下載應用程式
55.39% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 493: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Ketiga (4)

章節 493: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Ketiga (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

Dalam pelbagai botol-botol ubat itu, ada ubat sapu untuk kegunaan luar dan ada eliksir untuk dimakan. Rong Heng dan para pengikut lain cepat-cepat mengedarkan dan menggunakan pelbagai jenis ubat itu ke atas askar-askar Tentera Rui Lin. Mereka menjalankan arahan Long Qi dengan jantung yang berdebar-debar akibat ketakutan.

Rong Heng langsung tidak berkata apa-apa tetapi perasaan gerun itu tidak pernah lenyap dari matanya walau seketika.

Dua lagi pengikut Puncak Menjejak Awan mungkin tidak perasan hal ini, tetapi Rong Heng telah melihatnya dengan jelas. Bukankah budak muda yang menunggang binatang hitam itu ialah si Jun Xie yang telah menyertai Kumpulan Qing Yun tidak lama dahulu?

Pada hari Kumpulan Qing Yun dihapuskan, Mu Chen membawa semua pengikutnya dari Puncak Menjejak Awan, turun dari gunung itu. Rong Heng serta pengikut-pengikut lain amat menghormati dan mempercayai Mu Chen. Jadi mereka langsung tidak menyoal tindakannya itu. Mereka cuma tahu yang pada hari itu, sesuatu yang buruk telah berlaku di Puncak Berawan. Selain para pengikut Puncak Menjejak Awan, semua pengikut dari puncak-puncak lain telah mati dibunuh!

Ketika itu, Rong Heng mencari-cari Jun Xie di merata-rata tempat. Dia risaukan keselamatan budak yang berwajah dingin tetapi berhati baik itu. Budak yang telah menghasilkan ubat demi mengubati Rong Heng. Nasib baiklah dia tidak menemui mayat Jun Xie di seluruh Puncak Berawan. Tetapi dia juga tidak terlihat Jun Xie di mana-mana. Dia hanya mampu berdoa bersungguh-sungguh di dalam hatinya yang budak itu sudah meninggalkan Puncak Berawan, tempat di mana terdapatnya bahaya yang tersembunyi dan tidak diketahui.

Namun begitu, Rong Heng tidak pernah terbayang yang dia akan bertemu dengan Jun Xie sekali lagi di dalam Hutan Roh Pertempuran!

Apa yang lebih mengejutkan dia ialah Long Qi dan askar-askar Tentera Rui Lin yang lain tidak teragak-agak untuk melutut di hadapan Jun Xie. Dia tahu yang dia jelas terdengar mereka memanggil Jun Xie sebagai….Cik Muda….

Dia pasti…. Cik Muda….

Setelah mengikut Mu Chen untuk berkhidmat sementara di Istana Lin, tentulah Rong Heng tahu yang Tentera Rui Lin hanya patuh pada arahan orang-orang dari Keluarga Jun. Contohnya Jun Xian, Jun Qing dan seorang lagi yang belum mereka temui, Cik Muda mereka, Jun Wu Xie.

Long Qi dan orang-orangnya pula baru memanggil Jun Xie sebagai Cik Muda….

Jun Xie….. Jun Wu Xie…..

Mungkinkah mereka….orang yang sama?

Pelbagai soalan dan pendedahan yang mengejutkan berlegar-legar di fikiran Rong Heng. Namun dia sedar yang sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk bertanyakan soalan.

Binatang Roh Gred Pelindung itu berada di hadapan mereka. Dia perlu membantu askar-askar Tentera Rui Lin memulihkan kuasa mereka dalam masa sesingkat mungkin.

Tetapi, sebaik Rong Heng pulih daripada perasaan terkejut dan meneliti botol ubat di tangannya, hatinya sekali lagi menerima kejutan yang hebat!

Sebagai pengikut Kumpulan Qing Yun, dia memiliki pengetahuan dalam bidang perubatan. Sekilas pandang sahaja dia sudah dapat mengenal pasti semua botol-botol ubat yang Jun Xie campakkan dengan bersahaja. Setiap satunya merupakan ubat-ubatan yang amat jarang ditemui dan sangat berharga!

Dengan satu sapuan salap penyejuk itu, luka-luka yang terlalu dalam sehingga menampakkan tulang terus berhenti berdarah dan mula tertutup. Askar-askar yang sedang memuntahkan darah tiba-tiba mendapati darah mereka tidak lagi terjeluak keluar setelah menelan eliksir yang berbau harum ini!

Ubat-ubat ini diperbuat dari apa?

Kesannya mengatasi serta lebih hebat dari sebarang ubat-ubatan yang pernah dilihatnya di dalam Kumpulan Qing Yun!

Rong Heng menyapukan ubat dan memberikan eliksir kepada Long Qi dan orang-orangnya mengikut keperluan mereka. Dia memaksa dirinya menahan perasaan terkejut yang dirasakan di dalam hatinya. Rong Heng mendapati kepalanya berpusing-pusing kerana segalanya yang sedang berlaku di depan matanya ini amat sukar dipercayai.

Semuanya membuatkan dia terdiam.

Bukan Rong Heng sahaja yang terkejut sehingga tergamam.

Ada sekumpulan anak-anak muda yang sedang bersembunyi di sebalik bayang-bayang dengan penuh sabar. Mereka menantikan pertempuran ini berakhir supaya boleh mencuri barang-barang dari mayat-mayat itu nanti. Apa yang mereka lihat ini sesungguhnya amat mengejutkan!

Pada mulanya, sewaktu melihat Long Qi dan orang-orangnya mula tewas dalam pertempuran ini dan menyaksikan nyawa mereka semakin terancam, senyuman di wajah Ning Xin menjadi semakin lebar. Ekspresi wajahnya juga menunjukkan perasaan angkuh. Tetapi sebaik memikirkan yang Long Qi dan orang-orangnya akhirnya akan mati disebabkan layanan biadab mereka terhadapnya, dua susuk tubuh telah muncul tiba-tiba dan membuatkan impian Ning Xin hancur berkecai!

Senyuman di wajahnya terus kaku dan perlahan-lahan raut wajahnya menunjukkan dia tidak percaya dan terkejut dengan apa yang berlaku!

Long Qi dan orang-orangnya telah diselamatkan!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C493
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄