. Kalau orang lain yang merayu sebegini, dia pasti sudah menendang sahaja orang itu dan meneruskan tindakannya. Sebagai seseorang yang menjalani kehidupan ketenteraan yang memerlukan dia tidak berbelas kasihan dan bersimpati, keputusan Long Qi tidak akan dapat diubah dengan mudah.

Tetapi Fan Jin ini ialah rakan Jun Wu Xie dan Long Qi tidak boleh membelakangkan Jun Wu Xie di dalam situasi ini. Long Qi berpaling, memandang Jun Wu Xie untuk meminta pendapatnya.

Jun Wu Xie merenung dingin pada Lu Wei Jie dan ahli kumpulannya yang sedang menggeletar. Dia tidak terlihat ada wajah-wajah yang dikenalinya dalam kalangan para pelajar itu. Tepat seperti apa yang Fan Jin katakan, dalang rancangan jahat ini bukan dari kalangan mereka. Sebaliknya, dalang tersebut ialah Ning Xin dan Yin Yan yang telah melarikan diri dan meninggalkan kumpulan ini.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C502
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄