下載應用程式
47.07% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 419: Adik-Beradik Fan (3)

章節 419: Adik-Beradik Fan (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Kucing hitam kecil itu berhenti di hadapan Fan Zhuo. Mata Fan Zhuo tak berkelip-kelip memandang kucing tersebut. Nafasnya semakin perlahan dan wajahnya yang pucat itu kelihatan sedikit gelisah.

Kucing hitam kecil itu menelengkan kepala melihatkan Fan Zhuo yang begitu teruja sehingga tak mampu mengangkat tangannya untuk mengusap kucing tersebut. Kucing hitam kecil itu berputus asa menunggu dan menghulurkan satu kakinya, meletakkannya di atas tangan Fan Zhuo yang berada di atas meja.

"Meow~"

[Demi membolehkan Cik bergaul dengan masyarakat, saya sudah mengorbankan badan saya. Cik tak nampak ke betapa mendalamnya cinta saya pada Cik?]

Jun Wu Xie mendengar pernyataan kucing hitam kecil itu dan tersenyum sedikit.

Namun begitu, raut wajah Fan Zhuo menjadi kaku. Matanya kelihatan terkejut serta teruja….

Pada wajahnya yang biasanya pucat itu, dua tompokan berwarna merah jambu tiba-tiba muncul.

"….." Kucing hitam kecil itu merenung Fan Zhuo, tak mampu berkata apa-apa. Ekspresi wajah seperti itu sepatutnya muncul pada pengantin perempuan yang malu-malu, bukannya pada wajah Fan Zhuo.

Dia yang meminta izin untuk menyentuh kucing itu dan kucing hitam kecil itu juga sudah bersedia untuk mengorbankan dirinya. Akhirnya Fan Zhuo pula yang kelihatan malu-malu?

Fan Jin terlihat raut wajahnya adiknya dan terbatuk kecil sebelum berpusing menghadap Jun Wu Xie. Dengan agak malu dia berkata, "Kelemahan Fan Zhuo ialah binatang kecil yang berbulu tetapi binatang-binatang ini selalunya tak serasi dengannya. Binatang-binatang ini seolah-olah tak sukakan dia."

Walaupun kucing hitam kecil itu ialah roh berkontrak, kucing tersebut masih lagi haiwan pertama yang telah menyentuh Fan Zhuo. Hati Fan Zhuo hampir cair dengan sentuhan kucing hitam kecil itu.

Selepas mendengar penjelasan Fan Jin, Jun Wu Xie membuatkan Fan Jin terkejut apabila dia mengangguk setuju dan berkata, "Lembut dan berbulu… Selesa dipegang."

Kucing hitam kecil itu menutup mukanya dengan kaki hadapannya.

Begitu rupanya!

Tuannya ini dah bertemu dengan orang yang berkongsi minat yang sama?

Tepat sekali. Apabila dia terdengar kata-kata Jun Wu Xie, Fan Zhuo mengangkat kepalanya dan merenung Jun Wu Xie dengan mata yang berkilauan.

"Kamu pun suka juga?"

Jun Wu Xie mengangguk dengan serius.

"Jadi….. jadi , boleh tak kamu datang makan tengah hari di sini setiap hari? Saya...saya akan pastikan Ah Jing sediakan makanan yang sedap!" Pipi Fan Zhuo menjadi semakin kemerah-merahan dan matanya yang bersinar-sinar itu tertumpu pada kaki kucing yang menyentuh tangannya.

"Boleh." Jun Wu Xie mengangguk setuju. Segalanya yang berlaku di dewan makan tadi benar-benar menjengkelkan. Kalau dia tak perlu pergi ke sana lagi, terselamatlah dia dari mencemarkan mata dan telinganya.

Fan Zhuo tersenyum lebar. Senyumannya mekar seperti bunga dan matanya tiba-tiba kelihatan bertenaga.

Ketiga-tiga pemuda itu berbual-bual seketika. Ah Jing sudah menyediakan hidangan lazat yang memenuhi meja. Sewaktu dia menghidangkan makanan, perut Fan Jin yang dikecewakan di dewan makan tadi tiba-tiba merasakan perasaan itu lenyap setelah melihat hidangan di depan matanya. Dia menyuruh adiknya dan Jun Xie cepat-cepat mengambil kayu penyepit mereka sementara dia sudah pun mula makan dengan gelojoh. Sekelip mata saja hidangan di atas meja itu dihabiskan.

Kepantasan itu langsung tidak memberikan sebarang peluang kepada Jun Wu Xie dan Fan Zhuo. Sewaktu mereka berdua baru saja mahu mengambil kayu penyepit, apa yang tinggal hanyalah sedikit kuah dan cebisan sayuran....

"Saya akan suruh Ah Jing masak lagi," Fan Zhuo memandang Jun Wu Xie. Dia kelihatan malu dengan perangai abangnya. Selera makan abangnya itu memang sepadan dengan saiz badan mereka, satu Fan Jin bersamaan sepuluh Fan Zhuo.

Fan Jin menepuk-nepuk perutnya yang buncit dengan perasaan puas hati. Sewaktu dia mengangkat kepala dan terlihat Fan Zhuo dan Jun Wu Xie belum pun menggerakkan kayu penyepit mereka, dia akhirnya sedar yang mungkin dia terlalu gelojoh tadi.

"Ahem….. Saya rasa….. Kamu berdua teruskanlah. Saya baru teringat yang ada sesuatu perlu diuruskan dan saya perlu pergi dulu. Jun Xie, lepas habis makan nanti, temanlah Fan Zhuo. Biasanya cuma saya dan Ah Jing saja yang ada dan Fan Zhuo tak berpeluang bercakap dengan orang lain yang sebaya dengannya. Nanti saya datang jemput kamu balik." Selepas berkata begitu, Fan Jin bergegas keluar.

Kucing hitam kecil itu baring di bahu Jun Wu Xie dengan malas. Misainya menggeletar sambil dia memerhati arah di mana Fan Jin sudah menghilang sepantas kilat.

Mengharapkan tuannya berbual-bual? Otak Fan Jin ni tak betul ke?

Kebolehan bersosial tuannya tu hampir di tahap kosong. Macam mana dia nak berbual dengan Fan Zhuo yang hidup menyendiri seumur hidupnya?


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C419
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄