下載應用程式
49.1% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 437: Si Bodoh yang Degil (5)

章節 437: Si Bodoh yang Degil (5)

編輯: EndlessFantasy Translation

Kedudukan sebagai Guru Besar Akademi Zehyr biasanya diwariskan dari ayah kepada anak lelaki.

Mantan Guru Besar Akademi Besar Akademi Zephyr merupakan Tuan Guru kepada Fan Qi dan Ning Rui. Tuan Guru mereka itu tidak mempunyai anak, jadi dia telah mewariskan jawatannya sebagai Guru Besar kepada anak muridnya, Fan Qi.

Menurut tradisi, jika Fan Zhuo dapat terus hidup, maka Fan Qi boleh melepaskan jawatannya sebagai Guru Besar kepada Fan Zhuo. Namun jika Fan Zhuo meninggal dunia, hakikatnya, Fan Jin hanyalah anak angkat. Walau bagaimanapun, populariti Fan Jin yang cukup tinggi di dalam Akademi Zephyr mungkin mampu membolehkan dia mendapat jawatan tersebut secara sah.

Kalau Ning Rui mahu mendapatkan jawatan Guru Besar, dia perlu menyingkirkan kedua-dua orang anak lelaki Fan Qi sebelum mereka dapat mewarisinya.

Ning Xin yang menyedari niat ayahnya tentulah sanggup membantu menjadikannya satu realiti. 

"Dalam masa dua minggu lagi akan tiba harinya untuk kita melaksanakan Perburuan Roh. Pada ketika itu, semua pelajar senior yang menjadi mentor kepada pelajar baru perlu membawa pelajar di bawah jagaan mereka itu masuk ke Hutan Roh Pertempuran. Jun Xie itu berada di bawah jagaan Fan Jin. Mungkin Fan Jin itu sangat kuat, tapi jika budak bodoh yang tak tau apa-apa itu mengekori setiap langkahnya, mampukah dia menggunakan potensi dia sepenuhnya?" Ning Xin ketawa perlahan, menyembunyikan gelak tawanya itu di belakang tangannya.

Fan Jin hanya boleh menyalahkan dirinya sendiri kerana dengan bodohnya telah memilih Jun Xie.

"Apa lagi yang kamu tahu tentang budak Jun Xie tu? Macam mana kamu boleh begitu yakin yang dia akan menjadi beban kepada Fan Jin dan bukan membantunya?" Ning Rui bertanya dengan berhati-hati.

"Budak itu pada mulanya berkongsi bilik dengan Yin Yan, tetapi kemudian berpindah keluar. Saya dah siasat tentang dia. Jun Xie itu mempunyai roh tahap jingga serta roh berkontrak jenis binatang. Kuasa rohaninya mungkin tidak begitu lemah, tetapi roh berkontraknya sangat rendah grednya. Kucing hitam biasa saja. Saya berani katakan itu cuma roh berkontrak yang tak berguna." Ning Xin membalas dengan suara yang bernada benci. Mencapai roh tahap jingga pada usia empat belas tahun memanglah hebat. Tetapi di dalam Akademi Zephyr, ada beberapa orang pelajar berusia enam belas atau tujuh belas tahun yang juga memiliki roh tahap jingga. Walaupun jumlah mereka tidak ramai, kucing hitam biasa itu tidak setanding dengan roh berkontrak yang mereka miliki.

Pertempuran pada peringkat ini masih lagi bergantung pada roh berkontrak mereka.

'"Kalau begitu halnya, baguslah. Tapi Jun Xie itu bukan seperti pelajar lain, dia tak hadir ke fakulti pun. Kalau kamu mahu paksa dia pergi bersama-sama Fan Jin dan menyertai Perburuan Roh, mungkin tak mudah nak yakinkan dia. Tapi Ayah ada idea yang mungkin berhasil," kata Ning Rui.

"Harapnya Ayah boleh ajari saya."

"Jun Xie tu tinggal di hutan buluh, tetapi hubungannya dengan Ah Jing tidak begitu baik. Ah Jing pula mudah terpengaruh dan dia ragu-ragu tentang Jun Xie selepas mendengar semua gosip dan khabar angin yang tersebar di akademi. Ah Jing sekarang ini sedang cuba menghalau Jun Xie dari hutan buluh. Kalau kamu beritahu dia yang kamu boleh membantu dia mencapai impiannya, mungkin misi kamu lebih mudah," kata Ning Rui sambil tersenyum.

Mata Ning Xin bersinar-sinar. Hutan buluh itu Fan Qi aturkan sebagai kediaman peribadi Fan Zhuo, supaya anaknya itu mempunyai tempat untuk memulihkan penyakitnya. Selain dari ahli keluarga Fan, orang lain tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Kalau dia boleh mendapatkan bantuan Ah Jing dalam hal ini, semakin mudahlah kerjanya.

"Saya akan terus suruh Yin Yan merapatkan diri dengan Ah Jing." Ning Xin sudahpun mendapat satu idea. Dia memang suka mengawal di belakang tabir dan membiarkan Yin Yan melakukan semuanya. Pada pendapatnya, kalaulah ada rancangan jahatnya yang terbongkar satu hari nanti, dia boleh menafikan semuanya dengan mudah.

"Yin Yan nampaknya berguna untuk kamu dan banyak mendengar cakap kamu. Mujurlah Ayah berusaha sehabis baik untuk mengalihkan perhatian Fan Jin pada ketika itu." Wajah Ning Rui kelihatan bangga sewaktu teringatkan kejadian itu.

Personaliti Fan Jin tidak memungkinkan dia menolak mana-mana pelajar baru tanpa sebarang sebab. Ning Rui telah merancang dan mengaturkan segala-galanya di sebalik tabir. Dia tahu yang Gu Li Sheng akan memerhatikan para pelajar baru secara diam-diam, sebaik mereka mendaftar masuk. Pada malam pertama pelajar baru berada di Akademi Zephyr, Ning Rui perasan sewaktu Gu Li Sheng mengangguk sedikit sewaktu memerhatikan Yin Yan. Ning Rui tahu yang itu tandanya Gu Li Sheng berniat untuk mengambil Yin Yan masuk ke fakulti Pemulih Roh. Dia mengaturkan dengan teliti supaya Fan Jin menolak untuk menjadi mentor Yin Yan dan berlalu pergi. Ini membuatkan Yin Yan amat bencikan Fan Jin. Sebaliknya, Yin Yan menjadi sangat setia pada Ning Xin yang dianggapnya telah menyelamatkan dia daripada "dihina dan dimalukan."


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C437
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄