下載應用程式
42.8% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 381: Kemunculan Tuan Tua (2)

章節 381: Kemunculan Tuan Tua (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Siapa yang berani menyamar sebagai Tuan Tua Kumpulan Qing Yun? Tiada siapa yang berfikiran waras akan berbuat begitu.

Tambahan pula, orang itu memiliki lencana simbolik Kumpulan Qing Yun. Ini membuatkan mereka yang menyaksikan kekecohan itu percaya dengan apa yang dilihat.

Disebabkan hal kehilangan Kumpulan Qing Yun, makna di sebalik tiga patah perkataan itu menarik perhatian secara luar biasa.

Lelaki berpakaian putih itu memandang pemuda yang merayu di hadapannya lalu berkata, "Kumpulan Qing Yun sudah tak wujud lagi dan saya bukan lagi Tuan Tua Kumpulan Qing Yun. Takdir kita dapat bertemu di sini hari ini. Saya ada beberapa lagi eliksir yang kamu mahukan, tapi tak banyak yang tinggal. Kalau kamu betul-betul mahu, saya boleh berikan satu lagi dengan harga yang sama seperti yang kamu bayar sebelum ini."

Pemuda yang merayu itu menjadi begitu gembira dan tak henti-henti tunduk tanda terima kasih. Dia menyeluk lengan bajunya dan mengeluarkan tiga nota bank bernilai seratus ribu setiap satu dan menyerahkan semuanya kepada "Mu Chen".

Para pemuda lain yang sedang memerhatikan mereka semuanya terbeliak. Tiga ratus ribu tahil untuk satu eliksir?

Harga jenis apa macam tu?

Selain eliksir dari Kumpulan Qing Yun, apa lagi yang dapat dijual dengan harga sebegitu!?

Sesiapa saja yang mahu masuk ke Akademi Zephyr yang mahal itu datang daripada keluarga berada dan mampu membelanjakan beberapa ratus ribu tahil. Mereka kini menyaksikan sendiri pertemuan secara kebetulan dengan Tuan Tua daripada Kumpulan Qing Yun yang sudah dibubarkan itu. Dia pula baru saja bersetuju untuk menjual satu eliksir dari Kumpulan Qing Yun kepada pemuda tersebut!

Huru-hara tercetus!

Ramai pemuda yang keluar dari barisan dan meluru ke arah pokok tersebut.

"Mu Chen" baru saja selesai berurusan dengan pemuda tersebut apabila dia terlihat sekumpulan besar pemuda yang dibasahi peluh meluru ke arahnya. Tahu-tahu sahaja mereka semua sudah melutut di kakinya.

"Tuan Tua Mu! Boleh kami tanya eliksir apa yang Tuan baru saja jualkan kepada pemuda itu?" Seorang pemuda yang berada di hadapan "Mu Chen" berkata dengan lancang tanpa menyatakan niatnya. Sebaliknya dia bertanyakan penggunaan dan kesan eliksir itu secara biadab.

Tiga ratus ribu tahil itu bukan jumlah yang kecil dan tak banyak eliksir di seluruh dunia ini yang bernilai semahal itu!

Kalau mereka membelanjakan jumlah wang yang besar tetapi mendapat eliksir yang tidak boleh mereka gunakan, pasti mereka akan dianggap bodoh.

"Mu Chen" merenung kerumunan anak muda yang tiba-tiba mengelilinginya ini. Wajahnya kelihatan terkejut seketika, tetapi dia cepat-cepat kembali tenang sebelum berkata dengan suara yang lembut, "Ini cuma eliksir yang akan melebarkan urat darah serta arteri dan memperceptkan pembangunan kuasa rohani dalam latihan. Biasa saja."

Nada suara "Mu Chen" amat bersahaja tetapi kata-kata yang masuk ke minda para pemuda ini membuatkan jantung mereka mula berdegup kencang!

Pelebaran urat darah dan arteri!?

Kesannya sangat mengagumkan!!

Ini bermaksud kemajuan mereka dalam latihan di masa akan datang akan berlaku lebih pantas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang lain! Eliksir seperti ini lebih berkesan jika diambil pada usia yang muda untuk mengukuhkan asas perkembangan latihan. Para pemuda ini semuanya berusia di bawah enam belas tahun dan inilah masa yang paling sesuai untuk mereka makan eliksir ini!

Tambahan pula, sebelum ini mereka tak tahu pun tentang kewujudan eliksir yang mempunyai kesan seperti ini!

Siapa lagi yang mampu menghasilkan eliksir dengan kesan yang begitu menakjubkan selain Kumpulan Qing Yun!?

Tetapi Kumpulan Qing Yun sudah tidak wujud dan entah bila mereka boleh bertemu dengan orang daripada Kumpulan Qing Yun lagi. Mungkin ini satu-satunya peluang seumur hidup untuk mereka membeli eliksir luar biasa ini!

"Tuan Tua Mu! Tolong berikan saya satu eliksir. Saya akan bayar berapa saja jumlah yang Tuan mahukan!" Seorang pemuda yang pantas berfikir cepat-cepat merayu. Dia melambai-lambaikan segenggam nota bank di tangannya!

Keadaan urat darah dan arteri mereka akan mempengaruhi pembangunan kuasa rohani mereka dalam latihan di masa akan datang. Siapa yang mampu menolak peluang yang sungguh bertuah ini?

"Tuan Tua Mu! Jual satu pada saya juga!"

"Saya! Saya! Tuan Tua Mu! Saya juga mahu satu! Apa saja harganya!"

Selepas kata-kata dari seorang pemuda itu, pemuda yang kedua pula bersuara, diikuti yang ketiga….

Kerumunan pemuda di sekeliling "Mu Chen" ini semakin membesar dan pemuda yang mula-mula membeli eliksir tadi sudah ditolak keluar.

Para pemuda itu semuanya sedang berlutut dan mengelilingi "Mu Chen". Nota-nota bank berkibaran di udara sambil mereka merayu untuk mendapatkan hanya satu eliksir sahaja!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C381
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄