下載應用程式
45.39% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 404: Pemulih Roh (4)

章節 404: Pemulih Roh (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Sekejap!" Gu Li Sheng sedang bingung. Otaknya tepu dengan istilah-istilah seperti "tenaga", "jujukan", "pertukaran setara" dan banyak lagi yang tak pernah dia dengar sebelum ini. Dia mendapati dirinya berpeluh-peluh lalu bingkas berdiri dan menghentikan monolog Jun Wu Xie yang diluahkan secara berterusan.

Kalau dia membiarkan budak ini terus bercakap, dia juga akan mula meragui kaedah Pemulihan Rohnya. Dia akan memikirkan yang dia telah tersilap.

"Ada apa?" Jun Wu Xie mengangkat kepalanya dan memandang Gu Li Sheng. Biasanya dia tak banyak bercakap. Hanya dalam keadaan berkaitan pengkhususan akademik saja dia akan teruja untuk berbual. Melalui istilah-istilah profesional serta asing inilah seseorang itu akan merasakan yang Jun Wu Xie ini bukanlah seseorang yang sukar didekati.

"Maaf, tapi saya…..tak faham apa yang kamu katakan." Sewaktu kata-kata itu keluar dari mulutnya, anehnya Gu Li Sheng berasa malu! 

Siapa Tuan Guru dan siapa pula pelajar?

Macam mana pula pelajar yang baru diambilnya ini boleh bercakap perkara-perkara merepek yang melangkaui pemahaman Gu Li Sheng?

Raut wajah Jun Wu Xie kelihatan sedikit jengkel.

"Semua yang saya katakan itu berkaitan teknik Pemulihan Roh kamu."

Gu Li Sheng terasa rendah diri. Pandangan Jun Wu Xie itu menyatakan "Kamu yang mengasaskannya, macam mana pula kamu tak faham". Minda Gu Li Sheng masih bingung, cuba memahamkan apa yang Jun Wu Xie katakan tadi.

Maruah seorang tuan guru hancur berkecai pada ketika itu.

Pada saat itu, Gu Li Sheng berasa simpati dengan dirinya sendiri.

Lama Jun Wu Xie merenung Gu Li Sheng. Wajah Gu Li Sheng pula semakin pucat. Kucing hitam kecil di atas bahu Jun Wu Xie itu tidak dapat menahan dirinya lagi!

"Meow~"

[Cik, tolong jangan gunakan teori dari kehidupan lampau Cik itu untuk menjelaskan pemikiran Cik di dunia ini. Terutama sekali tentang sesuatu yang begitu mendalam seperti perubahan tenaga.]

Saat itu barulah Jun Wu Xie sedar yang kebanyakan aspek yang diperkatakannya itu bergantung pada asas pengetahuan yang diperolehnya dari kehidupannya sebelum ini.

"Maksud saya, teknik Pemulihan Roh ada banyak ruang untuk diperbaiki." Jun Wu Xie membuat kesimpulan dan menyampaikan pendapatnya dengan ayat yang mudah.

Tetapi kesimpulannya yang ringkas dan mudah itu tidak membuatkan Gu Li Sheng kelihatan tentang, malah menjadi semakin pucat.

"Kamu….. Kamu tahu bagaimana nak memperbaikinya?" Gu Li Sheng bertanya sambil mulutnya menggerenyet.

Teknik Pemulihan Roh ada kekurangannya, tetapi Gu Li Sheng tidak dapat memastikan bagaimana teknik ini boleh diperbaiki setelah bertahun-tahun menjalankan penyelidikannya sendiri. Semua pelajarnya yang lain mengikut saja arahannya dalam latihan mereka. Tak ada siapa yang pernah mempersoalkan tekniknya.

Dia tidak pernah terfikir budak kecil molek ini, iaitu Jun Xie yang baru saja belajar tentang Pemulihan Roh dalam masa yang singkat, dapat mengesan kelemahan pada teknik tersebut.

Jun Wu Xie mengerutkan keningnya dan berfikir seketika sebelum berkata, "Saya boleh cuba."

"Benarkah?" Gu Li Sheng memandang Jun Wu Xie dengan ragu-ragu.

"Ya."

Gu Li Sheng bangun dengan megah dari kerusinya dan mengelilingi Jun Wu Xie berkali-kali. Dia meneliti susuk tubuh kecil di hadapannya ini.

"Budak, kamu nak bertaruh?"

"Atas apa?" tanya Jun Wu Xie.

"Memandangkan kamu sudah pun faham semuanya berkaitan teknik Pemulihan Roh dan merasakan ada ruang untuk penambahbaikan, saya rasa tak ada apa lagi yang kamu boleh belajar di sini. Daripada kamu membazirkan masa berada di fakulti Pemulih Roh, bukankah lebih baik kamu menggunakan masa itu untuk bahagian lain dan cuba menyempurnakan teknik Pemulihan Roh?" Idea ini tiba-tiba muncul di dalam kepala Gu Li Sheng. Dia tahu yang dia perlu meletakkan seluruh harapannya ke atas Jun Xie. Namun dalam hal berkaitan Pemulihan Roh ini, dia sudah pun kehabisan idea dan tak tahu apa lagi yang dilakukan sebagai penambahbaikan.

Memandangkan Jun Xie dapat mengesan kekurangan di dalam teknik tersebut dengan begitu pantas. Mungkin….

Dia boleh membawa keajaiban.

Jun Wu Xie memandang Gu Li Sheng. Perasaan riang yang tadinya terlihat di mata Gu Li Sheng sudah lenyap dan dia sedang merenung Jun Wu Xie dengan serius. Jun Wu Xie diam seketika sebelum perlahan-lahan mengangguk.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C404
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄