下載應用程式
41.46% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 369: Kamu Mahu Lebih Banyak Lagi? (1)

章節 369: Kamu Mahu Lebih Banyak Lagi? (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Muka He Qiu Sheng sudah hijau dan bibirnya lebam. Dia berasa seolah-olah sudah ditampar dan dimalukan.

Guru besar itu memandang Jun Wu Xie kembali. Raut wajahnya mesra dan penuh bersemangat memandang Jun Wu Xie, menganggap anak muda ini sebagai lubuk emas.

"Nama kamu Jun Xie, bukan? Kamu boleh tinggal di Sayap Timur seberapa lama yang kamu mahu. Kalau ada apa-apa yang kamu tak puas hati, beritahu saya saja." Guru besar itu tiba-tiba begitu merendah diri dengan anak muda yang amat pemurah dan suka berbelanja mewah ini. Pada saat itu dia mengharapkan yang Jun Wu Xie akan berada di Akademi Phoenix selama-lamanya.

Jun Wu Xie langsung tidak ingin untuk menjawab.

Guru besar itu berdehem dan memarahi He Qiu Sheng dengan tegas. "Kejadian dengan anak murid kamu tu benda yang dah lepas dan saya tak mahu dengar apa-apa lagi. Jun Xie ni baru saja datang ke Akademi Phoenix dan sedang menyesuaikan diri. Kawal sikit anak murid kamu tu, jangan biar mereka bertindak melampau dan menyudahkan orang lain. Kalau saya dengar anak murid kamu yang tak terkawal tu membuli Jun Xie, saya tak akan mengambil ringan hal ini."

Guru besar itu sudah terpukau dengan godaan duit dan mempertimbangkan hal ini di bawah pengaruh kekayaan yang sukar ditolak!

He Qiu Sheng masih berdiri di tepi, terpegun kaku. Dia tak mampu berkata apa-apa.

Membuli? Budak tak guna ni berdiri di sini sihat-sihat saja, langsung tak cedera! Anak murid aku yang terlantar di atas katil!

Siapa yang sebenarnya membuli ni?

Namun begitu, He Qiu Sheng dalam keadaan tidak berdaya kerana dia sudah lama tahu yang guru besar ini memang mata duitan. Siapa saja yang lebih berduit, dialah yang disokong! Sayap Selatan menguasai Akademi Phoenix selama ini kerana ramai anak murid di bawahnya datang dari keluarga berada. Tetapi keadaan kini tiba-tiba berubah. Sarang pengemis itu sudah mendapat orang kaya baru dan merampas kedudukan teratas di dalam akademi ini daripada He Qiu Sheng!

Jumlah keseluruhan yuran yang dibayar oleh anak-anak murid Sayap Selatan langsung tidak akan mencecah seratus ribu, walaupun selepas beberapa tahun. Mereka tak mungkin boleh menang.

Selepas memarahi He Qiu Sheng, guru besar itu mendekati Jun Wu Xie sambil tersenyum berbunga-bunga. Dia berkata, "Kalau kamu rasa Yan Bu Gui ni tak sesuai, beritahulah. Saya boleh menguruskan Tuan Guru dari sayap-sayap lain untuk kamu."

Jun Wu Xie membalas dengan ringkas dan kasar, "Sayap Timur ni bagus."

"Ya, ya, ya. Yan Bu Gui ni beruntung betul dapat anak murid yang hebat seperti kamu. Pasti dia sudah banyak berbudi di dalam kehidupannya yang lalu." Guru besar itu tertunduk-tunduk hormat sampaikan kepalanya hampir mencecah lantai.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak pergi." Jun Wu Xie tak berminat langsung dengan orang tua yang suka membodek ini.

"Baik, baik. Baliklah berehat. Bu Gui, cepat bawa anak murid kamu ni balik berehat. Kawasan ini berangin, jangan sampai anak murid kamu ni demam selsema pula. Nampaknya badannya kurus. Saya akan suruh orang dapur sediakan makanan lebih berkhasiat untuk Sayap Timur esok." Guru besar itu menunjukkan sifat murah hatinya yang jarang dapat dilihat.

Raut wajah Yan Bu Gui kelihatan kosong sewaktu dia membawa Jun Wu Xie keluar dari situ. Malah selepas mereka melangkah keluar dari bilik itu sekalipun, dia masih kelihatan terkejut.

"Budak, dari mana kamu dapat begitu banyak duit?" Yan Bu Gui menyaksikan Jun Wu Xie mengeluarkan sehelai nota bank. Tindakan itu bukan saja hampir membutakan mata He Qiu Sheng dan guru besar tersebut, malah Yan Bu Gui juga merasakan dunia ini begitu hebat kerana dipenuhi orang-orang dan benda-benda yang pelik.

Anak muridnya ini berpakaian biasa saja, seolah-olah datang daripada keluarga sederhana. Tetapi dia mengeluarkan satu nota bank bernilai seratus ribu dengan begitu bersahaja….

Sudah bertahun-tahun Yan Bu Gui berada di Alam Bawahan. Dia tak pernah melihat wang lebih daripada seratus tahil perak.

"Banyak?" Jun Wu Xie memandang Yan Bu Gui dengan mata penuh keraguan.

Selepas kelahiran semulanya, dia tak pernah membeli atau membayar untuk apa-apa barang sekalipun. Segalanya yang dia perlukan akan disediakan oleh Jun Xian. Di dunia ini, dia tak pernah menguruskan hal duit. Nota bank yang ada padanya itu hanyalah apa yang Jun Xian berikan kepadanya sejurus sebelum Jun Wu Xie meninggalkan Kerajaan Qi. Di mata Jun Wu Xie, nota-nota bank itu setaraf dengan kertas sampah.

"Tuan Guru mahu lebih banyak? Ada lagi ni." Jun Wu Xie menyedari yang Yan Bu Gui nampaknya amat berminat dengan nota-nota bank tersebut, jadi dia mengeluarkan segenggam kertas dari lengan bajunya. Segenggam tebal nota-nota bank.

Nilai paling kecil di dalam gumpalan itu sekurang-kurangnya ialah lima puluh ribu tahil.

Selepas Jun Xian memberikan nota-nota bank tersebut, Mo Qian Yuan juga telah melakukan tindakan yang sama. Dia memaksa Jun Wu Xie mengambil wang ini sebelum dia boleh beredar.

Seorang Duke dan seorang Maharaja. Tak mungkin mereka memiliki sebarang nota bank yang bernilai kurang daripada sepuluh ribu….


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C369
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄