下載應用程式
41.79% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 372: Tuan Guru Mahu Banyak Lagi? (4)

章節 372: Tuan Guru Mahu Banyak Lagi? (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Xie Kecil rupanya….." Qiao Chu akhirnya kembali bertenang dan dapat bersuara. Dia merenung kotak-kotak kayu itu dengan kagum. Satu perasaan yang sukar digambarkan terbit di dalam hatinya. 

Hua Yao mengangguk, "Hal berkaitan guru besar itu pasti diselesaikan dengan cara yang sama."

Sewaktu dia kembali, Yan Bu Gui hanya mengatakan yang isu itu sudah diselesaikan. Namun kini hal ini lebih jelas kerana mereka semua tahu yang guru besar itu memang gilakan duit, Dia hanya mendengar cakap orang yang mempunyai wang dan tidak mempedulikan logik akal sebaik sudah terhidu bau emas.

Situasi di hadapan mereka ini hanya mengesahkan yang anggapan mereka itu betul.

Jun Wu Xie memang sudah menyelesaikan masalah dengan guru besar. Dia menggunakan bahasa kegemaran guru besar tersebut. Bahasa Duit….

"Saya tak sangka adik junior kita itu terlalu kaya." Fei Yan tersenyum sehingga matanya sepet melihatkan salah satu kotak kayu itu. Dia berkata, "Err…..Kamu rasa kotak pakaian perempuan ini untuk saya ke?"

Qiao Chu memandang Fei Yan dari atas ke bawah. Melihatkan pakaian Fei Yan yang sudah lusuh, dia ketawa sinis.

"Saya rasa, ya."

Fei Yan menjadi pucat.

Fei Yan yang berwajah manis itu merajuk di satu sudut. Kegembiraannya tadi terus lenyap tanpa kesan.

"Hem….. Biar saya tandatangan." Selepas Hua Yao menyedari apa yang sedang berlaku, dia mengangkat tangannya dan mengambil pensel arang daripada ketua kumpulan lelaki itu. Dia menandatangan "Hua Yao" di atas resit-resit tersebut.

Selepas resit mereka disahkan, lelaki tersenyum dari Pavilion Penenun Bulan itu mengarahkan orang-orangnya membawa kotak-kotak pakaian itu ke dalam manakala lelaki bertubuh tegap itu melaung kepada pekerja-pekerjanya untuk mula membersihkan bangunan Sayap Timur.

Sewaktu Yan Bu Gui melangkah keluar, dia begitu terkejut dan tergamam melihatkan kemunculan kumpulan lelaki asing yang membaiki bangunan Sayap Timur sehingga hampir terlepas balang wain yang dipegangnya.

Dia baru saja mahu membuka mulutnya untuk menjerit apabila hidungnya berkerut. Dia terhidu haruman wain yang menggoda dan matanya bersinar-sinar dengan terang.

Hua Yao sedang menandatangan namanya di atas satu lagi resit sewaktu dia ditampar dengan kuat di kepala. Dia berpaling dengan marah tetapi sebaik terlihat susuk tubuh Tuan Gurunya yang tinggi itu, Hua Yao terus menikus.

"Dari mana datangnya wain ini semua?" Yan Bu Gui bertanya. Matanya mengecil melihat begitu banyak balang wain di hadapan Hua Yao. Air liurnya hampir meleleh.

"Xie Kecil yang beli." Hua Yao siap menandatangan resit dan menyerahkan kembali kepada penghantar barang.

Pagi itu pergelangan tangan Hua Yao sakit akibat menandatangan resit. Halaman Sayap Timur pula hampir dipenuhi pelbagai jenis barang.

Apabila Yan Bu Gui mendengar yang Jun Xie telah membelinya, dia terus mengambil dua balang wain dan tiba-tiba menghilangkan diri, kembali ke biliknya. Dia langsung tidak bertanya apa-apa lagi.

Hua Yao berasa sakit kepala sambil dia merenung barang-barang yang mereka terima tanpa putus-putus sejak awal pagi tadi. Semuanya ditimbunkan di halaman tersebut. Makanan, pakaian, barangan harian dan peralatan mengembara….

Tidak terkira banyaknya dan apa saja yang mereka inginkan ada di situ!

Semuanya berkualiti tinggi dan bukan murah harganya. Mereka sudah lama hidup dalam kedaifan dan keadaan sekarang ini sukar dipercayai. Malah pemuda-pemuda dari sayap lain yang memandang dari kejauhan, hampir hilang akal menyaksikan semua ini.

Mereka pernah melihat orang kaya menunjuk-nunjukkan harta. Tetapi mereka tidak pernah melihat seseorang yang menunjuk-nunjuk dengan melampau seperti ini!

Selepas pagi itu, setiap orang di Akademi Phoenix menyedari bahawa di terdapat seorang pelajar yang amat kaya di Sayap Timur. Namanya Jun Xie!

Hampir tidak ada siapa yang tahu bila sebenarnya dia menyertai Sayap Timur atau dari mana dia datang. Sebelum dia menunjukkan mukanya, Jun Xie sudah pun menenggelamkan Sayap Timur dengan timbunan hadiah yang tidak berkesudahan.

Orang ramai menganggarkan yang hadiah-hadiah pada pagi itu saja dikatakan hampir mencecah nilai satu juta tahil!

Angka itu hampir membuatkan semua orang hilang akal....

Sarang pengemis sudah kehilangan namanya. Mereka yang memberikan nama itu kepada Sayap Timur tiba-tiba mendapati diri mereka berasa cemburu dan iri hati.

Kalau Sayap Timur yang dianggap sarang pengemis itu boleh membelanjakan satu juta tahil, sayap-sayap lain tidak lebih daripada reban ayam.

Pemuda-pemuda dari sayap lain berkumpul di luar Sayap Timur kerana berasa ingin tahu. Tetapi setelah melihat perbelanjaan melampau itu, mereka berlari kembali ke sayap masing-masing dengan perasaan malu dan sejak itu berhenti menggelar Sayap Timur sebagai sarang pengemis. Tapi disebabkan perasaan cemburu, mereka memberi nama jolokan "orang kaya bodoh" kepada Jun Xie.

Fikir mereka…..

Kalau ada banyak duit sangat, kenapa masuk ke Sayap Timur? Semua orang tahu yang Yan Bu Gui dari Sayap Timur itu cuma seorang pemabuk yang selama ini memiliki empat orang pelajar tak guna!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C372
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄