下載應用程式
53.03% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 472: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Kedua (6)

章節 472: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Kedua (6)

編輯: EndlessFantasy Translation

Mereka semua dijadikan bahan jenaka!

Fan Jin?

Kalau dibandingkan dengan empat Dewa Maut ini, Fan Jin itu tidak layak disebut sekalipun!

Ketua kumpulan pemuda itu tidak mampu berbuat apa-apa selain memerhatikan dengan matanya yang terbeliak. Dia menyaksikan rakan-rakannya dibunuh. Darah mereka terpancut dan terpercik ke seluruh tubuhnya. Sebelum ini mereka menyamar dengan melumurkan darah ke badan mereka. Tapi kali ini, darah itu ialah darah mereka sendiri. Darah yang hangat dan segar….

Perasaan gerun perlahan-lahan menyelubungi hatinya. Pada ketika itu, dia tiba-tiba tersedar yang mereka telah memandang rendah kekuatan dan kuasa kumpulan ini sejak dari mula lagi.

Mereka semua memikirkan yang Fan Jin ialah satu-satunya ahli kumpulan yang mampu berlawan. Kalau mereka bunuh Fan Jin, ahli kumpulannya yang lain boleh dihapuskan dengan mudah.

Tapi kini, orang-orang yang telah dibunuh ialah mereka sendiri….

Sewaktu pemuda terakhir dari kumpulan itu rebah dalam takungan darahnya sendiri, perasaan gerun yang menyelubungi hati ketua kumpulan pemuda tersebut hampir mencapai kemuncaknya!

Tiba-tiba satu bayang-bayang muncul di sisinya dan dia dapat melihat satu susuk tubuh. Ketua pemuda itu tergesa-gesa mengangkat kepalanya. Matanya terpandang satu wajah yang tenang tetapi dingin dan tidak berperasaan.

"Sampah tak guna," Jun Wu Xie merenung dingin pada pemuda yang terbaring di atas tanah itu.

Pemuda itu bersusah-payah cuba mengangkat kepalanya. Sebaik terlihat wajah Jun Xie yang dingin itu, ketakutan yang masih mencengkam hatinya mula tersebar ke seluruh tubuhnya.

Inikah budak pengecut yang semua orang katakan telah mengasingkan diri untuk mengelak dari khabar angin? Inikah Jun Wu Xie yang katanya terdesak memerlukan perlindungan Fan Jin?

Kalau dia dibunuh pada saat itu juga, ketua kumpulan pemuda itu tetap tidak akan percaya yang Jun Xie di hadapan matanya ini ialah Jun Xie yang dikatakan sebagai pengecut!

Selepas pertumpahan darah itu, Qiao Chu menghampiri pemuda yang terbaring di atas tanah itu lalu mengangkatnya.

Tindakan yang ganas ini membuatkan pemuda itu mengerang kesakitan dengan kuat. Wajahnya juga menjadi pucat lesi.

Setelah diangkat dan dipusingkan untuk menghadap Jun Xie, perasaan gerun pemuda itu semakin bertambah sehingga membuatkan dia sukar bernafas.

Budak itu cuma pemuda kurus yang kecil molek, tetapi sepasang matanya yang dingin dan menakutkan itu membuatkan seseorang merasakan seolah-olah dia tiba-tiba dipindahkan ke satu pergunungan bersalji di mana kedinginan yang menggigit itu menyusup sehingga ke tulang.

Jun Wu Xie berpaling pada Fan Jin yang berdiri di sisinya lalu berkata, "Kamu nak tanya?" Ini kerana sasaran perangkap ini jelas sekali ialah Fan Jin.

Fan Jin mengetap giginya dan memandang pemuda yang kelihatan pucat itu. "Kenapa?"

Pemuda itu dibasahi peluh akibat kesakitan melampau yang dialaminya. Dia tidak pernah menyangka yang mereka akan gagal. Selepas menyaksikan rakan-rakannya dibunuh seorang demi seorang, keangkuhannya lenyap. Dia hanya mahu terus hidup, jadi dia sanggup mendedahkan segala-galanya yang dia tahu.

"Yin Yan….. Dia yang suruh kami buat begini….. Saya merayu supaya kamu lepaskan saya….. Apa saja yang kamu mahu tahu, saya akan beritahu…." Kesombongannya tadi sudah tidak wujud lagi. Dia kini sudah menjadi orang tidak berguna yang dipenuhi perasaan gerun, menangis teresak-esak sambil merayu dengan sedih.

"Yin Yan? Dia mahu bunuh saya?" Fan Jin tidak menyangka inilah jawapannya kerana dia tidak begitu banyak berinteraksi dengan Yin Yan. Dia juga tidak tahu apa yang menyebabkan Yin Yan menyimpan perasaan dendam yang kuat terhadapnya.

Ini sama seperti insiden di dewan makan sebelum ini. Yin Yan bersikap agresif terhadapnya dan Fan Jin tidak tahu sebab di sebaliknya.

"Ya. Dialah orangnya. Dia mengarahkan seseorang mengumpan kamu untuk membawa kamu kepada kami dan menyuruh kami berpura-pura cedera. Sebaik kamu datang, kami perlu mengepung dan menyerang kamu," kata pemuda itu sambil senyap-senyap mengerling pada Jun Xie dan yang lain.

Rancangan itu sepatutnya sempurna. Pemuda yang berlari keluar itu perlu berlakon dengan menyakinkan, berpura-pura sebagai pelajar yang tidak berdaya dan dalam ketakutan. Ini pasti akan menarik perhatian Fan Jin yang suka berbuat baik dan bersifat pelindung. Fan Jin tentu akan datang mendapatkan mereka. Semuanya berjalan seperti yang dirancang, kecuali satu kesilapan besar. Mereka memandang rendah kemahiran dan kekuatan para pelajar kampus cawangan yang ada bersama-sama Fan Jin.

"Yin Yan kata, kalau kami berjaya bunuh kamu, dia akan memberi ganjaran yang hebat pada kami. Kalau roh berkontrak kami tercedera suatu hari nanti, dia akan merawat roh-roh itu tanpa syarat."


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C472
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄